JANGAN LAWAN ORANG YANG MENCEGAH KEMUNGKARAN
Apabila ada orang mahu melawan kemungkaran, kejahatan, dan kezaliman. Jangan kita cuba menutup mulut mereka.
Kita rasa kita 'tak mampu', jangan halang orang yang 'mampu'.
Kita mungkin penakut, tapi jangan takut-takutkan orang lain.
Kejahatan dan kemungkaran itu banyak. Ada dalam bentuk ajaran sesat. Ada dalam bentuk hadis palsu. Ada dalam bentuk pecah amanah. Ada dalam bentuk perbuatan keji yang merosakkan nasab dan kesihatan.
Nu’man bin Basyir radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
،مَثَلُ الْقَائِمِ عَلَى حُدُودِ اللَّهِ وَالْوَاقِعِ فِيهَا كَمَثَلِ قَوْمٍ اسْتَهَمُوا عَلَى سَفِينَةٍ، فَأَصَابَ بَعْضُهُمْ أَعْلاَهَا وَبَعْضُهُمْ أَسْفَلَهَا
Perbandingan orang yang berpegang kepada batas-batas yang Allah gariskan dan orang-orang yang melanggarnya ialah seperti sekelompok manusia yang berada di atas sebuah kapal. Sebahagian daripada mereka berada di bahagian atas dan sebahagian lagi berada di bahagian bawah.
فَكَانَ الَّذِينَ فِي أَسْفَلِهَا إِذَا اسْتَقَوْا مِنَ الْمَاءِ مَرُّوا عَلَى مَنْ فَوْقَهُمْ فَقَالُوا لَوْ أَنَّا خَرَقْنَا فِي نَصِيبِنَا خَرْقًا، وَلَمْ نُؤْذِ مَنْ فَوْقَنَا. فَإِنْ يَتْرُكُوهُمْ وَمَا أَرَادُوا هَلَكُوا جَمِيعًا، وَإِنْ أَخَذُوا عَلَى أَيْدِيهِمْ نَجَوْا وَنَجَوْا جَمِيعًا ".
Apabila mereka yang berada di bahagian bahawa ingin meminum air, mereka akan meminta daripada orang-orang yang berada di atas. Lalu mereka yang berada di bawah berkata: Seandainya kita mengorek lubang di tempat kita ini, maka kita tidak akan lagi menyusahkan orang yang berada di atas. Seandainya orang-orang yang berada di atas membiarkan sahaja mereka melakukan hal itu, mereka semua akan musnah. Seandainya mereka mencegahnya, kesemua mereka akan selamat.
(Sahih al-Bukhari)
#MMMR
Comments
Post a Comment