MANUSIA YANG TERTIPU DENGAN SANGKA BAIKNYA KEPADA ALLAH
Al-Imam Ibnu Al-Qayyim menukilkan:
،إِنَّ قَوْمًا أَلْهَتْهُمْ أَمَانِيُّ الْمَغْفِرَةِ حَتَّى خَرَجُوا مِنَ الدُّنْيَا بِغَيْرِ تَوْبَةٍ
Sesungguhnya ada kaum yang berharap kepada keampunan sehingga mereka keluar daripada dunia ini tanpa bertaubat.
،يَقُولُ أَحَدُهُمْ : لِأَنِّي أُحْسِنُ الظَّنَّ بِرَبِّي
Salah seorang daripada mereka berkata: Ini kerana aku bersangka baik dengan tuhan ku.
.وَكَذَبَ ، لَوْ أَحْسَنَ الظَّنَّ لَأَحْسَنَ الْعَمَلَ
Dia telah berdusta! Seandainya dia bersangka baik dengan Allah, dia akan melakukan amalan yang baik.
Kata Ibn al-Qayyim lagi:
،وَقَدْ تَبَيَّنَ الْفَرْقُ بَيْنَ حُسْنِ الظَّنِّ وَالْغُرُورِ
Sesungguhnya telah jelas perbezaan antara bersangka baik (dengan Allah) dan tertipu.
،وَأَنَّ حُسْنَ الظَّنِّ إِنْ حَمَلَ عَلَى الْعَمَلِ ، وَحَثَّ عَلَيْهِ ، وَسَاقَ إِلَيْهِ ، فَهُوَ صَحِيحٌ
Sangka baik (dengan Allah) itu, jika ia membawa kepada beramal, bersungguh-sungguh padanya, dan membawanya kepada Allah, maka itu adalah sangka baik yang benar.
،وَإِنْ دَعَا إِلَى الْبِطَالَةِ وَالِانْهِمَاكِ فِي الْمَعَاصِي فَهُوَ غُرُورٌ
Jika ia menyeru kepada meninggalkan amal dan tenggelam dalam maksiat, sesungguhnya itu adalah ilusi semata.
،وَحُسْنُ الظَّنِّ هُوَ الرَّجَاءُ ، فَمَنْ كَانَ رَجَاؤُهُ هَادِيًا لَهُ إِلَى الطَّاعَةِ ، زَاجِرًا لَهُ عَنِ الْمَعْصِيَةِ ، فَهُوَ رَجَاءٌ صَحِيحٌ
Sangka baik (kepada Allah) itu adalah mengharap. Sesiapa yang harapannya membawa kepada ketaatan dan meninggalkan maksiat, maka itulah harapan yang benar.
وَمَنْ كَانَتْ بِطَالَتُهُ رَجَاءً ، وَرَجَاؤُهُ بِطَالَةً وَتَفْرِيطًا ، فَهُوَ الْمَغْرُورُ
Sesiapa yang meninggalkan amalan (tetapi) mengharap (kepada Allah), maka harapannya itu membawa kepada tidak beramal dan kelalaian, dia telah tertipu.
[Ad-Daa' wa Ad-Dawaa'].
#MMMR
Comments
Post a Comment