ULAMA ASHA'IRAH ATAU MATURIDIYYAH MENOLAK HADIS

Adakah ada ulama Asha'irah atau Maturidiyyah menolak hadis sekiranya ia bercanggah dengan akal kerana ada lafaz tashbih?


Saya jawab ADA.

Boleh lihat dalam tafsir Takwilat Ahl al-Sunnah karya Imam Abu Mansur al-Maturidi. Beliau menolak riwayat yang ada lafaz tashbih قَدَمَهُ atau رِجْلَهُ dan ini menurutnya bertentangan dengan akal dan wajib ditolak.

Kata beliau:

.

وقال بعض أهل التأويل بأنها تسأل الزيادة حتى يضع الرحمن قدمه فيها فتضيق بأهلها حتى لا يبقى فيها مدخل رجل واحد، وروي خبر عن أبي هريرة رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عن النبي ﷺ في ذلك، وأنه فاسد، وقول بالتشبيه

.

"Dan telah berkata sebahagian ahli takwil bahawa [neraka] meminta penambahan [ahli neraka] sehinggalah Allah meletakkan kaki-Nya di dalam neraka, barulah tiada ruang untuk ahlinya walau seorang pun." 

"Diriwayatkan khabar dari Abu Hurairah radhiyallahu'anhu dari Nabi ﷺ mengenai hal ini, ia khabar fasid dan ucapan tashbih."

_________________________

وقد قامت الدلائل العقلية على إبطال التشبيه، فكل خبر ورد مخالفًا للدلائل العقلية يجب رده، ومخالف لنص التنزيل، وهو قوله: ۞ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۞ ثم هذا القول على قول المشبهة على ما توهموا مخالف للكتاب، لأن اللَّه عَزَّ وَجَلَّ قال: (لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ)، وعندهم لا تمتلئ بهم ما لم يضع الرحمن قدمه فيها

"Dan dalil-dalil aqal telah membatalkan kebatilan tashbih. Setiap khabar yang menyelisihi dalil-dalil aqal dan nas al-Quran WAJIB DITOLAK, firman Allah: ۞ Tiada suatupun yang menyerupai-Nya ۞."

"Tambahan pula qaul ini adalah qaul mushabbihah berdasarkan iktiqad salah mereka yang menyelisihi al-Quran, kerana sesungguhnya Allah 'azza wa jalla telah berfirman: ۞ Bahawa Aku akan memenuhkan neraka Jahannam dengan golongan jin dan manusia sekaligus۞."

"Bagi mereka [mushabbihah] neraka tidak akan dipenuhi dengan jin dan manusia selagi mana Allah tidak meletakkan kaki-Nya dalam neraka."

_________________________ 

ثم ذكر البلخي أن مدار ما ذكروا من الحديث على حماد بن سلمة، وكان خرفًا مفندًا في ذلك الوقت لم يجز أن يؤخذ منه، مع ما روي في خبر أنس رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عن رسول اللَّه ﷺ أنه قال: "يأتي اللَّه تعالى ببشر فيضع في النار حتى تمتلئ " فهذا يحتمل، لا ما رووا"

.

"Kemudian al-Balkhi telah menyebut bahawa hadis yang mereka [mushabbihah] sebutkan madarnya adalah Hammad bin Salamah. Beliau nyanyuk dan lemah aqalnya pada waktu itu dan tidak boleh mengambil hadith darinya."

"Lebih-lebih lagi sebuah khabar dari Anas radhiyallahu'anhu, dari Nabi ﷺ bersabda: "Allah Ta'ala mendatangkan manusia dan meletakkannya ke dalam neraka sehingga ia penuh". Khabar ini boleh diterima, bukan sebagaimana diriwayatkan oleh mereka."

_________________________ 

Berdasarkan hujah Abu Mansur al-Maturidi diatas, kita dapati:

1. Beliau mendahulukan aqal berbanding naql.

2. Setiap riwayat yang bertentangan dengan akal wajib ditolak.

3. Lemah dalam ilmu hadis. Hadis yang dibicarakan di atas bukan melalui jalan Hammad bin Salamah sahaja, tapi berbagai jalan riwayat yang sahih. Malah lafaz قَدَمَهُ atau رِجْلَهُ ada di dalam sahih al-Bukhari & Muslim:

https://www.dorar.net/hadith/sharh/5425

4. Berhujah dengan hadis tiada asalnya dari Anas radhiyallahu'anhu untuk menolak hadis sahih yang ada lafaz قَدَمَهُ atau رِجْلَهُ:

يأتي اللَّه تعالى ببشر فيضع في النار حتى تمتلئ

Wallahualam.

MHI

Setia Alam


Comments

Popular posts from this blog

ALLAH DIATAS LANGIT DAN BERTEMPAT DILANGIT?

MALAIKAT MAUT BERNAMA IZRAIL?

AKIDAH JAHMIYAH