ANALISIS HADIS : LAFAZ "HU" merupakan Nama Allah yang Besar dari Sudut Syarah Hadith
Sebenarnya Analisis Hadith oleh Ust Ehsan Sebri Hafizahullah sudah cukup menunjukkan serta menjelaskan Kepincangan Istidlal Dr. Ayman terhadap Hadith ini bagi menyokong Zikir Lafaz Hu.
_______________
Analisis Hadith : Lafaz “Hu” merupakan Nama Allah yang Besar dari Sudut Syarah Hadith
Ini merupakan teks hadith asal yang menjadi dalil bagi mengatakan bahawa lafaz “Hu” itu merupakan nama Allah yang besar (Asma’ Allah al-’Azam) :
أسماء بنت يزيد قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : اسم الله الأعظم في هاتين الآيتين وإلهكم إله واحد لا إله إلا هو الرحمن الرحيم وفاتحة سورة آل عمران الم الله لا إله إلا هو الحي القيوم
Saya melihat kefahaman hadith ini, perlu merujuk kepada kitab-kitab syarah hadith yang muktabar. Antara rujukan bagi syarah hadith seperti berikut :
1)Kitab al-Taisir bi Syarah al-Jami’ al-Saghir karangan al-Munawi, J. 1, hlm. 307.
Menurut al-Munawi, Nama Allah yang besar merujuk kepada dua ayat, ayat yang pertama iaitu :
( اسم الله الأعظم في هاتين الآيتين ) وهما ( وإلهكم إله واحد ) أي المستحق للعبادة واحد لا شريك له ( لا إله إلا هو ) فلا يستحق أن يعبد إلا هو
Ketika al-Munawi mensyarahkan ayat pertama, beliau datangkan tajuk berkaitan ketauhidan dan keesaan Allah. kita tidak akan faham ayat yang merujuk kepada keesaan Allah dengan menyebut lafaz "Hu" sahaja, mesti ia datang dengan ayat yang lengkap iaitu :
إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ
Kemudian bagi ayat yang kedua menurut al-Munawi ialah :
( الرحمن الرحيم ) المنعم بجلائل النعم ودقائقها
Inilah lafaz yang kedua. Langsung beliau tidak menyebut lafaz "Hu" bagi ayat yang kedua.
( وفاتحة ) سورة ( آل عمران ) وهي ( ألم الله لا إله إلا هو الحيّ ) الحياة الحقيقية التي لا موت وراءها ( القيوم ) الذي به قيام كل شيء
Jika kita melihat bagi syarah yang kedua itu, al-Munawi membahagikan kepada dua ayat iaitu al-Hay dan kedua al-Qaiyyum, langsung beliau tidak menyebut tentang lafaz "hu"
2) Syarah Sunan Abi Daud, Abdul Muhsin al-Abbad, J. 8, hlm. 219.
Ini merupakan teks asal kita syarah tersebut :
(اسم الله الأعظم في هاتين الآيتين: (( وَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ لا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ ))[البقرة:163] وفاتحة آل عمران: الم [آل عمران:1]) ] ففي الآية الأولى قوله: (الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ) بالإضافة إلى ما سبقها: (لا إله إلا هو) وفي سورة آل عمران قوله: (( الْحَيُّ الْقَيُّومُ )) بالإضافة إلى ما سبقها وهو: (اللَّهُ لا إِلَهَ إِلَّا هُوَ)
Jika kita melihat teks asal bagi syarah hadith tersebut. Boleh kita dapati antara nama-nama Allah yang besar ialah الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ, لا إله إلا هو, الْحَيُّ الْقَيُّومُ, اللَّهُ لا إِلَهَ إِلَّا هُوَ. Ayat ini menujukkan ia tidak tertumpu kepada lafaz "Hu" namun ia datang dengan lafaz yang sempurna dan menunjukkan keesaan dan tauhid kepada Allah.
3) Syarah Sahih al-Bukhari, Ibn Battal, J. 10, hlm. 143.
ومنها حديث شهر بن حوشب عن أسماء بنت يزيد عن النبي - عليه السلام - قال : ( اسم الله الأعظم فى هاتين الآيتين : ( وَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ ( ) [ البقرة : 163
Ibn Battal datangkan riwayat tersebut kemudian beliau nyatakan riwayat daripada al-Tabari, terdapat khilaf dalam memahami nama-nama Allah yang besar iaitu :
. قال الطبرى : قد اختلف من قبلنا فى ذلك ، فقال بعضهم فى ذلك ما قال قتادة : اسم الله الأعظم : اللهم إنى أعوذ بأسمائك الحسنى كلها ما علمت منها وما لم أعلم ، وأعوذ بأسمائك التى إذا دعيت بها أجبت ، وإذا سئلت بها أعطيت . وقال آخرون : اسم الله الأعظم : هو الله ، ألم تسمع قوله : ( هُوَ اللَّهُ الَّذِى لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ هُوَ اللَّهُ الَّذِى لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ ) [ الحشر : 22 ، 23 ] إلى آخر السورة . وقال آخرون بأقوال مختلفة لروايات رووها عن العلماء
Saya melihat walaupun al-Tabari datangkan riwayat khilaf ini, namun beliau melakukan tarjihan mengatakan yang betul adalah seperti mana diriwayatkan oleh Nabi SAW dan apa yang dilakukan oleh para salaf dengan kenyataan yang jelas iaitu :
قال الطبرى : والصواب فى كل ما روينا فى ذلك عن النبى ( صلى الله عليه وسلم ) وعن السلف أنه صحيح .
Kesimpulan
Saya telah melihat beberapa lagi kitab syarah lain seperti Faid al-Qadir oleh al-Munawi, J. 1, hlm. 652/ Fath al-Bari oleh Ibn Hajar,J. 11, hlm. 224/ Syarah Abi Daud oelh al-Aini, J. 5, hlm. 408. Maka saya boleh simpulkan bahawa tiada langsung perbahasan berkaitan lafaz "Hu" adalah merupakan antara nama-nama Allah yang besar.
Para ulama ini tidak sedangkal dalam membahaskan hadith-hadith Nabi SAW dan adakah mereka tidak faham apa yang mereka syarahkan. Hampir seluruh umat Islam merujuk kitab-kitab syarah mereka. Inilah kitab muktabar bagi umat Islam apabila kita mahu memahami Sabdaan Nabi SAW. Jika adapun itu satu bentuk takwilan yang jauh sepertimana disebut oleh Hamka dalam tafsirnya al-Azhar.
Adapun setengah pendapat mengatakan bahawa "Hu" merujuk kepada damir dalam perbahasan bahasa arab. Saya teringat satu kitab iaitu Qawaid Fahmu al-Sunnah ada menyatakan satu kaedah, jika bertembung antara ahli bahasa dengan ahli fiqh ataupun hadith maka hendak didahului dengan ahli fiqh dan hadith kerana mereka lebih mengetahui makna hadith.
Ehsan Sebri
Alor Setar
28 September 2024
Comments
Post a Comment