Dr Thair al-Hallaq

  Dr Thair al-Hallaq lebih wajar dijadikan contoh teladan. Beliau benar-benar menguasai ilmu kalam dan falsafah sehingga memperoleh pangkat Kedoktoran dalam bidang tersebut dan menjadi pensyarah bidang tersebut selama berbelas tahun. Sekarang, setelah puas bergelumang dalam kegelapan lautan ilmu kalam dan falsafah, beliau mengiklankan taubatnya dan berubah mengikuti Akidah Ahlil Hadith wal Athar.


Ini baru betul tokoh. Bukannya bbnu tak mengaji, atau mengaji sekerat jalan, kemudian perasan diri alim. Padahal keyboard warrior, tin kosong sahaja.


Kata Dr. Hatim Ghalib berkenaan Dr. Thair al-Hallaq:


Beliau bukanlah seorang wahhabi (pengikut Shaykh Muhammad bin Abdil Wahhab), bukan graduan lepasan Universiti Umm al-Qura, (Saudi)bukan juga seorang yang jahil tentang ilmu kalam. Bahkan sebaliknya, beliau mempelajari ilmu-ilmu syarak, falsafah dan ilmu kalam di beberapa buah universiti terkemuka di Mesir, dan menjadi guru di Universiti Damsyik, serta menyandang pangkat Profesor dalam bidang Perbandingan Akidah, Agama dan Manhaj. Seolah-olah beliau mengungkapkan, "Orang yang mengalami pengalaman yang sama dengan aku, pasti akan tahu sebagaimana aku tahu."


Berusahalah bersungguh-sungguh wahai pengkaji untuk mengambil faedah daripada pengalaman para ulama. Oraklah langkah anda dari titik penamat mereka, bukan dari titik permulaan mereka, kerana umur kita singkat.


Semoga Allah memelihara guru kami, Dr. Thair al-Hallaq, menganugerahkannya kesihatan dan keafiyatan, memanjangkan umurnya dalam ketaatan, dan mengurniakan keberkatan pada ilmu dan kegigihannya.


Kata-kata ini ditulis oleh Dr. Hātim Ghalib sebagai komentar terhadap ciapan Dr. Thair al-Hallaq.


Dr. Thair al-Hallaq menulis pada salah satu ciapannya di Twitter (atau sekarang dikenali sebagai X):


"Aku telah menekuni kitab-kitab akidah musnadah (kitab-kitab akidah Salaf yang diriwayatkan dengan sanad) selama enam bulan. Banyak yang aku belajar daripada kitab-kitab ini yang aku tidak pelajari selama 20 tahun aku bergelumang dengan ilmu kalam dan falsafah. Aku juga dapati kritikan dan bantahan (ke atas seteru) yang ada dalam kitab-kitab ini diutarakan dengan ungkapan yang paling teliti, paling tepat dan paling ringkas. Aku benar-benar lalai sebelum ini."


Ciapan ini ditulis beliau pada tarikh 1 Februari 2022.


Semoga Allah mengurniakan tawfiq dan hidayah kepada semua umat Islam. Amin.


Kongres athari


Comments

Popular posts from this blog

ALLAH DIATAS LANGIT DAN BERTEMPAT DILANGIT?

AKIDAH IMAM Abu Uthman al-Sobuni

MALAIKAT MAUT BERNAMA IZRAIL?