SALAFIYYAH & MUJASSIMAH

 Golongan yang jahil dan kurang faham dalam kalangan sebahagian ahli tasawuf, Asy‘ari dan Jahmiyyah berkata:

“Kamu wahai Salafiyyah adalah mujassimah (menjisimkan Allah), kerana kamu mengatakan Allah mempunyai tangan dan Allah diliputi oleh tempat!”


Maka kami bertanya kepada mereka:

Datangkan kepada kami satu ayat, atau satu hadis, atau satu perkataan salaf yang menyatakan bahawa menetapkan sifat-sifat Allah itu adalah tajsim (menjisimkan Allah)?


Antara perkara paling berbahaya dalam bab akidah ialah apabila orang ramai dikelirukan dengan gambaran bahawa:

* Mengikuti dalil bermakna menyerupakan Allah dengan makhluk.

* Tunduk kepada nas bermakna menjisimkan Allah.


Seseorang dituduh hanya kerana berkata:

“Allah berfirman”, “Rasulullah ﷺ bersabda”, dan memahami sebagaimana difahami oleh para sahabat dan salaf al-soleh.

Namun dia dipuji apabila menolak atau menafikan sifat, kemudian penafian dan penyelewengan itu dinamakan sebagai “pensucian” (tanzih).

Sedangkan Allah sendiri telah menghimpunkan dalam satu ayat antara penetapan dan pensucian:

“Tidak ada sesuatu pun yang sebanding dengan-Nya, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Allah menetapkan sifat, dan pada masa yang sama menafikan persamaan.


Akal yang sejahtera membezakan antara dua perkara:

1. Menetapkan sifat.

2. Menetapkan kaifiyyah (bagaimana sifat itu).


Menetapkan sifat tidak semestinya menyerupakan Allah dengan makhluk.

Allah itu hidup, dan manusia juga hidup. Tiada orang berakal mengatakan bahawa kehidupan Allah sama seperti kehidupan makhluk.

Perkongsian pada asal makna tidak bermakna persamaan pada hakikat dan cara.

Tangan adalah sifat. Istiwa’ (bersemayam) adalah sifat. Mendengar dan melihat adalah sifat. Namun bagaimana sifat itu adalah bergantung kepada zat yang disifati. Sedangkan zat Allah: “Tidak ada sesuatu pun yang sebanding dengan-Nya.”

Persoalan “bagaimana” hanya timbul pada perkara yang asing dalam bahasa. Adapun istilah seperti turun, berkata-kata, mendengar, melihat, mengetahui dan beristiwa’ adalah ungkapan yang jelas difahami dari sudut bahasa. Apabila ia dinisbahkan kepada Zat yang tiada sesuatu menyerupai-Nya, maka sifat itu mengikuti zat tersebut dan kaifiyyahnya tidak diketahui manusia.


Kedua: Menetapkan makna tidak bererti menjisimkan Allah.

Kekeliruan antara menetapkan makna dan menetapkan kaifiyyah adalah asal kepada syubhah tajsim.

Salaf menetapkan makna dan menyerahkan kaifiyyah kepada Allah.


Rabī‘ah bin Abī ‘Abd al-Rahman رحمه الله berkata:

“Istiwa’ itu tidak majhul (tidak asing maknanya), kaifiyyahnya tidak dapat difikirkan, daripada Allah datangnya risalah, atas Rasul menyampaikan, dan atas kita membenarkannya.”


Imam Malik رحمه الله berkata:

“Istiwa’ itu diketahui (maknanya), kaifiyyahnya tidak diketahui, beriman dengannya adalah wajib dan bertanya tentang bagaimana adalah bid‘ah.”


Maksud ‘diketahui’ ialah maknanya difahami, bukan sekadar lafaz kosong tanpa makna.


Imam al-Awza‘i رحمه الله berkata:

“Kami dan para tabi‘in yang masih ramai ketika itu mengatakan: Sesungguhnya Allah di atas ‘Arasy-Nya dan kami beriman dengan sifat-sifat yang datang dalam sunnah.”


Ini berlaku sebelum munculnya ilmu kalam, sebelum takwilan falsafah dan istilah-istilah yang diambil dari luar.

Salaf menghimpunkan antara penetapan dan penafian persamaan.


Nu‘aym bin Hammad رحمه الله berkata:

“Sesiapa yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya maka dia kafir. Sesiapa yang menafikan apa yang Allah sifatkan bagi diri-Nya maka dia kafir. Dan apa yang Allah sifatkan bagi diri-Nya dan Rasul-Nya sifatkan tidaklah dianggap sebagai penyerupaan.”


Ini adalah neraca yang halus:

Menetapkan tanpa menyerupakan.

Mensucikan tanpa menafikan.

Mereka yang menetapkan lalu menyerupakan adalah sesat.

Mereka yang menafikan dengan alasan pensucian juga sesat.

Kebenaran berada di antara kedua-duanya.


Sebahagian golongan menetapkan tujuh sifat dan berkata:

“Kami menetapkannya tanpa menyerupakan dan tanpa menjisimkan.”


Ini sendiri menunjukkan bahawa menetapkan makna tidak semestinya membawa kepada tajsim.


Lalu timbul persoalan:

Jika menetapkan sifat hidup, ilmu, kuasa, mendengar dan melihat tidak membawa kepada tajsim, maka mengapa menetapkan tangan dan istiwa’ dianggap tajsim?

Apakah perbezaan secara rasional antara mendengar dan melihat dengan tangan dan istiwa’?

Jika dikatakan: Itu sifat kesempurnaan dan ini memberi gambaran kekurangan —

Maka siapakah yang menetapkan bahawa apa yang Allah sifatkan bagi diri-Nya adalah kekurangan?


Kekurangan sebenarnya ialah menafikan apa yang Allah tetapkan atau menyelewengkan maknanya.

Jika dikatakan: Ia memberi gambaran penyerupaan —

Maka bukankah mendengar dan melihat juga boleh memberi gambaran penyerupaan kepada sesiapa yang ingin menyerupakan?

Masalah bukan pada sifat, tetapi pada membayangkan kaifiyyah. Inilah yang dinafikan oleh salaf.

Salaf tidak berkata bahawa ia sekadar lafaz tanpa makna.

Dan mereka tidak berkata bahawa sifat Allah seperti sifat makhluk.


Mereka berkata:

“Kami menetapkan apa yang Allah tetapkan dan kami menafikan persamaan, serta kami menyerahkan kaifiyyahnya kepada Allah.”


Inilah tauhid sebagaimana datangnya wahyu, bukan sebagaimana yang dibayangkan oleh akal manusia.

.

.

Teks Arab–Melayu


يقول سفهاء وجهال الصوفية الأشعرجهمية: أنتم يا سلفية مُجسمة لأنكم تقولون إن لله يدًا  وأن الله يُحيطه مكان

!

Golongan yang jahil berkata: “Kamu wahai Salafiyyah adalah mujassimah kerana kamu mengatakan Allah mempunyai tangan dan Allah diliputi oleh tempat!”

---

فنسألكم: هاتوا لنا آية أو حديثًا أو قولًا للسلف في أن إثبات الصفات تجسيم؟

Maka kami bertanya: Datangkan satu ayat, hadis atau perkataan salaf yang menyatakan bahawa menetapkan sifat-sifat Allah itu adalah tajsim.

---

فمن أخطر ما يُلبَّس به على الناس في باب العقيدة أن يُصوَّر لك أن الاتباع كأنه تشبيه، وأن التسليم للنص كأنه تجسيم

.

Antara kekeliruan paling berbahaya dalam bab akidah ialah digambarkan bahawa mengikuti dalil seolah-olah menyerupakan Allah, dan berserah kepada nas seolah-olah menjisimkan-Nya.

---

.تُتَّهَم لأنك قلت: قال الله، وقال رسول الله ﷺ، وفهم الصحابة والسلف الصالح

Seseorang dituduh hanya kerana dia berkata: Allah berfirman, Rasulullah ﷺ bersabda, dan memahami sebagaimana difahami oleh para sahabat dan salaf soleh.

---

.وتُمدَح لأنك عطَّلت وأبطلت الصفة، ثم سميت التعطيل تنزيهًا

Sebaliknya dia dipuji apabila menafikan sifat, lalu penafian itu dinamakan sebagai “pensucian”.

---

﴾.مع أن الله جمع في آية واحدة بين الإثبات والتنزيه: ﴿لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Sedangkan Allah telah menghimpunkan dalam satu ayat antara penetapan dan pensucian: “Tidak ada sesuatu pun yang sebanding dengan-Nya, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

---

.العقل السليم يفرّق بين أمرين: إثبات الصفة، وإثبات الكيفية

Akal yang sejahtera membezakan antara dua perkara: menetapkan sifat dan menetapkan kaifiyyah (bagaimana sifat itu).

---

.إثبات الصفة لا يستلزم مماثلة الموصوف لغيره

Menetapkan sifat tidak semestinya menyerupakan Allah dengan makhluk.

---

.فالله حيٌّ والإنسان حيٌّ، ولا يقول عاقل إن حياة الله كحياة المخلوق

Allah itu hidup dan manusia juga hidup, tetapi tiada orang berakal mengatakan bahawa kehidupan Allah sama seperti kehidupan makhluk.

---

.فالاشتراك في أصل المعنى لا يعني الاشتراك في الحقيقة والكيفية

Perkongsian pada asal makna tidak bermakna persamaan pada hakikat dan cara.

---

﴾.اليد صفة، والاستواء صفة، والسمع والبصر صفات، لكن الكيفية تابعة لذات الموصوف، وذات الله ﴿لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ

Tangan adalah sifat, istiwa’ adalah sifat, mendengar dan melihat adalah sifat; namun kaifiyyahnya bergantung kepada zat yang disifati, dan zat Allah tiada sesuatu pun menyerupai-Nya.

---

.السلف أثبتوا المعاني وفوّضوا الكيفيات

Salaf menetapkan makna dan menyerahkan kaifiyyah kepada Allah.

---

 قال ربيعة بن أبي عبد الرحمن رحمه الله: الاستواء غير مجهول، والكيف غير معقول،  ومن الله الرسالة، وعلى  الرسول البلاغ، وعلينا التصديق

Rabī‘ah bin Abī ‘Abd al-Rahman رحمه الله berkata: “Istiwa’ itu tidak majhul (maknanya difahami), kaifiyyahnya tidak dapat difikirkan, daripada Allah datangnya risalah, atas Rasul menyampaikan, dan atas kita membenarkannya.”

---

.وقال الإمام مالك رحمه الله: الاستواء معلوم، والكيف مجهول، والإيمان به واجب، والسؤال عنه بدعة

Imam Malik رحمه الله berkata: “Istiwa’ itu diketahui (maknanya), kaifiyyahnya tidak diketahui, beriman dengannya wajib dan bertanya tentang bagaimana adalah bid‘ah.”

---

وقال الإمام الأوزاعي رحمه الله: كنا والتابعون متوافرون نقول إن الله فوق عرشه    ونؤمن بما وردت به السنة من الصفات

Imam al-Awza‘i رحمه الله berkata: “Kami dan para tabi‘in yang ramai ketika itu mengatakan: Allah di atas ‘Arasy-Nya dan kami beriman dengan sifat-sifat yang datang dalam sunnah.”

---

وقال نعيم بن حماد رحمه الله: من شبّه الله بخلقه فقد كفر، ومن جحد ما وصف الله به نفسه فقد كفر، وليس فيما وصف الله به نفسه ولا رسوله تشبيه

.

Nu‘aym bin Hammad رحمه الله berkata: “Sesiapa yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya maka dia kafir. Sesiapa yang menafikan apa yang Allah sifatkan bagi diri-Nya maka dia kafir. Dan apa yang Allah sifatkan bagi diri-Nya dan Rasul-Nya sifatkan tidaklah dianggap sebagai penyerupaan.”

---

.فميزان أهل السنة: إثبات بلا تشبيه، وتنزيه بلا تعطيل

Neraca Ahl al-Sunnah ialah: menetapkan tanpa menyerupakan, dan mensucikan tanpa menafikan.

---

.قالوا: نثبت ما أثبته الله، وننفي المماثلة، ونسكت عن الكيف

Mereka berkata: Kami menetapkan apa yang Allah tetapkan, menafikan persamaan, dan menyerahkan kaifiyyahnya kepada Allah.


Ust Abu 'Azzam Abid b Muhammad Nuur b Shakur b al-Harith Annuriyy

https://www.facebook.com/abid.annuriyy.2025/
https://www.facebook.com/AbidMuhammadNurShakurAnnuriyy/

Comments

Popular posts from this blog

ALLAH DIATAS LANGIT DAN BERTEMPAT DILANGIT?

MALAIKAT MAUT BERNAMA IZRAIL?

AKIDAH JAHMIYAH