ULASAN KE ATAS DAURAH TAKWIL AL-HADIS IBNU QUTAIBAH

Kongres athari

Ulasan ke atas Daurah Takwil Al-Hadis Ibnu Qutaibah.

=======

.

Dalam ceramah Takwil Hadis Ibnu Qutaibah, Dr Umar nukilkan ijmak Salaf bahawa مع dalam Al-Quran adalah "bersama dengan ilmu", beliau menekankan supaya hadis sifat difahami mengikut siyaq (konteks) sesuatu ayat. Beliau berikan contoh-contoh Ibnu Qutaibah huraikan hadis berdasarkan siyaq. Dr Umar turut mengkritik yang memahami secara literal.

https://youtu.be/MZ5CYHLKamQ

Dalam ceramah itu Dr Umar tidak pun menerangkan manhaj Ibnu Qutaibah secara menyeluruh, bahawa Ibnu Qutaibah mentafsir hadis dengan ayat Al-Quran, dengan hadis, dengan syair, dengan israiliyyat. Beliau juga menggunakan dalil fitrah. Tidak terhad kepada siyaq, syair dan balaghah sahaja.

Ada juga ayat dan hadis yang Ibnu Qutaibah tafsir secara literal sebagai contoh gambar yang dibawah ini, ketika mengulas hadis nuzul, diselitkan huraian mengisbatkan di mana Allah. Ibnu Qutaibah mengatakan ia adalah ijmak golongan arab dan ajam. 

Sayangnya, pernyataan ini didiamkan, sehingga sesiapa yang tidak baca Takwil Mukhtalaf Al-Hadis, berpada dengan ceramah, akan salah faham dengan manhaj sebenar Ibnu Qutaibah dan ahli hadis. Pentingnya sifat amanah dan jujur dalam menerangkan manhaj seseorang imam.

====

Ibnu Qutaibah (wafat 276 Hijrah) membantah golongan yang mengatakan Allah azza wa jalla berada di setiap tempat, lalu mengisbatkan bahawa Dia berada di atas Arasy secara hakikat:

وَكَيْفَ يَسُوغُ لِأَحَدٍ أَنْ يَقُولَ: إِنَّهُ بِكُلِّ مَكَانٍ عَلَى الْحُلُولِ مَعَ قَوْلِهِ: {الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى} ، أَيِ: اسْتَقَرَّ؛ كَمَا قَالَ: {فَإِذَا اسْتَوَيْتَ أَنْتَ وَمَنْ مَعَكَ عَلَى الْفُلْكِ}، أَي: استقررت

Bagaimana seseorang boleh berkata: Sesungguhnya Allah berada di setiap tempat dengan makna hulul, sedangkan Allah telah berkata, Tuhan yang Maha Penyayang istiwa di atas Arasy, (Surah Taha: 5) iaitu menetap, seperti mana Dia berkata, "Apabila engkau telah naik bersama orang yang bersama engkau di atas bahtera" (Surah al-Mu’minun: 28), iaitu engkau telah menetap.

Ibnu Qutaibah juga berkata:

وَلَوْ أَنَّ هَؤُلَاءِ رَجَعُوا إِلَى فِطَرِهِمْ وَمَا رُكِّبَتْ عَلَيْهِ خِلْقَتُهُمْ مِنْ مَعْرِفَةِ الْخَالِقِ سُبْحَانَهُ، لَعَلِمُوا أَنَّ اللَّهَ تَعَالَى هُوَ الْعَلِيُّ، وَهُوَ الْأَعْلَى، وَهُوَ بِالْمَكَانِ الرَّفِيعِ، وَإِنَّ الْقُلُوبَ عِنْدَ الذِّكْرِ تَسْمُو نَحْوَهُ، وَالْأَيْدِي تُرْفَعُ بِالدُّعَاءِ إِلَيْهِ. وَمِنَ الْعُلُوِّ يُرْجَى الْفَرَجُ، ويتوقع النَّصْر، وَينزل الرزق. وَهُنَالِكَ الْكُرْسِيُّ وَالْعَرْشُ وَالْحُجُبُ وَالْمَلَائِكَةُ

“Kalaulah mereka kembali kepada fitrah dan sifat semula jadi mereka yang disematkan dalam diri mereka berkenaan mengenali Allah - Maha Pencipta – Subhānah, semestinya mereka akan tahu bahawa Allah Taʿāla adalah Yang Maha Tinggi, Yang Maha Tertinggi dan di tempat yang tinggi. Sesungguhnya ketika berzikir, hati akan naik ke arahNya manakala tangan pula akan diangkat kepadaNya ketika berdoa. Kepada Yang Maha Tinggilah, kelapangan (daripada permasalahan) diharap, bantuan dijangka dan rezeki diturunkan. Di atas sana, terdapat Al-Kursī, Al-ʿArasy, Al-Hijāb dan Malaikat...."




Comments

Popular posts from this blog

DOSA DAN ANCAMAN TIDAK MELURUSKAN SAF

IMAM AL GHAZALI KEMBALI KE MAZHAB SALAF (english)

TEMPAT KEDIAMAN IBLIS DI BUMI : BILIK AIR