MENJAWAB HANTARAN FACEBOOK NIK NUR MADIHAH
Nah yang mana tak sempat baca posting latest NNM, ni ada orang send kat aku untuk dibuat ulasan. Dari keseluruhan posting dia, aku nak sentuh 3 benda ja yang mana dia semberono je share tanpa lihat pada tafsiran para ulamak berkenaan konteks nas.
𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔:
1. 𝗦𝗧𝗔𝗧𝗨𝗦 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗔𝗛𝗟𝗨𝗟 𝗕𝗔𝗬𝗧 𝗜𝗕𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗡𝗔𝗕𝗜 𝗡𝗨𝗛
Hadis yang disebutkan lafaz asalnya adalah seperti berikut:
سَمِعْتُ أَبَا ذَرٍّ، يَقُولُ: وَهُوَ آخِذٌ بِبَابِ الْكَعْبَةِ: أَيُّهَا النَّاسُ، مَنْ عَرَفَنِي فَأَنَا مَنْ عَرَفْتُمْ، وَمَنْ أَنْكَرَنِي فَأَنَا أَبُو ذَرٍّ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «مَثَلُ أَهْلِ بَيْتِي مَثَلُ سَفِينَةِ نُوحٍ مَنْ رَكِبَهَا نَجَا، وَمَنْ تَخَلَّفَ عَنْهَا غَرِقَ
hadis ini telah diriwayatkan oleh:
Al-Hakim di dalam al-Mustadrak (3312) & (4720). Al-Zahabi di dalam Talkhis mengatakan bahawa salah seorang perawi bagi hadis ini Mufaddhal bin Soleh lemah.
Al-Imam al-Bazzar di dalam Musnadnya (5142) dan berkata bahawa hadis ini tidak kami ketahui seorangpun yang meriwayatkannya melainkan Al-Hasan bin Abi Ja’far dan Al-Hasan bukanlah seorang yang kuat (di dalam ilmu hadis) dan kebanyakan ahli ilmu memperkatakan tentangnya.
Al-Imam al-Tabarani di dalam Mu’jam al-Kabir (2636), (2638) & (12388). Di dalam Mu’jam al-Awsat (5536) & (5870).
Komentar terhadap hadis:
Syeikh Nasiruddin al-Albani Rahimahullah di dalam Silsilah al-Ahadis al-Dho’ifah wa al-Maudhu’ah (4503) menghukumkan hadis ini sebagai Dhoif (lemah). hadis ini, selain diriwayatkan oleh Abi Dzar al-Ghifari RA terdapat juga syawahid yang lain diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas, Abdullah bin al-Zubayr, Abi Sa’id al-Khudri dan Anas bin Malik R.Anhum. Meskipun terdapat jalan periwayatan yang lain, namun kesemua jalan tersebut tidak terlepas daripada kritikan yang mana kesemuanya tersangatlah lemah dan tidak mampu untuk menguatkan antara satu sama lain.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿:
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1548-irsyad-al-hadith-siri-ke-2-kelebihan-ahli-bayt-nabi-saw-dengan-bahtera-nuh
__
𝗞𝗘𝗗𝗨𝗔:
2. 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗪𝗔𝗦𝗜𝗔𝗧 𝗡𝗔𝗕𝗜 𝗦𝗨𝗣𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗘𝗚𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗜𝗧𝗥𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗚𝗜𝗡𝗗𝗔 𝗬𝗔𝗞𝗡𝗜 𝗔𝗛𝗟𝗨𝗟 𝗕𝗔𝗬𝗧
•Yang dapat aku simpulkan seringkas yang mungkin hasil dari pembacaan dari pelbagai sumber dan merujuk pada ahli-ahli dalam bidang hadith
•Dari banyak-banyak riwayat tentang hadis tsaqalain, hanya satu sahaja yang sahih yakni yang direkodkan dalam sahih muslim hadis no.1218 diriwayatkan oleh Zaid bin Arqam
•Pada matan hadis ni, jelas perintah untuk berpegang teguh hanya ditujukan kepada 'KITABULLAH'
قد تركت فيكم ما لن تضلوا إن اعتصمتم به كتاب الله
"Sungguh telah aku tinggalkan kepada kalian perkara yang tidak akan menyesatkan kalian selama kalian berpegang teguh dengannya iaitu kitabullah."
•Perhatikan dhomir 'به' dan bukan 'بهما'
•Adapun ahli bait Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, baginda hanya berpesan agar senantiasa menjaga mereka sepeninggalan baginda dan memperhatikan hak-haknya:
وأهل بيتي أذكركم الله في أهل بيتي
"Dan ahli baitku, aku ingatkan kalian kepada Allah agar menjaga ahli baitku."
[HR. Muslim 2408]
•Jika Syi’ah kata Kitabullah dan Ahlul-Bait adalah dua hal yang sama dan setara, maka itu tidak dapat diterima.
•Sebab, dalam riwayat lain [Sunan At-Tirmidzy no.3788] menjelaskan bahawa salah satu dari keduanya lebih besar dari yang lain:
إِنِّي قَدْ تَرَكْتُ فِيكُمْ مَا إِنْ أَخَذْتُمْ بِهِ لَنْ تَضِلُّوا بَعْدِي الثَّقَلَيْنِ أَحَدُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ الْآخَرِ
“Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara yang sangat berat, salah satunya lebih besar dari yang lain”.
•Hadith ni jelas menolak klaim kesetaraan
• So takde kontradik disini dengan lafaz hadith sahih lighairih "Berpegang teguh dengan Kitabullah dan Sunnah Rasulnya"
•Hadis ni terdapat perintah berpegang teguh kepada keduanya (Al-Quran & As-Sunnah) sedangkan hadis tsaqalain terkandung perintah berpegang teguh hanya khusus dituju kepada KITABULLAH dan hanya perintah supaya memenuhi hak ahlul bayt, itu sahaja
__
𝗞𝗘𝗧𝗜𝗚𝗔:
3. 𝗞𝗢𝗡𝗧𝗘𝗞𝗦 𝗔𝗬𝗔𝗧 33 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗛 𝗔𝗟-𝗔𝗛𝗭𝗔𝗕
Istilah “ahlul bayt” yang disebutkan dalam Surah al-Ahzab ayat 33 tidak bermaksud mereka secara automatik “maksum” (terjaga dari dosa) seperti para nabi. Aku sertakan beberapa penjelasan penting untuk konteks ayat ini berdasarkan penjelasan para mufassir:
•Maksud Ayat:
-Dalam konteks ayat tersebut, Allah SWT menyatakan keinginan-Nya untuk mensucikan ahlul bayt dari dosa dan kekotoran.
-Sebenarnya ayat ini lebih kepada menunjukkan keutamaan ahlul bayt dan “perintah” kepada mereka untuk mematuhi ajaran Islam secara sempurna, bukan bermaksud mereka dilindungi sepenuhnya dari berbuat dosa seperti para nabi.
•Pandangan Ahli Sunnah wal Jamaah:
-Dalam pandangan Ahli Sunnah wal Jamaah, ahlul bayt (keluarga Nabi) termasuk isteri-isteri Nabi, Sayyidina Ali, Sayyidatina Fatimah, Sayyidina Hasan, dan Sayyidina Husain, memiliki kedudukan yang tinggi dan mulia. Namun, mereka tidak dianggap maksum seperti nabi-nabi. Mereka tetap manusia yang mungkin melakukan kesilapan, tetapi mereka adalah teladan yang sangat dihormati dan dijaga daripada perkara yang merosakkan kehormatan mereka.
•Pandangan di sisi Syiah:
-Dalam pandangan Syiah, terutama Syiah Imamiyyah, ahlul bayt, khususnya 12 Imam, dianggap maksum dari segala dosa dan kesilapan, dan mereka dijaga oleh Allah SWT secara khusus. Ini berbeza dengan pandangan Ahli Sunnah.
__
𝙎𝙄𝘼𝙋𝘼𝙆𝘼𝙃 𝘼𝙃𝙇𝙐𝙇 𝘽𝘼𝙔𝙏?
Berdasarkan keterangan dan huraian dari hadith-hadith yang sahih dapat disimpulkan bahawa Ahlul Bait menurut Ahli Sunnah wal Jamaah termasuk:
•𝘼𝙝𝙡𝙪𝙡 𝙆𝙞𝙨𝙖’
•𝙞𝙨𝙩𝙚𝙧𝙞-𝙞𝙨𝙩𝙚𝙧𝙞 𝙍𝙖𝙨𝙪𝙡𝙪𝙡𝙡𝙖𝙝, 𝙖𝙣𝙖𝙠-𝙖𝙣𝙖𝙠 𝙙𝙖𝙣 𝙘𝙪𝙘𝙪-𝙘𝙪𝙘𝙪𝙣𝙮𝙖,
•𝙨𝙚𝙧𝙩𝙖 𝙠𝙖𝙪𝙢 𝙠𝙚𝙧𝙖𝙗𝙖𝙩𝙣𝙮𝙖 𝙙𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙠𝙚𝙩𝙪𝙧𝙪𝙣𝙖𝙣 𝘽𝙖𝙣𝙞 𝙃𝙖𝙨𝙝𝙞𝙢 𝙙𝙖𝙣 𝘽𝙖𝙣𝙞 𝙈𝙪𝙩𝙩𝙖𝙡𝙞𝙗.
Rujukan:
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4198-al-kafi-1613-siapakah-golongan-ahlul-bait-menurut-ahli-sunnah-wal-jamaah
•Tetapi kalau kalian dapati ada someone yang ulang-ulang sebut nama Ali, Fatimah, Hassan, Husayn sahaja, disitu dah red flag besar 🚩
__
𝙉𝘼𝘽𝙄 𝙒𝘼𝙍𝙄𝙎𝙆𝘼𝙉 𝘼𝙇-𝙌𝙐𝙍𝘼𝙉 𝘿𝘼𝙉 𝘼𝙎-𝙎𝙐𝙉𝙉𝘼𝙃 𝘽𝙐𝙆𝘼𝙉 𝙆𝙀𝙏𝙐𝙍𝙐𝙉𝘼𝙉
تَرَكْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا : كِتَابَ اللهِ وَ سُنَّةَ رَسُوْلِهِ
Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.
[Rujukan: H.R.Malik, al-Hakim, al-Baihaqi, Ibnu Nashr, Ibnu Hazm, Hadith Sahih Lighairihi]
__
𝘾𝙐𝙆𝙐𝙋𝙇𝘼𝙃 𝙃𝘼𝘿𝙄𝙎 𝘿𝙄 𝘽𝘼𝙒𝘼𝙃 𝙄𝙉𝙄 𝙎𝙀𝘽𝘼𝙂𝘼𝙄 𝙋𝙀𝙉𝙀𝙂𝘼𝙎𝘼𝙉 𝘽𝘼𝙃𝘼𝙒𝘼 𝙉𝘼𝘽𝙄 𝙏𝙄𝘿𝘼𝙆 𝙆𝙊𝙈𝙋𝙍𝙊𝙈𝙄 𝙏𝙀𝙍𝙃𝘼𝘿𝘼𝙋 𝙆𝙀𝘽𝘼𝙏𝙄𝙇𝘼𝙉 𝙒𝘼𝙇𝘼𝙐𝙋𝙐𝙉 𝘿𝘼𝙍𝙄 𝙆𝙀𝙏𝙐𝙍𝙐𝙉𝘼𝙉 𝘽𝘼𝙂𝙄𝙉𝘿𝘼 𝙎𝙀𝙉𝘿𝙄𝙍𝙄
ثُمَّ قَامَ فَاخْتَطَبَ، فَقَالَ: «أَيُّهَا النَّاسُ، إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمِ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ، وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمِ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الْحَدَّ، وَايْمُ اللهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا»
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam pun berdiri dan berkhutbah, ‘Wahai manusia, sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah jika ada orang yang mulia (memiliki kedudukan) di antara mereka yang mencuri, maka mereka biarkan (tidak dihukum), namun jika yang mencuri adalah orang yang lemah (rakyat biasa), maka mereka menegakkan hukum atas orang tersebut. Demi Allah, sungguh jika Fatimah binti Muhammad mencuri, aku sendiri yang akan memotong tangannya’
[HR. Bukhari no. 6788 dan Muslim no. 1688]
SYARAH HADITH:
Ketika menjelaskan hadith ini, Syaikh Muhammad bin Solih Al-’Utsaimin rahimahullah berkata,
”Inilah keadilan” Inilah penegakkan hukum Allah, iaitu bukan atas dasar mengikuti hawa nafsu. Rasulullah bersumpah, jika Fatimah binti Muhammad mencuri dan Fatimah tentu lebih mulia secara nasab dibandingkan dengan wanita bani Makhzum tersebut kerana Fatimah adalah pemimpin para wanita di syurga, maka rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri yang akan memotong tangannya.”
Kemudian Syaikh Muhammad bin Solih Al-’Utsaimin rahimahullah melanjutkan, ”Demikianlah, wajib atas pemimpin (pemerintah) untuk tidak pandang bulu dalam menegakkan hukum. Mereka tidak boleh memihak seorang pun kerana hubungan dekat, kekayaannya, kemuliaannya di masyarakat (kabilah/sukunya), atau sebab lainnya”
[Rujukan: Syarh Riyadhus Solihin, 1/2119, Maktabah Asy-Syamilah]
__
𝙔𝘼𝙉𝙂 𝙋𝘼𝙇𝙄𝙉𝙂 𝙈𝙐𝙇𝙄𝘼 𝘼𝘿𝘼𝙇𝘼𝙃 𝙔𝘼𝙉𝙂 𝘽𝙀𝙍𝙏𝘼𝙌𝙒𝘼
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
[Al Hujurat: 13]
__
TAFSIR AYAT:
Ath-Thobari rahimahullah berkata, “Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian (wahai manusia) adalah yang paling tinggi takwanya pada Allah, iaitu dengan menunaikan berbagai kewajiban dan menjauhi maksiat. Bukanlah yang paling mulia dilihat dari rumahnya yang megah atau berasal dari keturunan yang mulia.”
[Rujukan: Tafsir Ath Thobari, 21:386]
__
-𝗨𝗠𝗠𝗨 𝗡𝗔𝗜𝗘𝗟𝗔𝗛-
Comments
Post a Comment