Posts

Showing posts from July, 2025

STATUS HADIS MALAIKAT MENUNGGU 6 JAM/7JAM SEBELUM CATAT KEJAHATAN

Diriwayatkan daripada Bisyr bin Numair dan Ja’far bin Zubair, daripada Al-Qasim, daripada Abu Umamah katanya: Rasulullah SAW bersabda: صَاحِبُ الْيَمِينِ أَمِينٌ عَلَى صَاحِبِ الشِّمَالِ، فَإِذَا عَمِلَ الْعَبْدُ بِحَسَنَةٍ كُتِبَتْ له بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا، وَإِذَا عَمِلَ سَيِّئَةً فَأَرَادَ صَاحِبُ الشِّمَالِ أَنْ يَكْتُبَهَا قَالَ صَاحِبُ الْيَمِينِ: أَمْسِكْ، فَيُمْسِكُ سِتَّ سَاعَاتٍ أَوْ سَبْعَ سَاعَاتٍ، فَإِنِ اسْتَغْفَرَ اللهَ مِنْهَا لَمْ يَكْتُبْ عَلَيْهِ شَيْئًا، وَإِنْ لَمْ يَسْتَغْفِرِ اللهَ كُتِبَتْ عَلَيْهِ سَيِّئَةً وَاحِدَةً . Maksudnya: “Malaikat di sebelah kanan adalah penjaga kepada Malaikat di sebelah kiri. Apabila seorang hamba melakukan kebaikan, ia akan dicatatkan baginya sepuluh kali ganda, dan apabila dia melakukan keburukan, malaikat di sebelah kiri ingin mencatatkannya. Malaikay di sebelah kanan berkata: ‘Tunggu dahulu,’ maka dia menunggu selama enam atau tujuh jam. Jika hamba itu memohon ampun kepada Allah, ia tidak akan dicatatkan, dan jika dia tidak mem...

PERJANJIAN SEBELUM DILAHIRKAN KE DUNIA

Image
 PERJANJIAN SEBELUM LAHIR :::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: A’raf Ayat 172: Allah ﷻ mengambil perjanjian dengan manusia bukanlah seperti perjanjian yang diambil dengan Bani Israel di mana bukit Thur itu diangkat ke atas mereka. Sebenarnya Allah ﷻ ada mengambil perjanjian (bai’ah) dengan kita semua sebelum kita dilahirkan lagi. Kita sahaja yang tidak mengingati peristiwa itu kerana ia berlaku di alam roh. Perjanjian ini dinamakan Perjanjian أَلَستُ. وَإِذ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَني ءآدَمَ مِن ظُهورِهِم ذُرِّيَّتَهُم وَأَشهَدَهُم عَلىٰ أَنفُسِهِم أَلَستُ بِرَبِّكُم ۖ قالوا بَلىٰ ۛ شَهِدنا ۛ أَن تَقولوا يَومَ القِيٰمَةِ إِنّا كُنّا عَن هٰذا غٰفِلينَ Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yan...

HADIS TENTANG POTONG KUKU PADA HARI TERTENTU

  Status Hadis Kelebihan Memotong Kuku Pada Hari-hari Tertentu Mungkin ramai yang tertanya-tanya tentang hadis yang menyatakan kelebihan memotong kuku pada hari-hari tertentu. Bahkan ramai juga yang bertanya saya tentang statusnya.  Berdasarkan kajian saya (Dr. Rozaimi) maka dapat rumuskan bhawa hadis berkaitan isu ini diriwayatkan dari beberapa jalur berikut: 1. Jalur Abu Hurairah Diriwayatkan dari Abu Hurairah dari 2 jalur: - Jalur pertama dengan lafaz:  " من قلم أظفاره يوم السبت خرج منه الداء ودخل فيه الشفاء، ومن قلم أظفاره يوم الاحد خرجت منه الفاقة ودخل فيه الغنى، ومن قلم أظفاره يوم الاثنين خرجت منه العلة ودخلت فيه الصحة، ومن قلم أظفاره يوم الثلاثاء خرج منه البرص ودخل فيه العافية، ومن قلم أظفاره يوم الاربعاء خرج الوسواس والخوف ودخل فيه الامن والصحة، ومن قلم أظفاره يوم الخميس خرج منه الجذام ودخل فيه العافية، ومن قلم أظفاره يوم الجمعة دخلت فيه الرحمة وخرج منه الذنوب ". Maksudnya: Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Sabtu maka akan keluar darinya penyakit dan masuk k...

KAEDAH MANDI YANG TIDAK SUNNAH

Image
 Benarkah Rasulullah Ajar Ketika Hendak Mandi Mulakan Basuh Daripada Bawah Iaitu Kaki Terlebih Dahulu, Kemudian Baru Naik Ke Atas? 1. Saya diberikan gambar ini yang mengatakan bahawa Rasulullah mengajarkan kita berkaitan mandi, mula membasuh dari bawah iaitu dari kaki naik ke betis, peha, perut, bahu, kemudian berhenti sejenak beberapa saat, lalu mandi seperti biasa. 2. Jawapan ringkas saya, saya tidak menemukan hadis anjuran baginda memerintah agar memulakan basuhan ketika mandi mula dari kaki, betis dan naik ke atas. Sebaliknya yang saya jumpa dalam hadis, kaki merupakan anggota terakhir yang baginda basuh. Apa dalilnya? Dalam Sahih al-Bukhari, Maimunah berkata: وَضَعْتُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَاءً لِلْغُسْلِ فَغَسَلَ يَدَيْهِ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا ثُمَّ أَفْرَغَ عَلَى شِمَالِهِ فَغَسَلَ مَذَاكِيرَهُ  ثُمَّ مَسَحَ يَدَهُ بِالْأَرْضِ ثُمَّ مَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ وَغَسَلَ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ ثُمَّ أَفَاضَ عَلَى جَسَدِهِ ثُمَّ تَحَوَّلَ مِنْ مَكَانِه...

JAMAK SOLAT KETIKA ADA KESULITAN SEPERTI SAKIT

Image
 ✅ Orang sakit boleh jamak solat (himpun dua solat dalam satu waktu) menurut pendapat kuat dalam mazhab Shāfiʿī dan pendapat rajih dalam mazhab-mazhab lain — jika ada kesulitan besar untuk solat setiap kali masuk waktu. 📌 Huraian Ringkas: Jamak yang dibenarkan: * Jamak taqdim: himpun Zuhur & Asar di waktu Zuhur, atau Maghrib & Isyak di waktu Maghrib * Jamak ta’khir: himpun di waktu kedua (Asar atau Isyak) Mazhab Shafi'iyyah mengutamakan jamak Taqdim  ✅ Dalil dari Hadis Umum Nabi ﷺ bersabda: إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ "Sesungguhnya agama ini mudah." 📚 [HR. al-Bukhārī, no. 39] Dan dalam hadis Ibn ʿAbbās رضي الله عنهما: جَمَعَ رَسُولُ اللهِ ﷺ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ، وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِالْمَدِينَةِ، فِي غَيْرِ خَوْفٍ، وَلَا مَطَرٍ “Nabi ﷺ menghimpunkan Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isyak di Madinah — tanpa sebab takut dan tanpa hujan.” 📚 \[HR. Muslim, no. 705] al-'Allāmah al-Hāfiz al-Nawawi menjelaskan dalam *Sharḥ Ṣaḥīḥ Muslim*: وَفِيهِ جَوَازُ الْجَم...