𝗨𝗖𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗜𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠

Isu ini adalah isu yang akan berulang-ulang saban tahun.

Kita juga semakin TERBIASA menerima kewujudan khilaf dalam permasalahan ini.

Namun jangan dilupa bahawa khilaf tersebut dibenarkan oleh sebahagian ulama semasa hanya bagi:

1.Orang yang berada dalam keadaan terdesak untuk mengucapkannya.

2.Dia mesti memilih ucapan yang berlapik dan tidak menjurus secara langsung kepada ucapan tahniah kepada perayaan agama.

Oleh sebab itu, orang yang tidak berada dalam keadaan terdesak untuk mengucapkan tahniah tersebut tetap terikat dengan hukum asal iaitu HARAM secara kesepakatan ulama.

Segala bentuk perbuatan (selain ucapan) tanpa sebarang keperluan seperti memakai pakaian perayaan, membuat hiasan perataan, meramaikan tempat perayaan dan seumpamanya adalah kekal HARAM secara kesepakatan ulama.

Bagi yang mengiktiraf khilaf dalam isu ini, jangan salah menggunakan khilaf pada bukan tempatnya.

Dalam erti kata yang lain, jangan pandai-pandai MENUNGGANG fatwa.

Terdesak pada kaedah syarak adalah jauh lebih ketat berbanding terdesak pada uruf semasa. Yang zahirnya, ulama semasa yang mensyaratkan terdesak itu adalah dengan makna uruf semasa.

Wallahu a’lam

Comments

Popular posts from this blog

ALLAH DIATAS LANGIT DAN BERTEMPAT DILANGIT?

MALAIKAT MAUT BERNAMA IZRAIL?

AKIDAH JAHMIYAH