BIDAAH SEBAGAI SUNNAH, SEDIKIT ORANG ALIM DAN AMANAH, DUNIA DICARI DENGAN AMALAN AKHIRAT

Dari Abu Thayyib Muhammad bin al-Hasan al-Hiri, dari Muhammad bin ‘Abdu-l-Wahhab, dari Ya’la bin ‘Ubaid, dari al-A’masy, dari Syaqiq, dari Abu Wa’il, beliau berkata:

قال ابن مسعود كيف أنتم إذا لبِستكُمْ فتنةٌ ؛ يهرَمُ فيها الكبيرُ ، ويَربو 

،فيها الصَّغيرُ 

Ibn Mas’ud (r.a.) berkata, “Bagaimanakah keadaan kalian apabila kalian diselubungi fitnah (bid’ah) yang mana orang-orang dewasa menjadi tua di dalamnya & kanak-kanak dibesarkan di dalamnya,

 ،ويتَّخذُها النَّاسُ سُنَّةً

sedang orang ramai menjadikannya (bid’ah itu) sebagai sunnah,

!ُفإذا غُيِّرَتْ قالوا : غُيِّرتِ السُّنَّة

& apabila ia cuba diubah (supaya kembali mengikut sunnah), orang ramai pun berkata, ‘Sunnah telah diubah!’?”


!قيلَ : متى ذلك يا أبا عبدَ الرَّحمنِ؟

Ditanyakan kepada beliau, “Bilakah hal itu akan berlaku wahai Abu ‘Abdu-r-Rahman?!”

،قال : إذا كثُرتْ قرَّاؤُكم ، وقلَّتْ فقهاؤُكم 

Beliau menjawab, “Apabila ramainya qari-qari (orang-orang yang mahir membaca al-Quran) dalam kalangan kalian, sedang sedikitnya fuqaha’ (‘ulama’ fiqh yang menguasai hukum-hakam) kalian,

 ،وكثُرتْ أُمراؤُكم ، وقلَّتْ أُمناؤُكم

& banyaknya pemimpin-pemimpin kalian, sedang sedikitnya orang-orang yang amanah dalam kalangan kalian,

والتُمِستِ الدُّنيا بعملِ الآخرةِ ، وتفُقِّهَ لغيرِ الدِّينِ

& ditagih dunia dengan amalan akhirat, sedang (orang ramai) menguasi ilmu-ilmu selain dari ilmu agama.”

SUMBER: Hadits riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadrak ‘ala as-Sahihain (8617)


STATUS: Al-Albani berkata di dalam Tahrim Aalat at-Tharb (16) bahawa, “Sanadnya sahih & ia mauquf (terhenti pada sahabat), tetapi hukumnya marfu’ (sampai kepada Nabi s.a.w.).”

p/s: Bukankah ini yang sedang terjadi pada zaman kita?

Wallahu a’lam.

Comments

Popular posts from this blog

AKIDAH IMAM Abu Uthman al-Sobuni

MALAIKAT MAUT BERNAMA IZRAIL?

ALLAH DIATAS LANGIT DAN BERTEMPAT DILANGIT?