SIFAT ALLAH DAN SIFAT MAKHLUK : MENJAWAB FITNAH ADI ALI
Aku baru terbaca tulisan seorang pensyarah kuat fitnah yang kononnya "sanggah" tulisan aku.
Ikutkan aku sebenarnya malas hendak balas tulisannya, sebab aku tidak suka debat bertulis yang berpanjangan dan berlarutan; jadi anggaplah ini kali terakhir aku balas tulisan Adi Ali. Selepas ini, aku tidak akan layan mana-mana tulisan Adi Ali lagi; tulisannya tidak ilmiah, suka lempar persepsi buruk pada lawannya, dan suka fitnah orang.
Pertama sekali aku hendak ingatkan kepada dia, jangan sesekali panggil aku "sahabat", aku tak bersahabat dengan orang kuat fitnah macam kau.
Kau ingat kita lupa ke fitnah kau terhadap Dr. Rozaimi Ramle dan Hussein Yee.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10159069018095174&id=594660173&mibextid=Nif5oz
(Baca komen Dr. Sahul yang balas fitnah Adi Ali.)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1264346227009694&id=285669801544013&mibextid=Nif5oz
(Baca komen Adi Ali, kemudian baca komen saksi kejadian yang balas dakwaan fitnahnya)
Teruk betul golongan Aswaja, sampai sanggup mengambil ilmu daripada pensyarah kuat fitnah seperti Adi Ali ini.
Apa-apa pun, mari kita baca dan balas tulisan Adi Ali ini.
1.Adi Ali tulis:
"Syurga pun makhluk!!
Sahabat kita drp kelompok sebelah menulis panjang tentang berbezanya hukum "alam" di dalam syurga kelak. Masalahnya syurga pun makhluk.
Bersungguh dia nak kata kita tersalah guna akal yang terbatas dengan hukum alam di dunia, jadi menghukum mustahil pada akal Tuhan ada atas arash dan turun ke langit dunia pada masa yang sama."
Aku balas:
Memanglah syurga makhluk. Siapa yang cakap syurga bukan makhluk?
Kita bukan samakan kayfiyyah nikmat syurga dengan kayfiyyah sifat-sifat Allah;
Kita buat qiyas awla, di mana aku menyatakan kalau nikmat syurga pun kita tidak tahu kayfiyyahnya, walaupun Allah sudah menamakan setiap nikmat-nikmat di dalamnya, apatah lagi kayfiyyah sifat-sifat Allah!
Pernahkah ulama salaf buat qias awla sifat Allah dengan makhluk?
Pernah.
Ulama hadis, Abdul Rahman ibn Mahdi (wafat 198 Hijrah), yang merupakan guru kepada Imam Ahmad ibn Hanbal, pernah berdebat dengan seorang pemuda yang melakukan tasybih pada sifat Allah dengan menggunakan kaedah qiyas awla dengan makhluk Allah, yakni malaikat Jibril[1]:
Kredit terjemahan: Muhamad Haris Ismail
ذكره عبد الرحمن قال ثنا أبي قال ثنا عبد الرحمن بن عمر الاصبهاني قال
سمعت عبد الرحمن بن مهدي يقول لفتى من ولد جعفر بن سليمان مكانك فقعد حتى تفرق الناس
ثم قال تعرف ما في هذه الكورة من الأهواء والاختلاف وكل ذلك يجري مني على بال رضي إلا أمرك وما بلغني فإن الأمر لا يزال هينا ما لم يصر اليكم يعني السلطان فإذا صار إليكم جل وعظم
فقال يا أبا سعيد وما ذاك
قال بلغني أنك تتكلم في الرب تبارك وتعالى وتصفه وتشبهه فقال الغلام نعم فأخذ يتكلم في الصفة
فقال رويدك يا بني حتى نتكلم أول شيء في المخلوق فإذا عجزنا عن المخلوقات فنحن عن الخالق اعجز واعجز
أخبرني عن حديث حدثنيه شعبة عن الشيباني قال سمعت زرا قال قال عبد الله في قوله لقد رأى من آيات ربه الكبرى
قال رأى جبريل له ستمائة جناح
قال نعم فعرف الحديث فقال عبد الرحمن صف لي خلقا من خلق الله له له ستمائة جناح
فبقي فبقى الغلام ينظر اليه
فقال عبد الرحمن يا بني فإني أهون عليك المسألة واضع عنك خمس مائة وسبعة وتسعين صف لي خلقا بثلاثة أجنحة ركب الجناح الثالث منه موضعا غير الموضعين اللذين ركبهما الله حتى اعلم
فقال يا أبا سعيد نحن قد عجزنا عن صفة المخلوق ونحن عن صفة الخالق أعجز واعجز
فأشهدك إني قد رجعت عن ذلك واستغفر الله
"Abd al-Rahman bin Mahdi [198H] pernah bermunazarah dengan anak Ja'far bin Sulaiman [174H]. Anak beliau terkenal dengan tashbih. Dalam suatu majlis, Ibn Mahdi menyuruh pemuda itu kekal disitu dan orang ramai beransur hilang.
.
Ibn Mahdi:
"Adakah kamu tahu di Baghdad ini ada isu berantakan dalam hal akidah? Isu berantakan ini aku tahu dan maklum, melainkan hal kamu. Ia berterusan dan tidak sampai kepada pengetahuan pemerintah. Jika ia sampai tentu menjadi isu besar."
.
Pemuda:
"Wahai Abu Sa'id (Ibn Mahdi), apa yang kamu cuba sampaikan?"
.
Ibn Mahdi:
"Telah sampai pada pengetahuanku bahawa kamu berbicara sifat Allah Tabarak wa Ta'ala serta mentashbih."
.
Pemuda:
"Ya. (Sambil beliau mengajak Ibn Mahdi berbicara sifat Allah)."
.
Ibn Mahdi:
"Wahai budak, jangan gopoh. Sebelum kita berbicara sifat Allah, kita berbicara dulu sifat makhluk. Jikalau berbicara mengenai sifat makhluk pun kita tidak mampu, sifat tuhan lagilah tidak mampu."
.
(Ibn Mahdi memulakan perbicaraan dengan membacakan hadith):
.
Ibn Mahdi:
"Aku dikhabarkan melalui sebuah hadith yang telah diceritakan padaku oleh Syu'bah dari Abu Ishaq al-Syaibani berkata: Beliau mendengar Zir Hubaish berkata: Abdullah bin Mas'ud membacakan firman Allah: Dia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda kekuasaan Tuhannya [Al-Najm:18].
Muhammad telah melihat Jibril mempunyai 600 sayap?"
.
Pemuda:
"Ya. (Jelas pemuda itu tahu hadith tersebut)."
.
Ibn Mahdi:
"Gambarkan padaku makhluk ciptaan Allah itu yang mempunyai 600 sayap."
.
(Pemuda itu terpaku sambil melihat Ibn Mahdi).
.
Ibn Mahdi:
"Wahai budak, aku mudahkan sikit persoalan ini. Aku buang 597 sayap dari persoalan ini. Jadi, sila gambarkan padaku makhluk 3 sayap sehingga aku jelas dan tahu, iaitu bukan sayap kiri dan kanan yang biasa diterbangkan Allah."
.
Pemuda:
"Wahai Abu Sa'id, kita tidak mampu menyifatkan sifat makhluk, apatah lagi sifat tuhan lagilah tidak mampu. Dan aku bersaksi di hadapanmu bahawa aku bertaubat dari hal ini (tashbih) dan aku memohon keampunan dari Allah."
[Tamat petikan]
Dalam kisah ini, Abdul Rahman ibn Mahdi menggunakan qiyas awla untuk menunjukkan bahawa sedangkan kayfiyyah sifat malaikat pun kita tidak boleh terbayangkan bagaimana, lalu mengapa kita menyibukkan akal kita berfikir dan membayangkan kayfiyyah sifat-sifat Allah?
Samalah juga dengan kaedah tulisan aku semalam.
Kalau kayfiyyah nikmat syurga pun kita tidak boleh terbayangkan, walaupun Allah telah menyatakan nama-namanya, apatah lagi dengan kayfiyyah sifat-sifat Allah.
2. Adi Ali kata:
"Eh, jap. Kamu menafikan Zat Tuhan bersama dengan kita di mana sahaja kita berada ni guna akal ke tidak? Eh, kami tafsir katanya. Salah lah Ibn Taimiyah kalau begitu.
Ni nak beritahu, kamu tu salah sudut memahami kenapa kami kata mustahil akal Tuhan berada atas Arash dan turun dengan Zatnya ke langit atau mana² tempat pun. Dan jangan lupa, ada sorang maulana kaum sebelah kata Tuhan turun ke atas Bukit Tursina di bumi ini !"
Aku jawab:
Golongan seperti Adi Ali ini suka menggunakan strawman fallacy, atau falasi orang jerami untuk bantah hujah orang.
Bukan setakat falasi, dia cuba kaitkan pula dengan Ibn Taymiyyah dan Maulana mana entah, walhal isu ini tiada kena mengena dengan mereka berdua. Maulana itu siapa pun aku tak tahu, dan aku tidak kisah pun dengan pendapat dia dalam hal ini, sebab ini bukan topik perbincangan asal kita.
Apa falasi orang jerami yang Adi Ali gunakan?
Dia dakwa kita kononnya kita tolak penggunaan akal, kemudian bawa Surah Al-Hadid, kemudian dakwa kita guna akal untuk tolak pendapat bahawa Zat Tuhan berada dengan kita di mana sahaja kita berada. Dengan begitu, kononnya wujudlah percanggahan dalam metodologi kami dalam memahami sifat Allah.
I. Kita tidak pernah menolak penggunaan akal; kita hanya menolak penggunaan akal terhadap perkara ghaib yang mana kita sendiri tidak tahu tentangnya kecuali melalui jalan wahyu.
Yang kita tolak adalah penggunaan ilmu kalam untuk memahami sifat-sifat Allah, sehingga kalian banyak menafikan sifat-sifat Allah semata-mata tidak kena dengan metodologi ilmu kalam ini.
II. Aku petik kenyataan Ustaz Abid Annuriy tentang hal ini:
"Salafiyyun bukan berpegang dengan semua zawahir nusus dalam aqidah sifat.
Ini yang gagal difahami oleh jahmiyyah.
Sebenarnya salafiyyun dalam memahami sifat-sifat Allah merujuk kepada tafsiran salaf."
III. Kalau kita faham metodologi yang dinyatakan di peranggan II, kita akan faham bahawa Salafi bukan sekadar ithbat zahir nas; kita juga lihat kepada pendapat ulama-ulama salaf dalam hal itu.
Dalam hal ini, jauh sebelum Ibn Taymiyyah, Harb Al-Kirmani (wafat 280 Hijrah) sudahpun menjawab syubhat golongan Jahmiyyah dalam hal ini[2]:
وهو على العرش فوق السماء السابعة، ودونه حجب من نار ونور وظلمة، وما هو أعلم به. فإذا احتج مبتدع أو مخالف بقول الله - عز وجل-: {وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ} [ق: 16]، وبقوله - تعالى-: {مَا يَكُونُ مِنْ نَجْوَى ثَلَاثَةٍ إِلَّا هُوَ رَابِعُهُمْ وَلَا خَمْسَةٍ إِلَّا هُوَ سَادِسُهُمْ وَلَا أَدْنَى مِنْ ذَلِكَ وَلَا أَكْثَرَ إِلَّا هُوَ مَعَهُمْ أَيْنَ مَا كَانُوا} [ المجادلة:7 ] ،ونحو هذا من متشابه القرآن؛ فقل إنما يعني بذلك العلم؛ لأن الله - عز وجل- على العرش فوق السماء السابعة العليا، يعلم ذلك كله وهو بائن من خلقه، لا يخلو من علمه مكان
Terjemahan:
"Dan Dia (Allah) berada di atas Arasy, di atas langit yang Ke-Tujuh, dan dibawah-Nya adalah hijab dari api, cahaya dan kegelapan, dan apa sahaja yang Allah lebih Mengetahui tentangnya.
Jika seorang Ahli Bid'ah menggunakan ayat-ayat (Al-Quran) ini sebagai hujah, seperti:
{Dan Kami adalah lebih dekat dengannya dari urat lehernya}
[Surah Qaf, ayat16]
Dan ayat ini
"...Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia lah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dia lah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Dia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada"
[Surah Mujadalah, ayat 7]
Dan mana-mana ayat Al-Quran yang serupa, maka jawablah kepada mereka:
"Apa yang dimaksudkan adalah Ilmu (Allah), kerana Allah Azza Wajal, berada di atas Arasy, di atas langit yang Ke-Tujuh. Dia mengetahui segalanya, dan Dia terpisah dari makhluk-Nya, dan tidak ada tempat yang bebas dari ilmu-Nya."
[Tamat petikan]
Maka kita pendapat ulama-ulama salaf dalam hal ini, yang memberikan tafsiran bahawa ilmu Allah yang berada di setiap tempat, dan bukan Zat-Nya.
Tengok betapa kejinya perangai Adi Ali. Dia hendak menggunakan peluang ini untuk hentam Ibn Taymiyyah, walaupun ulama salaf ratusan tahun sebelum kelahiran Ibn Taymiyyah juga mempunyai pendapat serupa.
Tapi geng Asyairah ini, Harb Al-Kirmani pun selamba mereka kutuk dan cela;
Entah siapa salaf mereka dalam mencela dan mengutuk ulama hadis yang merupakan sahabat Imam Ahmad dan guru kepada Ibn Abi Hatim Ar-Razi ini.
3. Adi Ali kata:
"Kami katakan mustahil akal Tuhan dengan ZatNya turun (hissi) ke langit dunia sebab:
1. Mustahil berlaku perubahan pada Zat Tuhan yang maha sempurna.
2. Mustahil Sifat Tuhan memberi kesan kepada Zat Tuhan (iaitu perkara wajib). Sifat Tuhan yang "berfungsi" memberi kesan iaitu Sifat Qudrah hanya memberi bekas kepada perkara harus iaitu sekalian makhlukNya, dan bukan ke atas perkara wajib dan mustahil.
Atas sebab kedua tadi, kita nafikan Tuhan boleh cipta Tuhan yang lain atau Tuhan ada Anak, sebab itu perkara mustahil. Ta'alluq taksir sifat Qudrah Tuhan hanya pada makhlukNya sahaja."
Aku jawab:
Inilah contoh ilmu kalam yang aku sebutkan.
Adi Ali tidak sedar bahawa prinsip yang dinyatakan olehnya ini berasal daripada Primum Movens yang diasaskan oleh Aristotle.
Mari kita baca apa kenyataan Aristotle dalam hal ini.
Aristotle berkata[3]:
"Semestinya wujud sesuatu yang kekal abadi, tidak mengalami perubahan, yang bertanggungjawab terhadap keseluruhan dan peraturan alam yang kita alami."
[Tamat petikan]
Aristotle berkata lagi[4]:
"Sungguh jelas bahawa tiada tempat, mahupun kekosongan, yang berada di luar langit (luar alam) ini.
Maka apa-apa pun di luar sana, pastinya mempunyai sifat tidak bertempat, dan masa juga tidak akan menyebabkannya menjadi tua atau uzur. Dan tiada perubahan yang berlaku terhadap apa-apa yang terletak di luar pergerakan (luar alam)ini."
[Tamat petikan]
Lucu betul bila ahli kalam tidak mengaku yang ilmu kalam yang mereka pelajari diasaskan oleh orang kafir Yunani seperti Aristotle, walhal fahaman mereka tentang Zat Tuhan saling tidak tumpah sama dengan fahaman golongan Ahli Falsafah Yunani.
Kemudian mari kita bandingkan kenyataan ulama Salaf tentang sifat nuzul (turun-Nya) Allah di langit dunia:
a. Yahya ibn Ma'in (wafat 233 Hijrah)[5]:
وأخبرنا الحسين بن عمر قال ثنا أحمد بن الحسين قال ثنا أحمد بن علي الأبار قال
سمعت يحيى بن معين يقول إذا سمعت الجهمي يقول أنا كفرت برب ينزل فقل أنا أومن برب يفعل ما يريد
Telah dikhabarkan Al-Hussein ibn Amr berkata, telah berkata Ahmad bin Al-Hussein, telah berkata Ahmad bin Ali Al-A'bar:
"Aku mendengar Yahya ibn Ma'in berkata:
"Jika kamu mendengar seorang Jahmi berkata:
"Aku kufur (tidak percaya) dengan Rabb' yang nuzul (turun)"
Katakanlah kepadanya:
"Aku beriman kepada Rabb' yang melakukan apa sahaja sesuai dengan Kehendak-Nya."
[Tamat petikan]
b. Hammad ibn Zayd (wafat 179 Hijrah)[6]:
حدثنا جعفر بن محمد الفريابي حدثنا أحمد بن محمد المقدمي حدثنا سليمان بن حرب قال : سأل بشر بن السرى حماد بن زيد فقال : يا أبا إسماعيل الحديث الذي جاء « أن الله تبارك وتعالى ينزل إلى سماء الدنيا يتجول من مكان إلى مكان » فسكت حماد ثم قال : هو في مكانه يقرب من خلقه كيف شاء .
"Ja'far bin Muhammad al-Firyaabi mendengar daripada Ahmad bin Muhammad al-Muqaddami yang mendengar bahawa Sulaiman bin Harb berkata:
"Bishr ibn al-Sarri bertanya kepada Hammad bin Zayd:
"Ya Abu Ismail, hadith ini [Allah Taala nuzul (turun) ke langit dunia dan berpindah dari tempat ke tempat]."
Hammad diam sebentar dan kemudian berkata:
"Dia berada di Tempat-Nya dan mendekati makhluk-Nya sesuai kehendak-Nya."
[Tamat petikan]
(*Riwayat ini dimasukkan dalam kitab Ad-Du'afa kerana Bishr ibn Al-Sarri merupakan perawi yang pernah dituduh sebagai ahl bid'ah yang berfahaman Jahmiyyah, dan kemudian bertaubat daripada fahaman itu.
Telah diketahui bahawa fahaman Jahmiyyah menafikan bahawa Allah nuzul ke langit dunia, maka itulah sebabnya Imam Al-Uqayli membawa riwayat ini sebagai petunjuk bahawa Bishr ibn Al-Sarri sudah bertaubat daripada fahaman Jahmiyyah.
Apa-apa pun, Bishr ibn Al-Sarri tidak termasuk dalam sanad riwayat ini, dan riwayat ini sahih lagi bersambung sanadnya, di mana semua para perawinya , yakni:
Jaʻfar ibn Muḥammad al-Firyābī
- ʼAḥmad ibn Muḥammad al-Muqaddamī
- Sulaymān ibn Ḥarb
Adalah dipercayai riwayat mereka.
Jadi kewujudan athar ini dalam kitab Ad-Du'afa Al-Kabir bukan petanda kelemahannya; ia sekadar pentunjuk tentang taubatnya seorang perawi hadis, yakni Bishr ibn Al-Sarri, daripada fahaman Jahmiyyah.)
Siapakah Hammad ibn Zayd? Imam Ahmad ibn Hanbal berkata tentangnya[7]:
حماد بن زيد من أئمة المسلمين ، من أهل الدين ، هو أحب إلي من حماد بن سلمة .
"Hammad bin Zayd adalah termasuk di kalangan para Imam kaum Muslimin. Dia adalah Ahli dalam Agama (Islam).
Dia lebih aku cintai berbanding Hammad ibn Salamah (Hammad ibn Salamah adalah salah satu perawi thiqah dalam Sahih Muslim)"
[Tamat petikan]
Maka jelaslah, para ulama salaf yang hebat, ketika ditanya tentang sifat nuzul (turun-Nya), mereka tidak menafikannya, malah mereka ithbat sifat Nuzul Allah dengan membantah fahaman Jahmiyyah yang menafikan sifat nuzul (turun-Nya) Allah.
Bab ini kita hendak ikut siapa?
Fahaman Primum Movens yang diasaskan oleh Aristotle?
Atau fahaman ulama Salaf yang merupakan jaguh dalam bidang hadis seperti Yahya ibn Ma'in dan Hammad ibn Zayd?
Tepuk dada, tanya selera.
4. Adi Ali kata:
"Kemudian sifat² ni memang tiada kaifiyat, bukannya kaifiyatnya majhul! Mu kan tahu kitab salaf ada tulis bila kaif , Tiada kaifiyat ! Bukannya tak tahu. Kalau terjumpa dlm kitab kaifiyatnya tak dapat difikirkan, itu bermakna hakikat."
Aku jawab:
Isu penafian kayfiyyah Allah ini isu lapuk.
Mudah kata, golongan Asyairah fikirkan bahawa bila para salaf menggunakan perkataan بلا كيف, sama maksudnya dengan bila golongan Asyairah menggunakan perkataan بلا مكان .
Padahal penggunaan بلا كيف itu sendiri ulama-ulama Salaf sudah jelaskan bahawa ia tidak menafikan kayfiyyah, namun hanya tafwid (serahkan) kayfiyyah sifat-sifat Allah.
Imam al-Tirmidhi (wafat 279h) menafsirkan maksud بلا كيف yang banyak dituturkan oleh ulama salaf[8]:
وَقَدْ قَالَ غَيْرُ وَاحِدٍ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ فِي هَذَا الْحَدِيثِ وَمَا يُشْبِهُ هَذَا مِنَ الرِّوَايَاتِ مِنَ الصِّفَاتِ، وَنُزُولِ الرَّبِّ تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا قَالُوا : قَدْ تَثْبُتُ الرِّوَايَاتُ فِي هَذَا، وَيُؤْمَنُ بِهَا، وَلَا يُتَوَهَّمُ، وَلَا يُقَالُ : كَيْفَ. هَكَذَا رُوِيَ عَنْ مَالِكٍ، وَسُفْيَانَ بْنِ عُيَيْنَةَ، وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْمُبَارَكِ أَنَّهُمْ قَالُوا فِي هَذِهِ الْأَحَادِيثِ : أَمِرُّوهَا بِلَا كَيْفٍ. وَهَكَذَا قَوْلُ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَهْلِ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ. وَأَمَّا الْجَهْمِيَّةُ فَأَنْكَرَتْ هَذِهِ الرِّوَايَاتِ، وَقَالُوا : هَذَا تَشْبِيهٌ.
"Telah berkata pada hadis ini bukan seorang dalam kalangan ahli ilmu dan riwayat-riwayat mengenai sifat-sifat Allah yang seumpamanya, dan turunnya Rabb tabāraka wa ta'ālā pada setiap malam ke langit dunia. Mereka berkata: Telah sabit riwayat-riwayat pada perkara ini, dan ia diimani dan tidak disangka-sangka, dan tidak dikatakan, bagaimana?
Beginilah yang diriwayatkan daripada Malik dan Sufyan bin Uyaynah, dan Abdullah bin al-Mubarak, bahawa mereka berkata pada hadis sifat ini: perjalankannya Bila Kayf (بلا كيف). Beginilah perkataan ahli ilmu dalam kalangan Ahl Sunnah wal Jamaah.
Adapun Jahmiyyah, mereka mengingkari riwayat-riwayat ini, kata mereka: "Ini tasybih!"
[Tamat petikan]
Jadi yang dimaksudkan dengan Bila Kayf di sisi salaf ialah: Bertanya: bagaimana sifat itu?
Untuk bacaan lanjut tentang isu ini, boleh rujuk tulisan-tulisan Muhamad Haris Ismail yang berikut tentang kayfiyyah sifat-sifat Allah:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217238257899926&id=1575790355&mibextid=Nif5oz
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217197764887626&id=1575790355&mibextid=Nif5oz
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217118600468565&id=1575790355&mibextid=Nif5oz
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217239614213833&id=1575790355&mibextid=Nif5oz
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219510435382943&id=1575790355&mibextid=Nif5oz
5. Adi Ali kata:
"Duk banding kaifiyat sifat melihat manusia. Ni satu lagi masalah. Sifat melihat pada manusia pun tiada kaifiyat. Yang ada kaifiyat itu jisim, iaitu berlakunya perubahan pada jisim. Anak mata bergerak, masuknya cahaya ke dalam rongga mata dan sebagainya sewaktu aktiviti melihat itu semuanya perubahan pada jisim atau juzuk pada jisim, yang dipanggil kaifiyat. Adapun sifat melihat itu tiada diketahui hakikatnya. Yang kita tahu ianya ada.
Contoh, kalau dipejam mata, boleh tak kita melihat?? Boleh tak kita angan² dengan visual? Saat tidur, kita melihat ke tidak ketika bermimpi?? Jadi melihat itu tidak semestinya dengan anggota mata dan sifat melihat itu bukannya berada pada anggota mata sahaja.
Wallahua'lam."
Aku jawab:
Ini tulisan paling lucu sekali. Dia menafikan kayfiyyah sifat melihat manusia dengan sengaja menggunakan contoh bodoh, kononnya bila kita pejam mata, kita masih boleh melihat semasa tidur atau angan-angan; maka melihat tidak semestinya memerlukan organ mata.
Sebenarnya angan-angan dan mimpi semuanya bergantung dengan memori tentang sesuatu yang pernah kita lihat.
Contohnya, bila kita suruh orang yang sepanjang hayatnya duduk di persisiran pantai, yang tidak pernah melihat gajah dan gambar gajah untuk bayangkan rupa gajah;
Sudah tentu mereka akan gagal melakukannya, kerana mereka tidak pernah melihat gajah.
Begitu juga dengan mimpi.
Tahukah anda bahawa orang yang buta sejak bawah usia 5 tahun tidak mampu melihat sebarang imej dalam mimpinya, kerana deria penglihatan dan memori mereka belum terbentuk dengan baik pada usia tersebut[9]?
Ini maksudnya apa?
Maksudnya kayfiyyah sifat melihat ini memang perlukan organ mata. Imej yang terbentuk daripada pantulan cahaya photon itu masuk ke dalam anak mata, disampaikan kepada otak melalui saraf optik, dan kemudian sampai ke otak kita untuk diproses imej itu dan disimpan di dalam ingatan kita.
Maksudnya, walau sekadar berangan-angan atau mimpi melihat tentang sesuatu sekalipun, anda harus melihat hal itu di alam nyata terlebih dahulu, dan ingatan penglihatan itu perlu disimpan dalam otak, barulah anda boleh mulakan angan-angan atau mimpi anda.
Dalam erti kata lain, penglihatan itu memang perlu melalui organ mata.
Adi Ali ini pusing-pusing penggunaan istilah untuk menafikan hal ini, namun ia hanya menunjukkan kejahilannya dan kebodohannya dalam hal ini.
Sudah-sudahlah Adi Ali.
Bertaubatlah daripada fitnah-fitnah lama anda,, dan bertaubatlah daripada menggunakan falasi orang jerami untuk serang akidah salaf dengan hujah yang rapuh anda.
Sekian.
Wallahualam.
Nota kaki:
[1] Al-Lalikaei, Syarh Usul Al-I'tiqad Ahl Sunnah wal Jamaah, terbitan Darul Kutub Al-Ilmiyyah, m/s 289.
[2] Masa'il Harb Al-Kirmani, m/s 973
[3] Aristotle, book 8, Physics; book 12, Metaphysics.
[4] Aristotle, De Caelo, I.9, 279 a17-30.
[5] Al-Lalikaei, Syarh Usul Al-I'tiqad Ahl Sunnah wal Jamaah, terbitan Darul Kutub Al-Ilmiyyah, m/s 453.
[6] Al-Uqayli, Ad-Du'afa Al-Kabir, jilid 1, m/s 143.
[7] Ibn Abi Hatim Ar-Razi, Al-Jarh wa Ta'dil (1/177).
[8] Sunan al-Tirmidhi; 662
[9] Zadra, Antonio, and G. William Domhoff. "Dream content: Quantitative findings." Principles and practice of sleep medicine 5 (2011): page 591.
Su han wen shu
Comments
Post a Comment