HADIS TENTANG DOA MUSTAJAB PADA MALAM 1 REJAB
Adakah terdapat hadis sahih tentang kelebihan khusus doa pada malam 1 Rejab bahawa doanya mustajab? *Tidak ada hadis yang sahih disandarkan kepada baginda khusus berkaitan hal itu.* Cuma yang ada riwayat anjurannya dalam sebahagian kitab para ulamak terdahulu.
Ibn Hajar:
لم يرد في فضل شهر رجب ولا في صيامه ولا صيام شيء منه معين ولا في قيام ليلة مخصوصة فيه حديث صحيح يصلح للحجة
Maksudnya: Tidak ada hadis sahih yang boleh dijadikan hujah tentang kelebihan bulan Rejab, begitu juga (tidak ada riwayat) tetang berpuasa padanya, dan berpuasa mana-mana hari daripadanya secara khusus, begitu juga tentang menghidupkan malam tertentu padanya.
Walau bagaimanapun, bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan haram. Ibadah yang dilakukan pada bulan haram mempunyai kelebihan dibandingkan bulan lain. Perbanyakkan ibadah dalamnya.
Dr Rozaimi Ramle

Comments
Post a Comment