KEKELIRUAN TENTANG BIDARA

 #Bidara_Benarkah_Seperti_Dakwaan.

Bidara disebut di dalam al Qur’an sebagai 'Sidr' .

فِي سِدْرٍ مَخْضُودٍ

(quran.id.db)

(Mereka) berada di antara pohon bidara yang tidak berduri,

-Sura Al-Waqi'ah, Ayah 28


Ada beberapa petunjuk Sunah didalam hadits yang menganjurkan kita untuk menggunakan Daun Bidara, diantaranya untuk mandi wajib ~ mandi haid, mandi ketika kita baru masuk agama Islam, bahkan untuk memandikan jenazah.


#Hadith-hadith berkenaan penggunaan bidara.


Hadits Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma tentang orang yang jatuh dari untanya dan meninggal, 

Rasulullah ﷺ  bersabda :

اغْسِلُوْهُ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ وَكَفِّنُوْهُ فِي ثَوْبَيْنِ.

“Mandikanlah dia dengan air dan daun bidara dan kafanilah dengan dua baju”. 

(HR. Bukhary-Muslim).


Hadits Ummu ‘Athiyah tatkala anak Rasulullah ﷺ meninggal, beliau bersabda :

اغْسِلْنَهَا ثَلاَثًا أَوْ خَمْسًا أَوْ سَبْعًا أَوْ أَكْثَرَ إِنْ رَأَيْتُنَّ ذَلِكَ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ

“Mandikanlah dia tiga kali atau lima atau tujuh atau lebih jika kalian melihatnya dengan dan daun bidara”. 

(HR. Bukhary-Muslim).


hadits ‘Aisyah bahwasanya Asma bintu Syakal bertanya kepada Nabi ﷺ  tentang mandi Haid, maka Nabi  ﷺ  menjawab :


تَأْخُذُ إِحْدَاكُنَّ مَاءَهَا وَسِدْرَهَا فَتَطَهَّرُ فَتُحْسِنُ الطُّهُوْرَ ثُمَّ تَصُبُّ عَلَى رَأْسِهَا فَتُدْلِكُهُ دَلْكًا شَدِيْدًا حَتَى يَبْلُغَ شُؤُوْنَ رَأْسِهَا ثُمَّ تَصُبُّ عَلَيْهَا الْمَاءَ ثُمَّ تَأْخُذُ فِرْصَةً مُمَسَّكَةً فَتَطَهَّرُ بِهَا. فَقَالَتْ أَسْمَاءُ : وَكَيْفَ

أَتَطَهَّرُ بِهَا ؟ فَقَالَ : سُبْحَانَ الله تَطَهَّرِيْنَ بِهَا. فَقَالَتْ عَائِشَةُ : كَأَنَّهَا تَخْفَى ذَلِكَ تَتَبَّعِيْنَ أَثَرَ الدَّمِ.


“Hendaklah salah seorang di antara kalian mengambil air dan daun bidara kemudian bersuci dengan sempurna kemudian menyiram kepalanya dan menyela-nyelanya dengan keras sampai ke dasar rambutnya kemudian menyiram kepalanya dengan air. Kemudian mengambil sepotong kain (atau yang semisalnya-pent.) yang telah diberi wangi-wangian kemudian dia bersuci dengannya. Kemudian Asma` bertanya lagi : “Bagaimana saya bersuci dengannya?”. Nabi menjawab : “Subhanallah, bersuci dengannya”. Kata ‘Aisyah : “Seakan-akan Asma tidak paham dengan yang demikian, maka ikutilah (cucilah) bekas-bekas darah (kemaluan)”. (HSR. Muslim)


a. Hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu yang diriwayatkan oleh Bukhary-Muslim tentang kisah Tsumamah bin Utsal radhiyallahu ‘anhu yang sengaja mandi[2] kemudian menghadap kepada Nabi ﷺ untuk masuk Islam.

b. Hadits Qois bin A’shim radhiyallahu ‘anhu :

أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَسَلَّمَ أُرِيْدُ الإِسْلاَمَ فَأَمَرَنِيْ أَنْ أَغْتَسِلَ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ

“Saya mendatangi Nabi  ﷺ  untuk masuk Islam maka Nabi memerintahkan kepadaku untuk mandi dengan air dan daun bidara”. 

(HR. Ahmad 5/61, Abu Daud no. 355, An-Nasai 1/91, At-Tirmidzy no. 605 dan dishahihkan oleh Al-Albany dalam Shahih At-Tirmidzy 1/187).


#Bidara dan keumuman Masyarakat Arab dengannya.

Jika kita mengikuti kuliah Maulana Asri Yusoof, kita akan tahu apakah sebabnya daun bidara menjadi pilihan utama dalam penggunaan seperti dalam hadith-hadith di atas.

Antara sebabnya ialah, pohon bidara lah yang biasa tumbuh di tanah arab . Daunnya pula ada sedikit kelebihan untuk  menghindarkan bau yang tidak enak kerana ia mengeluarkan bau yang agak menyegarkan.

Oleh kerana itulah daun bidara selalu digunakan terutama dalam hal thoharah dan termasuklah untuk urusan ruqyah.

Tidak ditemui  "tambahan khasiat" yang  spesifik untuk menghalau jin atau mengeluarkan sihir daripada catatan hadith-hadith nabi shallallahu alaihi wasallam atau atsar para sahabat.

Ia merupakan satu kaedah yang biasa digunakan di sekitar tanah arab sahaja.

Dalam satu siri kuliah "99 Usul Dirayah Mengenal pasti hadis Dhoif dan Madhu'', ada satu bab khusus berkenaan dengan pohon bidara. 

Banyak hadis yang dikaitkan dengan kelebihan pohon bidara tapi sayangnya kebanyakannya merupakan hadith PALSU. 

Yang sahih adalah hadis larangan menebang pokok bidara tanpa tujuan, terutamanya di tanah haram (ini sedikit syarah terhadap hadis tersebut)

Oleh kerana aroma daunnya yang agak wangi dan segar, ia digunakan dalam pengurusan jenazah dan thoharah seperti yang telah kita ketahui dari hadith-hadith sahih di atas berkenaan thoharah dan pengurusan jenazah.

Bayangkan, siri "99 Usul Dirayah" ini ada 99 siri, ada satu siri khas, membincangkan perihal pohon bidara sahaja.. banyak hadis palsu tentangnya. 

Menunjukkan banyak sudah pembohongan yang telah berlaku berkenaan pohon bidara ni. 

Jika tidak betul² dikaji, memang boleh tertipu berkenaan bidara.


Dalam isu ini, 3 point utama yang boleh kita kesan ialah.

1. Orang awam ramai  yang JAHIL.

2. Daun bidara dikatakan ada khasiat yang khusus - 

kononnya boleh menghalau jin dan mengeluarkan dan menghilang atau mencegah sihir.

3. Ruqyah diKOMERSIALkan.


Perkara pertama '1' 

~ini sememangnya dimaklumi. 

Kata pepatah arab, "al-awwam ka al-an'am" - orang awam itu seperti binatang ternak. 

Yakni, mereka mudah mengikut arus, apabila dimomokkan dengan sesuatu, mereka mudah percaya dan terpedaya.

Perkara ke '2' - 

~Ini satu kepercayaan yang tiada DALIL YG SAHIH, cuma sangkaan semata-mata. Mereka keliru dengan wasilah, yakni daun bidara ini meluas digunakan di sekitar tanah arab kerana ia paling sesuai dan mudah didapati di sekitar tanah arab.

Perkara ke 3 - 

~Ia juga sebenarnya satu bentuk bid'ah, yakni apabila rawatan ruqyah ini menjadi bahan komersial, malah ada yang menjadikannya satu kerjaya tetap pula. 

~Tidak ada dilaporkan bahawa ada tokoh salaf yang bekerja tetap sebagai peruqyah, dan mencari pendapatan dengan cara ini. 

Yang ada, beberapa kes, APABILA SEMBUH, pesakit atau keluarga pesakit memberi hadiah/ upah sebagai satu bentuk PERHARGAAN atas rasa syukur kerana sembuh. 

Inilah juga yang dapat kita fahami dari hadith Abu Said al Khudri yang meruqyah ketua kampung yang terkena sengatan binatang berbisa dengan surah al Fatihah. 


Kejahilan orang awam telah diMANIPULASI. 

Sepatutnya orang yang jahil dibimbing, diajar - inilah yang sunnahnya.

Tapi, sebaliknya pula berlaku, ada antara mereka telah mempergunakan kejahilan masyarakat ini untuk meraih keuntungan.


#Benarkah Daun Bidara Dapat Mengusir Jin & Sihir?

PENGUBATAN SIHIR BUKAN IBADAH

Walau tidak ada dalilnya, para ulama memahami bahawa pengubatan sihir termasuk dalam at-Tadawi (pengubatan), dan bukan ibadah.

Selama tidak menggunakan sesuatu yang dilarang syariat, dan terbukti mujarab, dibolehkan sahaja.

Shaykh Ibnu Baz rahimahullah, bekas Mufti Arab Saudi (wafat 1420H), pernah menjelaskan cara pengubatan sihir,

ومن علاج السحر بعد وقوعه أيضا وهو علاج نافع للرجل إذا حبس من جماع أهله أن يأخذ سبع ورقات من السدر الأخضر فيدقها بحجر أو نحوه ويجعلها في إناء ويصب عليه من الماء ما يكفيه للغسل , ويقرأ فيها آية الكرسي و ( قل يا أيها الكافرون ) و ( قل هو الله أحد ) و ( قل أعوذ برب الفلق ) و ( قل أعوذ برب الناس …

Di antara cara mengubati sihir – dan ini ubat yang manfaat untuk para suami yang terhalangi sehingga tidak boleh berhubungan badan – dia boleh mengambil 7 lembar daun bidara hijau, kemudian ditumbuk dengan batu atau semacamnya, lalu diletak di baldi, kemudian dicampur air yang cukup untuk mandi. Kemudian dibacakan ayat kursi, al-kafirun, al-ikhlas, al-falaq, an-Nas…. (beliau menyebutkan beberapa ayat lainnya). (Majmu’ Fatawa Ibnu Baz, 3/279)

Wallaahu a'lam.


Perlu diingat baik baik.

Perbuatan atau qalam ulama' BUKAN lah dalil dalam agama yaitu yang melibatkan aqidah kepada perkara ghaib. 

Boleh mengambilnya sebagai solusi kaedah pengubatan selama ia tiada unsur-unsur yang membawa kepada kesyirikan. 

Medium bidara sebagai bahan ruqyah bukanlah menunjukkan ia mempunyai keistimewaan pada perkara di luar lingkungan asbab yaitu melemahkan dan menakutkan jin. 

Jika benar keadaan nya dapat melemahkan jin atau menakutkannya perlu ada dalil kerana ia berkaitan dengan perkara ghaib.

Syaikh Bin Baz, memberi fatwa bolehnya menggunakan daun bidara untuk meruqyah kesurupan/rasukan dan sihir. 

Namun ia bukanlah (tidak beliau nyatakan dan andai dinyatakanpun ia tetap tidak diterima kerana bertentangan dengan nas al quran dan sunnah) dalil bahawa bidara ditakuti dan melemahkan jin atau dalil bahawa bidara boleh mengeluarkan sihir atau mengelakkan dan mencegah sihir.


#Lalu, dari manakah datangnya sangkaan bahawa daun bidara ini boleh menghalau jin dan syaitan (kerana takut baunya) dan mencegah atau menghilangkan sihir?.

#Pentingnya memahami konteks supaya kita lebih faham, apabila berkomunikasi dengan Nas

Di antara kesilapan yang biasa terjadi dalam usaha kita memahami nas, sama ada daripada al Quran ataupun hadis ialah, kita mudah mengikat diri kita dengan lafaz literal TEKS (secara harfiah), sehingga gagal memahami maksud sebenar di sebalik nas tersebut. 

Ia suatu perkara yang memerlukan penelitian dan syarah yang khusus. 

Di sini saya hanya cuba mengambil dua contoh mudah, serta relevan dengan kekeliruan yang berlaku di sekeliling kita.

#1. Makanan/ minuman sunnah - banyak disebarkan bahawa makanan sunnah itu adalah APA yg ada disebutkan di dalam alQuran dan alhadith. 

Maka buah tin, anggur, delima, kurma dan zaitunlah yang dikaitkan dengan makanan sunnah, kerana itu banyak disebutkan dalam alQuran dan ahadith.

Kita kena faham bahawa masyarakat arab adalah mad'u (penerima dakwah) yang asal semasa alQuran diturunkan. Maka, segala misalan dan CONTOH yang Allah berikan adalah sesuatu yang SESUAI dengan kefahaman mereka. 

Bayangkan, jika Allah menyebut buah durian, rambutan, manggis di dalam alQuran, maka ia adalah contoh yang tak relevan kepada masyarakat arab. 

Kita kena ingat, contoh yang diberikan adalah satu gambaran untuk memudahkan kefahaman, maka kalau diberi contoh yang tidak relevan, maka tentu sekali ia tidak sesuai, sedangkan alQuran itu sangat mudah, bagi sesiapa yang ingin mempelajarinya. 

(Inilah penegasan Allah sendiri sehingga diulang-ulang dalam surah alQamar beberapa kali, misalnya ayat 17, 22, 32, 40).


Bila kita mengikat diri dengan berpada kepada lafaz TEKS sahaja, maka sempitlah pemahaman kita, seolah² kita yang tidak tinggal di tanah arab ini jadi semacam second class, kerana tiada buahan sunnah yang tumbuh subur di sekitar kita. Terpaksa import kalau nak makan..

Perlu diingat, semua yang Allah jadikan itu TIDAK SIA-SIA. Tentunya semua buah-buahan, tumbuhan di sekitar itu juga punya khasiat, itu tugas kita untuk mengkaji. Kita juga kena ingat bahawa Allah itu Maha Adil..


#2. Daun bidara sebagai medium untuk berubat menghalau jin. 

Bila ditanya, ada perawat yang  mendakwa, kerana jin takut dan tidak suka dengan daun bidara! Daun bidara ini dapat melemahkan jin.

#Kononnya... Seperti juga ular yang tidak suka kepada belerang . 

Namun membandingkan jin yang termasuk perkara ghaib dengan ular yang nyata adalah suatu kekeliruan.  

Dakwaan "kelebihan khusus" terhadap daun bidara ini telah tersebar terutamanya dalam kaedah "perubatan Islam" sehingga menjadikan ia satu produk yang mempunyai nilai komersil yang tinggi.

Kita kena fahami suasana di tanah arab, terutamanya ketika mana wahyu itu diturunkan. Daun bidara inilah antara daun yang mempunyai bau wangi serta mudah didapati di sekitar tanah arab.

Jadi, ia sesuai untuk dijadikan air mandian kepada jenazah serta juga untuk faedah rawatan kepada pesakit (mungkin sebagai terapi mengembalikan kesegaran terhadap tubuh pesakit). 

Inilah yang terdapat dalam hadis dan juga atsar para salafussoleh.

Adapun dakwaan bahawa ia tidak disukai oleh jin, jin takut kerana alergik baunya itu adalah dakwaan tokok-tambah. 

Tidak pernah ditemui hadis yang menyatakan demikian...


#Jadi, Dari manakah kenyataan ini didapati?. Adakah dari pemberitahuan jin tersebut?. 

Jika benar maka ini telah menyangkuti masalah aqidah. 

Kerana perkara di luar lingkungan asbab hanyalah milik Allah dan hanya Allah yang mengetahuinya.


Allah SWT berfirman

قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ ۚ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ

(quran.id.db)

Katakanlah (Muhammad), “Tidak ada sesuatu pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang gaib, kecuali Allah. Dan mereka tidak mengetahui kapan mereka akan dibangkitkan.”

-Sura An-Naml, Ayah 65


#Malah Rasulullah ﷺ  sendiri pun tidak mengetahui tentang perkara ghaib.

Allah SWT berfirman

قُلْ لَا أَقُولُ لَكُمْ عِنْدِي خَزَائِنُ اللَّهِ وَلَا أَعْلَمُ الْغَيْبَ وَلَا أَقُولُ لَكُمْ إِنِّي مَلَكٌ ۖ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰ إِلَيَّ ۚ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ ۚ أَفَلَا تَتَفَكَّرُونَ

(quran.id.db)

Katakanlah (Muhammad), “Aku tidak mengatakan kepadamu, bahwa perbendaharaan Allah ada padaku, dan aku tidak mengetahui yang gaib dan aku tidak (pula) mengatakan kepadamu bahwa aku malaikat. Aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku.” Katakanlah, “Apakah sama antara orang yang buta dengan orang yang melihat? Apakah kamu tidak memikirkan(nya)?”

-Sura Al-An'am, Ayah 50


قُلْ لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ ۚ وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لَاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ ۚ إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

(quran.id.db)

Katakanlah (Muhammad), “Aku tidak kuasa mendatangkan manfaat maupun menolak mudarat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Sekiranya aku mengetahui yang gaib, niscaya aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan tidak akan ditimpa bahaya. Aku hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman.”

-Sura Al-A'raf, Ayah 188


#Lalu, dari mana perkhabaran bahawa jin takut kepada bidara kerana boleh melemahkannya itu diperolehi?.

Jika kita meninjau konteksnya dalam usaha memahami maksudnya yang sebenar, tentu sekali kita tidak terikat dengan daun bidara sahaja, kerana, bagi mencapai maksud yang sama, di sini, kita boleh guna banyak dedaunan yang mempunyai "khasiat" yang sama dengan daun bidara tersebut. 

Maka, tak perlulah terpaksa tercari-cari daun bidara, bila perlu...

Ini antara dua contoh mudah salah faham yang berlaku kerana terlalu mengikat diri dengan lafaz TEKS, sehingga mengabaikan KONTEKS. 

Kekeliruan ini banyak berlaku di kalangan masyarakat, bahkan kepada asatizah sekalipun. 

Malah lebih dikesalkan kekeliruan ini juga melanda mereka yang mengakui berpegang dengan sunnah.

Akibatnya, wujudlah pula golongan yang mengakui sunnah sebagai manhajnya namun dalam masa yang sama terperangkap dalam masalah aqidah Tauhid yang tercalar dek kerana taksub dan salah faham terhadap bidara. 


#Tercalarkah aqidah Tauhid kerana percaya bidara bisa melemahkan jin dan mencegah atau menghilangkan sihir?.

Perlu dan wajib kita fahami dengan betul apakah maksud Tauhid. 


#Maksud Tauhid

Tauhid ialah, Memahami dan Menerima Allah yang Maha Esa sahaja memiliki sifat istimewa dan khas tertentu yang mutlak bagi Nya. 

Tidak boleh dikongsi sifat ini dengan makhluk. 


#Lawan bagi Tauhid ialah syirik. 

Apabila kita mengatakan, Allah ada sifat tersebut, dan selain Allah pun ada sifat itu. 


#Itulah yang dinamakan syirik. 

Perkongsian sifat mutlak milik Allah dengan makhluk inilah yang dinamakan syirik. 

Kesannya terhadap orang yang percaya makhluk ada sifat khas mutlak Allah ialah,  dia telah memecahkan Tauhidnya dan memurtadkan dirinya daripada Islam. 


Ringkasnya ialah Tauhid bermaksud

"Menstabitkan Allah yang Maha Esa memiliki sifat² khas yang tertentu dan istimewa hak milik mutlak Allah swt sahaja, dan menolak selain daripada Allah ada sifat tersebut."


#Lalu, bagaimana perihalnya dengan meyakini bahawa bidara mempunyai sifat-sifat khas milik mutlak Allah dalam perihal di luar lingkungan asbab. 

Yaitu bidara boleh melemahkan dan menakutkan jin serta mengeluarkan dan mencegah sihir!!??. 

Tidakkah ini telah memecahkan Tauhid lalu terperangkap ke dalam kesyirikan?.


#TAUHID ADALAH INTIPATI KEPADA RUQYAH

Dalam membicarakan perihal gangguan jin dan sihir, perkara yang utama yang perlu difokuskan adalah Tauhid. 

Kerana, punca utama berlakunya gangguan jin dan sihir adalah kerana kerusakan Tauhid. 

Seorang Muslim yang tidak memahami Tauhid dan syirik cenderung dalam melakukan kerosakan dalam aqidah Tauhid. 

Seorang Muslim yang rusak aqidah Tauhidnya pula akan mudah dikuasai oleh syaitan dari kalangan jin dan manusia. 

Akibat tidak memahami Tauhid dan sunnah Rasulullah ﷺ maka manusia cenderung melakukan kesyirikan dan kebid'ahan. 

Lalu pintu kesyirikan dan kebida'han ini membuka jalan yang luas bagi syaitan dalam mempengaruhi anak cucu Adam as. 

Bagaimana dengan mereka yang berpegang kepada sunnah?. Bijaknya syaitan memainkan peranan daun bidara dalam menarik golongan sunnah ke dalam kancah kesyirikan.

➡Tidakkah kita perasan bagaimana halusnya jarum syaitan untuk memasukkan kesyirikan melalui daun bidara?. 

Bukan sahaja mereka yang tidak berpegang dengan manhaj sunnah malah amat kasihan mereka yang bermanhaj sunnah pun tertusuk jarum halus syaitan kerana terkeliru dengan daun bidara.


#Taklid buta perihal bidara merosakkan aqidah Tauhid.

Isu bidara ini boleh diibaratkan dengan menebang pokok kayu.

Pada zaman dahulu, kalau hendak menebang pokok kayu, alatan yg paling sesuai ialah kapak. 

Maka kapak lah yang digunakan meluas pada zaman itu. 

Kini, banyak cara yang lebih mudah untuk menebang pokok, gunakan chainsaw misalnya. 

Jadi, tak semestinya kena guna kapak!

Samalah perihal bidara ini. Yang banyak dilaporkan dalam insiden rawatan secara ruqyah ini berlaku di kawasan tanah arab. 

Maka, daun yang sesuai dan available di tempat itu untuk merawat ialah daun bidara. Maka, daun bidaralah yang digunakan atas sifatnya yang agak wangi dan menyegarkan.

Sayangnya orang yang berfahaman totok (kolot), terikat dengan teks, lalu menganggap daun bidara itu bahagian penting di dalam rawatan ruqyah. Yang lebih teruk lagi, dikaitkanlah daun bidara ini kononnya jin alergik terhadapnya, sedangkan ia sudah masuk dalam bab perkara ghaib, yang mana jika tiada dalil yang jelas, kita tidak sepatutnya percaya bulat-bulat. Tapi, ramai juga yang percaya. 

Inilah contoh taklid buta yang merusakkan aqidah Tauhid.


#Kesimpulannya, 

➡Meruqyah dengan daun bidara adalah salah satu kaedah yang digunapakai oleh sebahagian ulama dan diperbolehkan selama mana ia tidak meyakini daun bidara tersebut mempunyai kuasa di luar lingkungan asbab (perkara ghaib adalah perkara di luar lingkungan asbab).

➡Kesilap fahaman terhadap daun bidara sehingga meyakini ia boleh melemahkan jin malah ditakuti oleh jin serta dapat mengeluarkan sihir dan mencegahnya adalah suatu perkara yang mencalar aqidah Tauhid malah menyebabkan mereka yang terlibat jatuh ke dalam kancah kesyirikan.

➡Setiap dari kita seharusnya berhati-hati dalam masalah kesyirikan. Bermudah-mudah dalam perihal Tauhid dan syirik adalah pintu bagi syaitan menjerumuskan manusia ke Jahannam secara kekal.


Semoga artikel ini membuka sedikit minda setiap dari kita dalam permasalahan "bidara" dan sentiasa berhati-hati terhadap ruang-ruang syirik yang diintai oleh syaitan.

Segala yang baik adalah dari Allah swt dan yang buruk adalah dari kelemahan saya sendiri.

Wallahu’alam. 

Baarakallahufiikum. 

#TeamAdminDiskusiTauhid

#Beginilah_alQuran_Mengajar_Kami

Al khayr

Comments

Popular posts from this blog

DOSA DAN ANCAMAN TIDAK MELURUSKAN SAF

IMAM AL GHAZALI KEMBALI KE MAZHAB SALAF (english)

TEMPAT KEDIAMAN IBLIS DI BUMI : BILIK AIR