KEKELIRUAN PU FAIZ TENTANG
Ustaz PU Faiz Tidak Mengetahui Apa Yang Dikata
Ustaz PU Faiz memetik ucapan ulama Salafi dari Timur Tengah, Shaykh Abdul Rahman As-Sudais, iaitu “Istiwa itu Maklum, Kaifiyyahnya Majhul”, kononnya untuk membantah ucapan seorang ustaz Salafi dari Selatan Thailand, Ustaz Dr. Wan Syukri, yang menyebut “Makanul Adami”.
.
Apa yang berlaku ialah, PU Faiz menyangka bahawa “Makanul Adami” telah MEMBAGAIMANAKAN(Kaif) “Tinggi (Istiwa)” Allah SWT, lalu melihat bahawa “Istiwa itu Maklum, Kaifiyyahnya Majhul” bertentangan sama sekali dengan “Makanul Adami”.
.
Maka PU Faiz membuat kesimpulan bahawa mereka yang membawa hujah “Makanul Adami” akan menuduh mereka yang berkata “Kaifiyyah Wallahu A’lam (Allah Yang Maha Mengetahui)” sebagai pengikut “Mazhab Tajhil” (aliran berpegang pada kejahilan/tidak tahu).
.
Sebenarnya, orang ini tidak memahami apa yang sedang dikatakanya.
.
Kedua-dua lafaz atau ayat ini telah digunakan oleh Syeikhul Islam Ibn Taymiyyah Rahimahullah untuk membantah Ahli Kalam. Kedua-duanya digunakan pada tempat yang tepat dalam perbincangan. Dua pendekatan ini sebenarnya tidak bercanggah atau bertentangan.
.
------------
.
"Istiwa itu Maklum, Kaifiyyahnya Majhul" dan "Makanul Adami"
.
1. "(makna) Istiwa itu Maklum, Kaifiyyah(bagaimana)nya Majhul (tidak diketahui)": Mengisbatkan Makna ‘tinggi dan diatas’ tetapi tidak diketahui BAGAIMANA (Kaif) cara ‘tinggi dan diatas’
.
2. "Makanul Adami (Tempat yang bukan tempat)": Mengisbatkan Allah ‘tinggi dan diatas’ tetapi membantah tempat "(Tinggi) DiAtas Arasy" itu DIBAGAIMANA sepertimana tempat makhluk; iaitu “Ruang”: sesuatu “diliputi atau dilingkungi 6 arah”; sepertimana takrif "tempat (makan)" dipegang asyairah.
.
Kedua-duanya sama menolak “membagaimanakan (kaif)” tinggi diatas (istiwa) dan “mengisbatkan” tinggi diatas (istiwa).
.
Maka, bagi yang memahami kedua-dua hujah ini dapat melihat bahawa Ustaz PU Faiz sebenarnya tiada idea tentang apa yang dia cuba bantah.
.
Lebih ironi, ucapan Shaykh Abdul Rahman As-Sudais "(makna) Istiwa itu Maklum, Kaifiyyah(bagaimana)nya Majhul (tidak diketahui)" itu sebenarnya menjadi bantahan kepada Asyairah yang memegang "tafwidh dan takwil".
.
Saya ulang, saya fikir orang ini sememangnya tidak tahu akan apa yang dia cakapkan.
.
Konteks tulisan PU Faiz:
https://www.facebook.com/share/r/1AUfR9YdCU/
.
#makanadami #Taymiyy
#Salaf
Fardhil ismail

Comments
Post a Comment