DOSA DAN TAUBAT, KEMUNGKARAN DAN AIB

 Jika ada orang melakukan dosa, bimbinglah ia supaya bertaubat. Ingkarilah kemungkaran, tetapi jangan buka aib yang ditutup. Kerana, ia tidak menutup aib melainkan kerana malu, ia tidak malu melainkan kerana masih beriman, dan orang yang masih mempunyai iman pasti ada niat untuk menjadi baik.

Apabila sudah bertaubat, jangan hukum dia lebih daripada yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Jangan ungkit kesilapannya kerana barangkali dia ketika itu lebih mulia di sisi Allah daripada kita. Yang sudah itu sudahlah, sesiapa pun tidak mampu mengubah perkara yang telah terjadi.

Seorang perempuan yang mengandung luar nikah datang menyerah diri kepada Nabi SAW supaya dihukum. Rasulullah SAW memanggil walinya dan berkata, “berbuat baiklah kepadanya. Apabila dia sudah bersalin, bawalah dia kepadaku.”

Selepas merejamnya, Rasulullah SAW mendirikan solat ke atas jenazahnya. ‘Umar berasa hairan lantas bertanya, “engkau mendirikan solat jenazah kepada dia, padahal dia telah berzina?” Rasulullah SAW menjawab:

لَقَدْ تَابَتْ تَوْبَةً لَوْ قُسِمَتْ بَيْنَ سَبْعِينَ مِنْ أهْلِ المَدِينَةِ لَوَسِعَتْهُمْ، وَهَلْ وَجَدْتَ أَفضَلَ مِنْ أَنْ جَادَتْ بنفْسِها لله - عز وجل؟!

“Dia telah bertaubat dengan taubat yang kalau dibahagikan kepada 70 orang penduduk Madinah, pasti cukup. Adakah engkau menemui sesuatu yang lebih baik daripada ia menyerahkan diri kepada Allah ‘azza wa-jalla?!”

Izzat al kutawi

Comments

Popular posts from this blog

AKIDAH IMAM Abu Uthman al-Sobuni

MALAIKAT MAUT BERNAMA IZRAIL?

ALLAH DIATAS LANGIT DAN BERTEMPAT DILANGIT?