TIGA ASAS TENTANG LAFAZ ZIKIR
Al-Hafiz Ibn Hajar, dalam Fathul Bari, ketika membincangkan tentang lafaz zikir menyebut tiga asas umum:
1. Lafaz-lafaz zikir adalah tauqifiyyah.
(Maksud tauqifiyyah ialah diambil daripada nas Syarak iaitu Al-Quran & Sunnah).
2. Lafaz-lafaz zikir mempunyai keistimewaan & asrar (rahsia) yang tidak boleh dimasuki Qiyas.
3. Wajib memelihara lafaz zikir yang warid daripada nas.
Pegang ketiga-tiga asas ini, nescaya amalan zikir kita lebih menepati anjuran sunnah.
Nas kalam Ibn Hajar:
أَنَّ أَلْفَاظَ الْأَذْكَارِ تَوْقِيفِيَّةٌ وَلَهَا خَصَائِصُ وَأَسْرَارٌ لَا يَدْخُلُهَا الْقِيَاسُ فَتَجِبُ الْمُحَافَظَةُ عَلَى اللَّفْظِ الَّذِي وَرَدَتْ بِهِ
Comments
Post a Comment