𝐌𝐞𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐈𝐦𝐚𝐦 𝐚𝐥-𝐒𝐨𝐛𝐮𝐧𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐚𝐳𝐡𝐚𝐛 𝐚𝐥-𝐀𝐬𝐡𝐚’𝐢𝐫𝐚𝐡: 𝐀𝐧𝐚𝐥𝐢𝐬𝐢𝐬 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐀𝐪𝐢𝐝𝐚𝐡 𝐒𝐚𝐥𝐚𝐟 𝐰𝐚 𝐀𝐬𝐡𝐚𝐛 𝐚𝐥-𝐇𝐚𝐝𝐢𝐭𝐡

 𝐌𝐞𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐈𝐦𝐚𝐦 𝐚𝐥-𝐒𝐨𝐛𝐮𝐧𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐚𝐳𝐡𝐚𝐛 𝐚𝐥-𝐀𝐬𝐡𝐚’𝐢𝐫𝐚𝐡: 𝐀𝐧𝐚𝐥𝐢𝐬𝐢𝐬 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐀𝐪𝐢𝐝𝐚𝐡 𝐒𝐚𝐥𝐚𝐟 𝐰𝐚 𝐀𝐬𝐡𝐚𝐛 𝐚𝐥-𝐇𝐚𝐝𝐢𝐭𝐡

Dr Umar Mohd  Noor  mempopularkan dakwaan Imam al-Sobuni  beraqidah al-Asha’irah. Tulisan ini akan membuktikan Imam al-Sobuni bukanlah beraqidah al-Asha’irah, sebaliknya beliau beraqidah salaf. 

Kajian dilakukan dengan meneliti kitab Aqidah al-Salaf wa Ashab al-Hadith yang ditahqiq oleh Nasir Ibn Abdul Rahman al-Judai’. Rujukan teks pada kitab ini seterusnya hanya menyebutkan muka surat. Kita akan dapati antaranya Imam al-Sobuni: 

a. Menetapkan maksud zahir bagi ayat-ayat sifat dan konsisten dalam berinteraksi dengannya.

b. Berpegang kepada manhaj ulama-ulama Salaf sebelum beliau, antaranya Imam Uthman al-Darimi dan Imam Ibn Khuzaimah.

c. Menetapkan sifat Meninggi (al-Istiwa), Turun (al-Nuzul), Dua Tangan (al-Yadayn) bagi Allah secara zahir tanpa tafwidh makna dan tanpa takwil.

d.Menetapkan bahawa al-Quran yang ditulis bukan makhluk.

e.Menerima kewujudan kayf bagi sifat Allah yang hanya diketahui-Nya.

f. Menyenaraikan tokoh-tokoh Ahl al-Sunnah yang perlu dicintai dan dijadikan anutan, antaranya Imam al-Darimi dan Imam Ibn Khuzaimah yang dianggap sebagai mujasimmah oleh sebahagian al-Asha’irah. 

g. Memuji, mengambil manfaat dari sebahagian tokoh al-Asha’irah dan mempertahankan mereka  tidak menjadikan beliau sendiri sebagai al-Ash’ari. 

h. Tiada apa-apa perbahasan khusus berkaitan jawhar dan aradh dalam kitab ini.


Berikut adalah perinciannya:

1. Beliau adalah Ismail Ibn Abd al-Rahman al-Sobuni al-Shafi’i, lahir pada tahun 373H dan wafat pada 449H. Beliau hidup selama 76 tahun. Pengajian beliau berpusat di Naisabur yang terletak di Khurasan (Tarikh al-Islam, 9/735-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟏). Pada zaman ini, tampuk pemerintahan didominasi oleh mazhab Ahl al-Hadith. Imam al-Sobuni hidup pada era Khalifah al-Qadir Billah (336H – 422H) dan Khalifah al-Qa’im Bi Amrillah (391H – 467H). 

Mereka menetapkan bahawa sifat Allah difahami secara hakikat dan bukan majaz seperti yang tertera dalam ‘Itiqad al-Qadiri (al-Muntazam,15/280-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟐). Gabenor yang memerintah Khurasan pada zaman itu pula merupakan Mahmud Ibn Sebüktegin al-Ghaznawi (361H – 421H). Mahmud al-Ghaznawi juga menerapkan aqidah yang sama di Khurasan (Sharh Usul I’tiqad Ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah, 4/799-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟑, Siyar A’lam al-Nubala 15/135-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟒).  

2. Ahli hadith menetapkan ayat-ayat sifat atas apa yang Allah sendiri tetapkan atas Diri-NYA, tidak menyamakan sifat-sifatNya dengan makhluk, tidak menyelewengkan (al-Tahrif) ayat-ayatNya, tidak memperbagaimanakan (al-Takyif) sifat-sifatNya seperti makhluk, tidak menyerupakan (al-Tashbih) dan menolak (al-Ta’til) sifat-sifatNya. Allah memberikan Ahli Sunnah pengetahuan dan kefahaman (ms 162-164-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟓). Justeru, ayat-ayat ini difahami maksudnya. 

3. Atas dasar itu, manhaj Imam al-Sobuni adalah ithbat zahir (ms 165, 176 dan 191-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟔𝐚, 𝟔𝐛, 𝟔𝐜). Ithbat zahir bermaksud menetapkan makna zahir yang difahami dan bukannya semata-mata melalukan lafaz tanpa memahami makna. Frasa على الظاهر ini digunapakai pada selain perbahasan aqidah oleh para imam Salaf.  

Antaranya Imam al-Syafie (W:204H) menggunakan frasa ini di dalam kitab Usul al-Fiqh beliau bahawa al-Qur'an dan al-Sunnah difahami secara zahir (al-Risalah, ms 322 & 580-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟕𝐚, 𝟕𝐛). Demikian juga diaplikasikan di dalam kitab fiqh beliau (al-Umm, 4/132 dan 7/208-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟖).

4. Demikian juga, 𝐈𝐦𝐚𝐦 𝐚𝐥-𝐒𝐨𝐛𝐮𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢 𝐚𝐲𝐚𝐭- 𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐬𝐢𝐟𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐨𝐧𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐧. Sebagai contoh, sifat Mata (al-Ayn), sifat Wajah (al-Wajh) dan sifat Tangan (al-Yad) difahami sama seperti sifat Pengetahuan (al-Ilm), sifat Kekuasaan (al-Qudrah) dan sifat Pertuturan (al-Kalam). Sifat-sifat ini difahami tanpa disamakan dengan makhluk, tidak dibagaimanakan, tidak diseleweng, digantikan, ditukar atau dihilangkan lafaznya 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐫𝐚𝐛. Ia tidak diletakkan takwil yang diingkari dan ia difahami secara zahir serta diserahkan ilmuNya kepada Allah (ms 165-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟗). 

Sebagai contoh, sifat Dua Tangan bagi Allah ditetapkan tanpa menyerupakan (al-Tashbih) Allah dengan makhluk (ms 160-161-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟏𝟎). Sifat ini juga tidak ditakwil dengan takwilan yang mungkar atau ditahrif sepertimana yang dilakukan  al-Jahmiyyah dan al-Mu’tazilah dengan berkata “al-Yadayn” bermaksud dua nikmat atau dua kekuatan (ASAH, ms 161-162-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟏𝟏). 

Ayat-ayat sifat ini juga tidak ditafwidh maknanya. 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐬𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐟𝐚𝐭 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐛𝐞𝐥𝐢𝐚𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐬𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐳𝐚𝐭 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 (ms 222-223 & 232-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟏𝟐𝐚, 𝟏𝟐𝐛). Kita memahami maksud zat Allah tanpa sebarang penyamaan dengan makhluk. Demikianlah segala sifat Allah difahami maksudnya tanpa sebarang penyamaan.

5. Sebahagian sifat Allah dibahas secara lebih terperinci antaranya sifat Meninggi (al-Istiwa) di atas Arash bagi Allah. Imam al-Sobuni menyatakan 𝐩𝐚𝐫𝐚 𝐒𝐚𝐥𝐚𝐟 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐞𝐳𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐚𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 (ms 176-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟏𝟑). Ayat-ayat sifat Meninggi ini difahami secara  zahir (ms 176-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟏𝟒). Beliau membawakan firman Allah tentang Fir’aun mendustakan Nabi Musa AS apabila Nabi Musa AS menyebut Allah di langit (ms 176-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟏𝟓). 

Penghujahan ini juga disebutkan oleh Imam al-Darimi (W:280H) (al-Radd ala al-Jahmiyyah, ms 172-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟏𝟔) dan Imam Ibn Khuzaimah (W:311H) (al-Tauhid, ms 264-265-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟏𝟕). 

Imam al-Sobuni juga menukil kisah hamba perempuan dipersaksikan sebagai beriman apabila menjawab soalan Nabi ﷺ dengan pengakuan bahawa Allah di atas Arash (ms 188- 𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟏𝟖 ). Imam al-Sobuni juga 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐤𝐢𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐈𝐦𝐚𝐦 𝐈𝐛𝐧 𝐊𝐡𝐮𝐳𝐚𝐢𝐦𝐚𝐡 (𝐖:𝟑𝟏𝟏𝐇) berkaitan hukuman orang yang tidak percaya Allah di atas Arash (ms 187-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟏𝟗). 

Kalam Abdullah Ibn al-Mubarak (W:181H) pula dinukil untuk menunjukkan Allah di atas Arash, terpisah dengan makhluk serta bukannya di bumi (ms 186-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟐𝟎). Imam Ibn Khuzaimah juga menyebutkan sedemikian rupa (al-Tauhid, ms 261- 𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟐𝟏).

6. Sifat turun (al-Nuzul) ini turut difahami secara zahir, sesuai dengan kebesaran-Nya, tidak sama dengan makhluk dan tanpa dibagaimanakan (ms 191-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟐𝟐). Imam al-Sobuni menukilkan kalam Imam Ibn Khuzaimah (W:311H) bahawa sifat kaifiyyat turun itu tidak dijelaskan Nabi ﷺ, yang dijelaskan hanya berlakunya turun (ms 223-224-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟐𝟑). Imam al-Sobuni mengaitkan sifat Turun dengan sifat Datang (al-Maji’ dan al-Ityan) (ms 191-192-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟐𝟒).

𝐏𝐞𝐫𝐤𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐥𝐢𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢 𝐦𝐚𝐤𝐧𝐚 𝐚𝐲𝐚𝐭-𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐬𝐢𝐟𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐭𝐚𝐟𝐰𝐢𝐝𝐡 𝐦𝐚𝐤𝐧𝐚. Imam al-Sobuni menukilkan kalam Imam Hammad bin Abi Hanifah (W:176)  yang membidas mereka yang tidak mengetahui maksud firman Allah datang pada hari kiamat. Imam Hammad bin Abi Hanifah (W:176) memberitahu bahawa yang perlu beriman dengan sifat Datang (al-Maji’ dan al-Ityan) bagi Allah. Adapun tentang kaifiyat sifat tersebut, kita tidak dibebankan  untuk mengetahuinya (ms 234-235-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟐𝟓). 

Banyak nukilan salaf ditanya tentang sifat Turun yang Imam al-Sobuni nukilan. 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐧𝐮𝐤𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐫𝐚 𝐢𝐦𝐚𝐦 𝐬𝐚𝐥𝐚𝐟  𝐦𝐞𝐦𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢 𝐦𝐚𝐤𝐬𝐮𝐝 “𝐚𝐥-𝐍𝐮𝐳𝐮𝐥” (ms 194, 196, 197 & 198-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟐𝟔𝐚, 𝟐𝟔𝐛, 𝟐𝟔𝐜).  

𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐢𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐬𝐨𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐝𝐚𝐡𝐮𝐥𝐮 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 “𝐚𝐩𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐦𝐚𝐤𝐬𝐮𝐝 𝐍𝐮𝐳𝐮𝐥 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡?”, 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 “𝐚𝐥-𝐍𝐮𝐳𝐮𝐥” 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡.

7. 𝐈𝐦𝐚𝐦 𝐚𝐥-𝐒𝐚𝐛𝐮𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐭𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐚𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐮𝐥𝐢𝐬 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐡𝐥𝐮𝐤, malah beliau mengkafirkan sesiapa yang mengatakan sedemikian (ms 165-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟐𝟕). Beliau menukilkan kalam Imam Ibn Khuzaimah (W:311H) untuk menyokong pegangan beliau (ms 167-168-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟐𝟖). 

Imam Ibn Khuzaimah (W:311H) berpegang kalam Allah mempunyai suara dan terdiri daripada huruf yang tidak diciptakan atau bukan makhluk (al-Tauhid, ms 317 & 334-335-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟐𝟗𝐚, 𝟐𝟗𝐛). 𝐈𝐦𝐚𝐦 𝐚𝐥-𝐒𝐚𝐛𝐮𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐚𝐡 𝐠𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐟𝐳𝐢𝐲𝐲𝐚𝐡 yang mendakwa lafaz bacaan mereka sebagai makhluk. Mereka dianggap sebagai golongan al-Jahmiyyah (ms 172-173-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟑𝟎).

8. Penggunaan frasa بلا كيف (ms 192, 194 & 222-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟑𝟏𝐚, 𝟑𝟏𝐛, 𝟑𝟏𝐜), frasa والكيف غير معقول (ms 179, 181 & 183-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟑𝟐𝐚, 𝟑𝟐𝐛, 𝟑𝟐𝐜) ataupun penafian التكييف (ms 162-164 & 165-RUJUKAN 33a, 33b) 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐦𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐟𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐢𝐟 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐮𝐭𝐥𝐚𝐤. 𝐅𝐫𝐚𝐬𝐚-𝐟𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐠𝐢𝐧𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐝𝐢𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐨𝐧𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐧. Imam al-Sobuni mengithbatkan bahawa kaif itu wujud bagi Allah SWT, tetapi ia : 

a) berita ghaib yang Allah tidak beritahu (ms 185-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟑𝟒)

b) Allah SWT boleh beritahu jika Dia mahu (ms 192-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟑𝟓)

c) tidak disifatkan  Nabi ﷺ kepada kita (ms 223 & 224-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟑𝟔)

d) tidak dibebankan untuk mengetahuinya  (ms 223 & 224, 234 & 235- 𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟑𝟕𝐚, 𝟑𝟕𝐛)

e) menurut kehendak Allah (ms 196- 𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟑𝟖).

f) tiada jalan untuk sampai padanya (ms 232-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟑𝟗)

𝐏𝐞𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤-𝐩𝐞𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤 𝐢𝐧𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚𝐧𝐲𝐚 (𝐞) 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚i𝐟 𝐢𝐭𝐮 𝐰𝐮𝐣𝐮𝐝, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐢𝐚 𝐝𝐢𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮𝐚𝐧 𝐚𝐪𝐚𝐥 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚.  𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐭𝐚𝐤 𝐰𝐮𝐣𝐮𝐝, 𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐝𝐢𝐤𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐚𝐤 𝐰𝐮𝐣𝐮𝐝? 

9. 𝐌𝐚𝐤𝐚, 𝐟𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐚𝐟𝐢𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 بلا كيف 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐝𝐢𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐨𝐧𝐭𝐞𝐤𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥. imam al-Sobuni telah menggunakan frasa tersebut pada perkara melihat Allah di hari kiamat (ms 249-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟒𝟎). Jika frasa بلا كيف bermaksud menafikan kaif secara mutlak, maka apakah penglihatan manusia terhadap Allah di akhirat dinafikan secara mutlak?. 

𝐈𝐧𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐠𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐬𝐡𝐚’𝐢𝐫𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐚 𝐮𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐦𝐞𝐣 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐝𝐢 𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐝𝐢 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭 𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢. 𝐈𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐮𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐢𝐟. 

Hakikatnya, persoalan tentang kaif itu yang tidak boleh ditanya kerana ia merupakan antara jalan untuk menolak hadith (ms 319-321-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟒𝟏). 

Lebih menarik, frasa غير معقول atau menafikan التكييف tidak menjadikan seseorang itu Ash’ari. Ini kerana Imam Uthman al-Darimi (W:280H) juga ada menyebut  frasa غير معقول (al-Rad ala al-Jahmiyyah ms 211-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟒𝟐,) dan menafikan التكييف (Naqd al-Darimi ala al-Marisi ms 438 & 440-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟒𝟑).  

Selain itu, frasa-frasa penafian kaif  juga digunakan untuk perkara selain sifat-sifat Allah SWT. Untuk perincian berkenaan kaif, rujuk artikel di pautan berikut. https://shorturl.at/HGkAU.

10. Imam al-Sobuni meletakkan kayu ukur seseorang itu Ahli Sunnah ialah dengan kecintaannya kepada tokoh-tokoh ulama ahlusunnah dan menjadikan mereka sebagai  ikutan (ms 307-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟒𝟒). Antara tokoh-tokoh ulama ahlusunnah yang disenaraikan dan dijadikan panutan adalah Imam 𝐔𝐭𝐡𝐦𝐚𝐧 𝐈𝐛𝐧 𝐒𝐚’𝐢𝐝 𝐚𝐥-𝐃𝐚𝐫𝐢𝐦𝐢 (𝐖:𝟐𝟖𝟎𝐇) 𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐦𝐚𝐦 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐈𝐛𝐧 𝐈𝐬𝐡𝐚𝐪 𝐈𝐛𝐧 𝐊𝐡𝐮𝐳𝐚𝐢𝐦𝐚𝐡 (𝐖:𝟑𝟏𝟏𝐇) (ms 314-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟒𝟓). 

Aqidah kedua-dua mereka mereka tidak bercanggah bahkan bersepakat keseluruhannya dengan para ulama salaf yang disenaraikan Imam al-Sobuni (ms 315-316-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟒𝟔). 𝐈𝐧𝐢 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐮𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐚𝐬𝐚-𝐛𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚. 𝐓𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐢𝐦𝐚𝐦-𝐢𝐦𝐚𝐦 𝐢𝐧𝐢 𝐝𝐢𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐩 𝐩𝐚𝐧𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐝𝐚𝐧. Imam al-Sobuni telah menukilkan kalam Imam Ibn Khuzaimah dalam bab-bab sifat Allah SWT.

11. Membenci tokoh-tokoh ini termasuk dalam tanda ahlu bid’ah menurut Imam al-Sobuni (ms 299-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟒𝟕). Persoalannya, 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐥-𝐀𝐬𝐡𝐚’𝐢𝐫𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐞𝐥𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐮𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐦𝐮𝐣𝐚𝐬𝐬𝐢𝐦𝐚𝐡 𝐚𝐭𝐚𝐮𝐩𝐮𝐧 𝐡𝐚𝐬𝐲𝐚𝐰𝐢𝐲𝐲𝐚𝐡? 

Contohnya Imam al-Razi (W:606H) menggelarkan kitab al-Tauhid karya Ibnu Khuzaimah sebagai kitab al-Syirik  (Tafsir al-Razi 27/582-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟒𝟖). Imam Ibn Jahbal (W:733H) pula mengatakan kitab al-Tauhid merupakan kitab al-Tasybih (Tabaqat al-Syafi’iyyah al-Kubra 9/77-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟒𝟗). 

𝐉𝐮𝐠𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐢𝐧𝐝𝐢𝐯𝐢𝐝𝐮-𝐢𝐧𝐝𝐢𝐯𝐢𝐝𝐮 𝐬𝐢𝐧𝐢𝐤𝐚𝐥 𝐛𝐢𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐢𝐧𝐚 𝐈𝐦𝐚𝐦 𝐚𝐥-𝐃𝐚𝐫𝐢𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐦𝐢 𝐛𝐮𝐤𝐢𝐭. 𝐋𝐨𝐠𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚, 𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐚𝐥-𝐒𝐚𝐛𝐮𝐧𝐢 𝐝𝐢𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐩 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐪𝐢𝐝𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐡𝐢𝐧𝐚-𝐩𝐞𝐧𝐠𝐡𝐢𝐧𝐚 𝐢𝐧𝐢? 

12. Sememangnya Imam al-Sobuni seorang objektif dan teliti dalam pujiannya. Beliau dikatakan memuji kitab al-Ibanah seperti yang dinukilkan oleh Imam Ibn Asakir (W:571H) (Tabyin Kadzib  al-Muftari ms 677-678-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟓𝟎). Namun, sanad kisah ini boleh dikritik kerana terdapat para perawi mubham. 

Kalau kisah ini sahih sekali pun, ia tidak menunjukkan bahawa Imam al-Sobuni seorang al-Ash’ari. Imam Ibn Taimiyyah mengatakan sesiapa yang berpegang kepada isi kandungan al-Ibanah merupakan ahlusunnah (Majmu’ al-Fatawa 6/359- 𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟓𝟏).  

Pujian ini tidak menjadikan seseorang itu al-Asha’irah tetapi sekadar pengiktirafan kepada kitab al-Ibanah yang mana terdapat tokoh hanabilah lain yang menolaknya. Imam Ibn Asakir (W:571H) sendiri menyebutkan Imam al-Sobuni merupakan ulama ahlu atsar  selepas menyebutkan kisah Imam al-Sobuni memuji kitab al-Ibanah (Tabyin Kadzib al-Muftari ms 677&678-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟓𝟐). 

13. Dalam kitab al-Ibanah, 𝐭𝐞𝐫𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐧𝐮𝐤𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐈𝐦𝐚𝐦 𝐀𝐛𝐮 𝐚𝐥-𝐇𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐚𝐥-𝐀𝐬𝐡’𝐚𝐫𝐢 (𝐖:𝟑𝟐𝟒𝐇) 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐮𝐭𝐢 𝐩𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐡𝐥𝐮 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐭𝐡 𝐤𝐡𝐮𝐬𝐮𝐬𝐧𝐲𝐚 𝐈𝐦𝐚𝐦 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 𝐝𝐢 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐟𝐚𝐬𝐚 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚. Ini  juga disebutkan oleh Imam Ibn Asakir. (al-Ibanah, ms 20-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟓𝟑, Tabyin Kadzib al-Muftari ms 317-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟓𝟒). 

𝐈𝐧𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐨𝐧𝐭𝐞𝐤𝐬 𝐤𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐈𝐦𝐚𝐦 𝐚𝐥-𝐒𝐚𝐛𝐮𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐭𝐮𝐥𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐦𝐚𝐦 𝐀𝐛𝐮 𝐚𝐥-𝐐𝐚𝐬𝐢𝐦 𝐚𝐥-𝐐𝐮𝐬𝐲𝐚𝐢𝐫𝐢 (𝐖:𝟒𝟔𝟓𝐇). Dokumen yang ditandatangani itu bukanlah pengakuan Imam al-Sobuni sebagai Ash’ari sebaliknya pengakuan Imam Abu Hasan al-Ash’ari (W:324H) sebagai salah seorang imam dalam mazhab ahlu hadith (Tabyin Kazib al-Muftari ms 257&258 -𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟓𝟓). 

14. Demikianlah juga pujian beliau terhadap sebahagian tokoh al-Ash’ari seperti Imam Abu Mansur Abd al-Qahir al-Baghdadi (W:471H) (Tabyin Kadzib al-Muftari ms 477-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟓𝟔), Imam al-Juwaini (W:478H) (Zail Tarikh Baghdad 16/46-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟓𝟕) dan lain-lain. Ini tidak menjadikan Imam al-Sobuni merupakan seorang al-Ash’ari. 

Apatah lagi Imam al-Sobuni sendiri menunjukkan bahawa beliau berbeza dengan Imam Abu Mansur Abd al-Qahir al-Baghdadi (W:471H) dalam hal aqidah (Tabyin Kadzib al-Muftari ms 477-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟓𝟖). Bahkan, pujian beliau pada Imam Ibn Mahdi al-Tabari al-Ash’ari hanyalah khusus berkait dengan 𝐢𝐤𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐥𝐢𝐚𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐡𝐥𝐮 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐭𝐡 walaupun beliau adalah ahlu kalam (ms 169-170-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟓𝟗). Demikianlah ketelitian al-Sobuni dalam memuji. 

15. Ada yang mendakwa Imam al-Sobuni berpegang kepada teori kasb seperti al-Asha’irah kerana Imam al-Sobuni menggunakan perkataan “kasb” di dalam kitab beliau (ms 279-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟔𝟎). 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐭𝐚-𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚𝐚𝐧 “𝐤𝐚𝐬𝐛” 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐭𝐮 𝐚𝐥-𝐀𝐬𝐡’𝐚𝐫𝐢 kerana Imam Ibn al-Qayyim (W:751H) juga menyebutkan perkara yang sama (Ijtima’ al-Juyush al-Islamiyyah ms 366-367-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟔𝟏).  Jelas sekali al-Sobuni tidak membincangkan secara terperinci teori kasb yang difahami Ashairah. 

16. Sikap positif Imam al-Sobuni dengan tokoh-tokoh al-Asha’irah ini boleh dikatakan kerana pengaruh Imam Abu Tayyib Sahl Ibn Muhammad al-Su’luki (W:404H) pada awal kehidupannya dan kehadiran tokoh-tokoh al-Asha’irah seperti Imam Ibnu Furak, Imam Abu Ishaq al-Isfirayini serta lain-lain ke majlisnya. Ini semua bukan bukti muktamad menetapkan Imam al-Sobuni sebagai Ash’ari. 

Imam Abu Tayyib Sahl Ibn Muhammad al-Su’luki (W:404H) bersama beliau sekitar 22 tahun awal kehidupannya. Bermula pada tahun 382H (ketika ini al-Sobuni berusia 9 tahun) sehinggalah kewafatan beliau pada 404H. Sedangkan al-Sobuni terus hidup 45 tahun lagi selepas itu (Tarikh al-Islam, 9/735-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟔𝟐). Sepanjang tempoh itu, al-Sobuni terkenal sebagai ulama hadith ataupun ahli athar. 

Beliau mengadakan majlis pembacaan hadith yang dihadiri tokoh besar hadith antaranya Imam Abu Ismail al-Harawi (W:481H) pada tahun 423H (ketika Imam as-Sobuni berusia 50 tahun). Beliau memuji Imam Abu Isma’il al-Harawi dalam majlis tersebut walaupun Imam Abu Isma’il al-Harawi jauh lebih muda dari Imam al-Sobuni. 

Imam al-Sobuni mengatakan bahawa Imam Abu Isma’il al-Harawi mempunyai pangkat di dalam Ahl al-Sunnah dan para ilmuwan cemburu dengan keilmuan Imam Abu Ismail al-Harawi (Zail a’la Tabaqat al-Hanabilah 1/137-139 & 1/140-141-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟔𝟑𝐚, 𝟔𝟑𝐛).

17. Tema yang ada di kitab beliau pula ternyata konsisten dengan tajuk-tajuk kitab salaf yang awal. Antaranya berkaitan sifat-sifat Allah, perihal hari kiamat, perihal iman, syafaat, hari kebangkitan, telaga haudh, melihat Allah, syurga dan neraka,  hidayah, kehendak Allah, taqdir,  dan petanda sunnah serta ahli bid’ah. Kitab ini penuh dengan dalil-dalil shahih dan aqwal para imam salaf. Tiada perbahasan khusus berkaitan jisim, jirim, aradh, maqulat ataupun istilah-istilah daqiq ilmu kalam. 

18. Akhir kata, aqidah Imam al-Sobuni bertepatan dengan aqidah para salaf. Inilah yang beliau sebutkan sendiri di dalam kitab beliau (ms 316-𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟔𝟒). Beliau tidak pernah mendakwa diri sebagai pengikut al-Asha’ari ataupun dikenali sebagai pengikut ahli kalam. 

Menariknya, terdapat kisah yang Imam al-Haramain al-Juwaini (W:478H) mendapat mimpi bahawa Nabi ﷺ memerintahkan beliau untuk mengikuti aqidah Imam al-Sobuni (Tarikh Dimashq 9/12- 𝐑𝐔𝐉𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟔𝟓).  Jika kisah ini benar, apa perlunya Imam al-Juwaini (W:478H) perlu ikut aqidah Imam al-Sobuni jika aqidah mereka sama-sama al-Ashai’rah? 

Jika didakwa Imam al-Juwaini sekadar kembali kepada aqidah tafwidh maka bukankah aqidah tafwidh itu sendiri didakwa telah termasuk dalam metodologi Ashai’rah? 

Jika hendak dikatakan bahawa aqidah Imam al-Sobuni merupakan aqidah al-Ashai'rah pada jalan tafwidh, maka tafwidhlah sepatutnya yang menjadi pegangan fokus al-Asha'irah, kerana Nabi memerintahkan Imam al-Juwaini untuk mengikuti aqidah tafwidh, dan bukannya takwil.

19. 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚, 𝐈𝐦𝐚𝐦 𝐚𝐥-𝐒𝐨𝐛𝐮𝐧𝐢 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐪𝐢𝐝𝐚𝐡 𝐀𝐬𝐡𝐚𝐢𝐫𝐚𝐡. Bagi pihak yang mendakwa bahawa Imam al-Sobuni merupakan seorang al-Ash’ari, 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐚𝐥𝐮-𝐚𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐀𝐪𝐢𝐝𝐚𝐡 𝐚𝐥-𝐒𝐚𝐥𝐚𝐟 𝐰𝐚 𝐀𝐬𝐡𝐚𝐛 𝐚𝐥-𝐡𝐚𝐝𝐢𝐭𝐡 𝐝𝐢𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐤𝐮𝐥𝐢𝐭 𝐤𝐞 𝐤𝐮𝐥𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐡𝐮𝐫𝐮𝐟 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐡𝐮𝐫𝐮𝐟. Harapan kami kitab ini ditauliahkan dan diajar di seluruh negara.  Moga-moga keharmonian antara salafiyyah dan Ashai’rah dapat dicapai melalui pengajian kitab ini. 


Wallahu a’lam.


https://www.facebook.com/share/p/uTH9x5TE5tcgjYWv/?mibextid=WC7FNe

Comments

Popular posts from this blog

ALLAH DIATAS LANGIT DAN BERTEMPAT DILANGIT?

AKIDAH IMAM Abu Uthman al-Sobuni

MALAIKAT MAUT BERNAMA IZRAIL?