Posts

Showing posts from February, 2026

BAITUL MAKMUR

Nama Baitul Makmur disebutkan oleh Allah dalam al-Quran, tepatnya di surat at-Thur, وَالْبَيْتِ الْمَعْمُورِْ وَالسَّقْفِ الْمَرْفُوعِْ . وَالْبَحْرِ الْمَسْجُورِ “Demi Baitul Ma’mur. Demi atap yang ditinggikan (langit). Demi laut yang di dalam tanahnya ada api,” (QS. at-Thur: 4 – 6) Baitul Makmur adalah bangunan yang sangat mulia, berada di langit ketujuh. Di sanalah para Malaikat beribadah, sebagaimana manusia beribadah di sekitar Ka’bah. Ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjalani peristiwa Isra Mi’raj , sesampainya di langit ketujuh, beliau melihat Baitul Makmur. Ketika mengisahkan peristiwa Isra Mi’raj , beliau mengatakan, فَأَتَيْنَا السَّمَاءَ السَّابِعَةَ فَأَتَيْتُ عَلَى إِبْرَاهِيمَ ، فَسَلَّمْتُ عَلَيْهِ فَقَالَ مَرْحَبًا بِكَ مِنِ ابْنٍ وَنَبِىٍّ، فَرُفِعَ لِي الْبَيْتُ الْمَعْمُورُ فَسَأَلْتُ جِبْرِيلَ ، فَقَالَ : هَذَا الْبَيْتُ الْمَعْمُورُ ، يُصَلِّي فِيهِ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ ، إِذَا خَرَجُوا لَمْ يَعُودُوا إِلَيْهِ آخِرَ مَا عَلَيْهِمْ Kami men...

BIDAAH KEMUNGKARAN SAHUR?

Image
 Ini budaya yang perlu ditolak. Ia mencacatkan ibadah sahur yang merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. Ia mengganggu bayi tidur, orang ibadah di waktu malam, orang sakit, bukan Muslim dll. Baca al-Quran kuat² sampai ganggu orang seperti di pembesar suara luar masjid pun kita tak setuju. Inikan pula budaya buruk yang datang entah dari mana.  Jika baca al-Quran kuat², doa, zikir pun ulama bantah, apatah lagi budaya sebegini. Imam Ibnu Jauzi menyebutkan: "Kami pernah melihat orang yang bangun pada waktu malam di atas menara-menara. Mereka memberikan peringatan dan berzikir. Ada antara mereka yang membaca al-Quran dengan suara yang kuat sehingga mengganggu manusia yang tidur, dan mengganggu bacaan orang yang sedang mendirikan solat tahajjud. Semua ini adalah kemungkaran". [Talbis Iblis, 123]. .  وقد رأينا من يقوم بالليل كثيرا على المنارة فيعظ ويذكر ومنهم من يقرأ سورا من القرآن بصوت مرتفع فيمنع الناس من نومهم ويخلط على المتهجدين قراءتهم وكل ذلك من المنكرات.

KENDURI ARWAH. MAKAN-MAKAN SEMPENA KEMATIAN

apa yg dikemukakan ini semuanya berdasarkan hadis Nabi saw, kata2 sahabat dan tabi'en dan pandangan ULAMA2 DI DALAM MAZHAB AS-SYAFIE berdasarkan rujukan kitab2 yg dikemukakan. Pesanan Nabi s.a.w. bila berlaku kematian: عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَعْفَرٍ قَالَ لَمَّا جَاءَ نَعْيُ جَعْفَرٍ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اصْنَعُوا لِأَهْلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا فَإِنَّهُ قَدْ جَاءَهُمْ مَا يَشْغَلُهُمْ Daripada ‘Abdullah bin Ja’far katanya: Bila tiba berita kematian Ja’far bin Abi Talib, Nabi s.a.w. bersabda: “Buatlah kpd keluarga Ja’far makanan kerana telah berlaku kepadanya suatu yg menyibukkan mereka”. (Sunan Abu Daud Bab Buat Makan Kepada Keluarga Simati, Sunan Ibnu Majah Bab Hadith Yang Datang Tentang Makanan Yang Dihantarkan Kepada Keluarga Simati, Musnad Ahmad Hadith Abdullah bin Ja’far) Imam at-Tirmizi mengkomentarkan hadith tersebut slps mengemukakannya dgn katanya: قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَقَدْ كَانَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ يَسْتَحِبُّ...

JANGAN LAWAN ORANG YANG MENCEGAH KEMUNGKARAN

Apabila ada orang mahu melawan kemungkaran, kejahatan, dan kezaliman. Jangan kita cuba menutup mulut mereka. Kita rasa kita 'tak mampu', jangan halang orang yang 'mampu'. Kita mungkin penakut, tapi jangan takut-takutkan orang lain. Kejahatan dan kemungkaran itu banyak. Ada dalam bentuk ajaran sesat. Ada dalam bentuk hadis palsu. Ada dalam bentuk pecah amanah. Ada dalam bentuk perbuatan keji yang merosakkan nasab dan kesihatan. Nu’man bin Basyir radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ، مَثَلُ الْقَائِمِ عَلَى حُدُودِ اللَّهِ وَالْوَاقِعِ فِيهَا كَمَثَلِ قَوْمٍ اسْتَهَمُوا عَلَى سَفِينَةٍ، فَأَصَابَ بَعْضُهُمْ أَعْلاَهَا وَبَعْضُهُمْ أَسْفَلَهَا Perbandingan orang yang berpegang kepada batas-batas yang Allah gariskan dan orang-orang yang melanggarnya ialah seperti sekelompok manusia yang berada di atas sebuah kapal. Sebahagian daripada mereka berada di bahagian atas dan sebahagian lagi berada di bahagian bawah. فَكَانَ الَّذِينَ فِي أَسْف...

BID'AH KHURAFAT DALAM AGAMA ITU BAHAYA & SESAT

  Bid‘ah ialah perbuatan atau kepercayaan yang direka dalam agama tanpa dalil, lalu dianggap sebagai ibadah atau jalan mendekatkan diri kepada Allah. ➡️ Maksudnya: ditambah dalam agama sesuatu yang tidak dibuat oleh Nabi ﷺ. Dalil Jelas Nabi ﷺ > “Setiap perkara yang diada-adakan dalam urusan agama ini adalah tertolak.” (HR. Muslim) 📌 2. Kenapa bid‘ah bahaya dalam agama? Kerana bid‘ah: menambah hukum baru merubah cara ibadah menyamakan rekaan manusia dengan syariat Allah seolah memberi ajaran yang lebih baik daripada ajaran Nabi ﷺ ▶️ Bahkan ulama kata: “Bid‘ah lebih bahaya daripada maksiat biasa.” 📌 3. Apa itu Khurafat? Khurafat ialah kepercayaan tahyul, bomoh, dan kepercayaan selain Allah yang tidak berdasarkan wahyu seperti: mempercayai roh orang mati boleh kembali mempercayai azimat bawa berkat mempercayai tempat keramat boleh memberi rezeki minta tolong jin tangkal pelaris mandi tolak bala ritual pelik yang bukan Islam Ini semua bukan sekadar salah, tetapi boleh membawa kepa...

SALAFIYYAH & MUJASSIMAH

 Golongan yang jahil dan kurang faham dalam kalangan sebahagian ahli tasawuf, Asy‘ari dan Jahmiyyah berkata: “Kamu wahai Salafiyyah adalah mujassimah (menjisimkan Allah), kerana kamu mengatakan Allah mempunyai tangan dan Allah diliputi oleh tempat!” Maka kami bertanya kepada mereka: Datangkan kepada kami satu ayat, atau satu hadis, atau satu perkataan salaf yang menyatakan bahawa menetapkan sifat-sifat Allah itu adalah tajsim (menjisimkan Allah)? Antara perkara paling berbahaya dalam bab akidah ialah apabila orang ramai dikelirukan dengan gambaran bahawa: * Mengikuti dalil bermakna menyerupakan Allah dengan makhluk. * Tunduk kepada nas bermakna menjisimkan Allah. Seseorang dituduh hanya kerana berkata: “Allah berfirman”, “Rasulullah ﷺ bersabda”, dan memahami sebagaimana difahami oleh para sahabat dan salaf al-soleh. Namun dia dipuji apabila menolak atau menafikan sifat, kemudian penafian dan penyelewengan itu dinamakan sebagai “pensucian” (tanzih). Sedangkan Allah sendiri telah men...