[Ulasan Terhadap Isu Dialog Terbuka Syaikh Saeed Fudah dan Ustaz Nidlol]

[Ulasan Terhadap Isu Dialog Terbuka Syaikh Saeed Fudah dan Ustaz Nidlol]

Saya harap pihak Aslein lebih fokus dan professional untuk menjayakan dialog ini. Poster yang disebarkan itu tidak dinyatakan tarikh dan tajuk. Ia hanya menyatakan hakikat bahawa Syaikh Saeed Fudah mencabar dialog dan Ustaz Nidlol bersetuju.

Perbincangan lanjut sedang diatur dan wakil KUIPs juga telah menghubungi wakil Aslein sebelum poster tersebut diedarkan.

Saya dah jelaskan perincian poster setelah debat ustaz Salman dan PU Faiz.

Jika disoalkan berkaitan gambar, pihak Aslein juga telah memuat naik gambar pertemuan dialog tertutup di laman FB mereka. 

Saya fikir, kita jangan ambil pusing isu poster, kita teruskan perbincangan berkaitan tarikh, tajuk dan format memandangkan kedua-dua panel telah bersetuju dengan dialog.

In sha Allah,  KUIPS yakin pihak Aslein juga komited untuk menjayakan dialog ini.

Mari kita sama-sama bekerjasama menjayakan dialog ini.

Mohon wakil Aslein Malaysia respon mesej wakil KUIPs jangan biarkan bluetick lama sangat. 

Sekian.

Dr Rozaimi Ramle









 

Comments

Popular posts from this blog

DOSA DAN ANCAMAN TIDAK MELURUSKAN SAF

IMAM AL GHAZALI KEMBALI KE MAZHAB SALAF (english)

TEMPAT KEDIAMAN IBLIS DI BUMI : BILIK AIR