PERBEZAAN MANHAJ ANTARA IKHWANI, SURURI, DAN KHAWARIJ

 Manhaj Ikhwani :

 Membenarkan semua Firqah Islam bergabung atas matlamat ingin menegakkan daulah/negara Islam. 

Membenarkan untuk menjatuhkan pemerintah Muslim yang tidak bersama dengan kelompok mereka.

Mengharuskan berdemontrasi untuk menjatuhkan pemerintah.

Manhaj Sururi /Neo Ikhwani : 

Berada di atas manhaj Ikhwani didalam bab urusan pemerintah. Menggunakan buku-buku haraki dan tafsiran haraki.

Cuma didalam bab akidah, berpegang teguh kepada akidah salaf. Tetapi didalam manhaj bersama pemerintah, mengikut kepada manhaj Ikhwani. 

Biasa digelar kelompok salafi haraki ( kerana menggabungkan akidah salaf dan manhaj Sayyid Qutb)

Manhaj Salaf : 

Tidak membenarkan menjatuhkan pemerintah Muslim waimma pemerintah tersebut zalim.

Berada di atas akidah salaf dan manhaj salaf sepenuhnya.

Hanya bermatlamat untuk menyebarkan akidah salaf, bukan menjatuhkan pemerintah Muslim.

Melarang untuk memberontak ke atas pemerintah Muslim dan melarang menegur secara terbuka dengan niat untuk menjatuhkan kredibiliti pemerintah.

Mendoakan pemerintah agar menjadi pemerintah yang baik dan soleh, dan mentaati pemerintah kecuali dalam urusan maksiat dan kemungkaran.

Menegur pemerintah secara berhadapan akan kesalahan yang dilakukan oleh mereka.

Manhaj Khawarij: 

Membenarkan untuk dijatuhkan pemerintah Muslim yang zalim dan mengkafirkan pemerintah yang melakukan dosa besar serta menghalalkan darah mereka.

Sesiapa yang tidak bersama kelompok mereka termasuk didalam kalangan musuh mereka dan musuh Islam serta halal darahnya dan layak untuk dibunuh.

Wajib baiat dengan pemimpin yang diangkat oleh mereka sahaja. Sesiapa yang tidak baiat kepada pemimpin mereka dianggap berdosa besar, lari daripada jemaah dan halal darahnya untuk dibunuh.

Ini serba sedikit perbezaan manhaj antara Ikhwani, Sururi, salaf dan Khawarij.

Apapun Khawarij memang sudah dikelompokkan didalam Firqah yang sesat didalam Islam. 

Ini kerana pemikiran Khawarij sangat bahaya kerana terlalu mudah untuk menjatuhkan seseorang ke dalam dosa besar sekaligus menghalalkan darahnya tanpa sebab yang syarie. Bahkan sesiapa yang menentang mereka akan terus dihukum sebagai musuh Islam.

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

DOSA DAN ANCAMAN TIDAK MELURUSKAN SAF

IMAM AL GHAZALI KEMBALI KE MAZHAB SALAF (english)

TEMPAT KEDIAMAN IBLIS DI BUMI : BILIK AIR