SEMPIT DALAM BAB FEKAH

Sebenarnya aku hairan dengan so-called faqih Masjid Sri Petaling ini.

1. Dalam bab aqidah, kemain dia pertahankan habaib di Yemen yang diketahui mengamalkan bid'ah dalam agama seperti tawaf maqam Nabi Hud, mandi safar dan seumpamanya.

Siap gigih terjemah tulisan seorang Habib yang buat serangan ad-hominen kepada tulisan seorang ulama yang mengkritik amalan mereka dengan menuduhnya pengganas dan seumpamanya.


Kitab القبورية في اليمن karangan Ahmad Hasan al-Mua'llimi sebuah pengkafiran yang nyata dan terorisme secara terbuka


Oleh : Habib Abdullah Abdul Qadir Al-Habshee (terjemahan dari asal)

1- Pada tarikh 2 /Zulhijjah/1444 yang lalu,

sebelum hari raya Aidiladha tersebar iklan berkenaan akan diadakan satu daurah bagi sebuah buku yang merupakan ringkasan bagi kitab yang berjudul القبورية في اليمن tulisan Ahmad bin Hasan al-Mua'llim. Buku tersebut telah diringkaskan oleh salah seorang salafi Malaysia iaitu Dr Profesor Basri Ibrahim al-azhari. Begitulah beliau menisbahkan dirinya kepada menara ilmu bagi ulama Asya'irah. Saya tidak tahu apa tujuannya beliau melakukan penisbahan seperti ini,kerana fikrah Salafiyyah dalam banyak isu penting dalam akidah sangat bertentangan dengan pegangan akidah Asya'irah yang menjadi dasar pegangan Azhar Syarif dan tokoh-tokoh ulamanya. Namun begitulah beliau telah menisbahkan dirinya. Barangkali supaya dapat melariskan projek bukunya dikalangan masyarakat Malaysia yang bermazhab Shafi'i dan berakidah Asy'ari.

2- Apapun, ketika melihat iklan tersebut, saya berazam untuk hadir kesana supaya dapat mendengar dan melihat sendiri apa yang mereka akan sebut dan bentangkan. Mereka telah menetapkan tiga orang dari kalangan tokoh mereka untuk mensyarahkan buku ini dan diantara mereka Dr Ibrahim orang yang bertanggungjawab meringkaskan kitab asal. Saya berniat untuk berbahas dengan mereka khususnya Dr Ibrahim. Ini kerana saya tahu benar isi kitab asal dan segala tuduhan, penyelewengan, pembohongan, pengkafiran secara terang-terangan serta terosime terbuka yang sedikit pun tidak disembunyikan oleh pengarang bahkan dia menyebutnya secara terbuka dan terang-terangan

3-Saya menghadiri daurah tersebut bersama beberapa orang tempatan. Saya duduk dengan penuh sabar menahan telinga pengkafiran dihalakan kepada ulama negara saya,mazhab dan tariqah saya, guru-guru saya. Mereka dituduh secara dusta dan fitnah dengan dengan syirik,kufur,sembah kubur dan segala macam bentuk kejian yang buruk

4- Saya merasa begitu hairan bagaimana ia boleh berlaku di Kuala Lumpur bandar bermazhab Shafi'i Asy'ari Sunni? Bagaimana boleh dibenarkan tanpa ada sebarang pemantauan dan tindakan, fikrah Daesh Al-Qaeda disebarkan , dibuat seminar dan syarahan yang sarat dengan mensyirikkan dan membid'ahkan orang ramai.

5- Sebabnya adalah semua tuduhan yang mereka lemparkan kepada orang Hadramaut dan ulamanya boleh dikatakan 95% tanpa ragu-ragu ada di Malaysia juga ,namun mereka tidak menyentuh Malaysia tetapi pergi jauh ke Hadramaut sedangkan apa yang mereka bantah itu berlaku juga di Malaysia. Adakah mereka mempunyai agenda tertentu. Pembaca yang bijak boleh membuat kesimpulan sendiri

6- Selepas pembentang pertama selesai menjelaskan bahagian pertama dari buku ringkasan yang menjadi tanggungjawabnya ,saya mahu berbahas dengannya tetapi pihak urusetia menolak dengan alasan daurah ini bukan untuk berbahas ,hanya dibenarkan mengajukan soalan sahaja.

7- Dipertengahan majlis, dengan penuh ihtiram pihak urusetia telah menyediakan kepada saya kemudahan untuk berkomunikasi dengan salah seorang pembentang secara maya. Saya mula mengajukan beberapa persoalan. Soalan pertama telah memberatkan mereka kerana ia telah menghancurkan asas kitab asal. Pembentang menggelabah dan tidak memberikan jawapan yang memuaskan.

8- Soalan saya seperti berikut,ia berdasarkan laras dan metode Salafiyyah

" Bagi menukilkan sesebuah khabar, disyaratkan perawinya seorang yang boleh dipercayai ingatan dan keperibadiannya dan seseorang itu tidak dihukum sebagai boleh dipercayai melainkan dengan pengiktirafan dari ahli jarh dan ta'dil. Banyak kisah tentang ahli Hadramaut yang Sheikh Ahmad Mua'llim nukilkan didalam kitabnya. Kisah-kisah itu menjadi asas kepada tuduhan kufur,syirik dan bida'h yang ia lemparkan terhadap mereka. Persoalannya,adakah Sheikh Mua'llim seorang yang boleh dipercayai? Begitulah soalan yang saya kemukakan kepada mereka. Kemudian saya susuli dengan keterangan bahawa Sheikh Mua'llim bukan orang yang thiqah menurut kacamata guru-gurunya yang utama dari kalangan masyaikh Salafiyyah di Yaman iaitu Muhaddith Salafi Sheikh Muqbil bin Hadi al-Wadaie yang digelar oleh Salafi sebagai محدث اليمن

9- Saya telah sebut kepada pembentang itu tiga teks keterangan dari Sheikh Muqbil al-Wadaie yang dipetik dari kitab

اعلام الأجيال بكلام الإمام الوداعي في الرجال

Didalam kitab ini Sheikh Muqbil telah menggurkan Sheikh Hasan dari senarai boleh dipercayai dengan menjarahnya serta menyifatkannya sebagai seorang yang mempunyai pelbagai muka, oportunis,lebih mengutamakan kepentingan peribadi berbanding akidah dan pegangan. Sheikh Muqbil menuntut supaya dia bertaubat serta kembali kepada Allah.

10- Pembentang tadi terkejut dan menggelabah bila mendengar teks-teks keterangan yang saya bawa apatah lagi ia merupakan perkataan Sheikh mereka sendiri lalu dia tidak mampu menjawabnya ditambah pula aku telah menyebutnya bersama mukasurat dan cetakan sekali. Dia hanya boleh berkata ,ini adalah urusan peribadi antara dua guru tiada kaitan dengan jarh ta'dil

11- Kemudian datang pembentang kedua , dia menyampaikan syarahan bahagian kedua buku,kami berbahas dalam bentuk mengajukan soalan. 7 minit sahaja yang dibenarkan kepada saya . Pembentang kedua menyatakan Dr Ibrahim yang meringkaskan kitab akan datang nanti. Saya pun menunggu kedatangannya. Malangnya saya diberitahu Dr akan datang selepas Maghrib dan saya pula sudah ada urusan yang disusun selepas Maghrib. Saya pelik, sejak dari pagi saya sudah berada disitu menunggu beliau, saya jangka beliau akan datang tepat pada waktu yang ditetapkan selepas Asar sejam setengah sebelum Maghrib tetapi beliau tidak hadir . Mungkin berita kedatangan beberapa orang 'penyibuk' dari kalangan pelajar ilmu dari Hadramaut turut serta dalam majlis untuk berbahas , disebabkan itulah beliau tarik hand break berundur kebelakang

12- Saya merasa begitu kesal, semua masyarakat awam di Malaysia tidak mengetahui hakikat siapa dia Ahmad Hasan al-Mua'llim. Barangkali yang membuat pembentangan bahkan yang meringkaskan kitab sendiri tidak kenal Sheikh Hasan al-Mua'llim

* Mereka tidak tahu yang Sheikh Hasan salah seorang tulang belakang gerakan ekstrimis Juhaiman dan perancangnya

* Mereka tidak tahu semua buku-buku Jahmiyan yang menjadi pencetus kepada fikrah jihadi ekstrim adalah dari acuan Ahmad Hasan al-Mua'llim

* Mereka tidak tahu yang Ahmad Hasan al-Mua'llim tangan kanan kepada Juhaiman dan salah seorang penasihat kepadanya

* Mereka tidak tahu bahawa Sheikh Hasan telah dipenjarakan di Saudi selama tujuh tahun dengan persetujuan masyaikh Salafi disana Sheikh Bin Baz, Soleh Uthaimin, Al-Jazairi dan tokoh-tokoh ulama mereka pada zaman itu

* Mereka tidak tahu yang Sheikh Hasan mendokong ideologi takfiri jihadi ekstrim Sayyid Qutb. Boleh dilihat dalam banyak bahagian kitab ini beliau banyak memuji Sayyid Qutb serta menukilkan darinya sebagai asas dan dasar kitab القبورية في اليمن

* Mereka tidak tahu bahawa anaknya Ibrahim bin Ahmad bin Hasan telah ditangkap di Jordan pada tahun 2017 bersama kelompok kumpulan yang beraliran Daesh saat mereka merancang untuk melaksanakan beberapa misi. Selepas diselidiki dapatan menunjukkan Ibrahim datang atas dorongan dan persetujuan dari bapanya

* Mereka tidak tahu bahawa selepas keluar buku al-Quburiyyah dengan segala fikrah takfir dan tasyrik nya gerakan Ansar Sunnah cabangan al-Qaeda telah menjadikannya sebagai hujah bagi siri-siri pengeboman kubur-kubur dan kubah-kubah membakar mayat selepas dibongkar dari kubur serta melakukan siri-siri penculikan. Barangkali Sheikh Ahmad tidak mengetahui kesan yang dicetuskan oleh kitabnya tetapi itulah yang telah terjadi dan akan terus terjadi,setiap kali bara mereka terpadam akan berhembus lagi angin yang menyalakannya.

13- Mungkin ada yang bertanya, mana dalil kamu bagi semua tuduhan-tuduhan yang merbahaya ini?

Aku jawab : Ini bukan tuduhan..Cukup saya nukilkan catatan yang tertera didalam buku-buku mereka sendiri yang ditulis dengan tangan mereka sendiri. Kamu boleh ambil catatan berikut bersama mukasurat dan versi cetakan. Saya akan lampirkan gambarnya didalam sebaran ini. Boleh tengok sendiri untuk kepastian

(Kemudian Habib telah membawa teks-teks sebagai rujukan bagi dakwaan -dakwaan terhadap Ahmad Hasan al-Mua'llim boleh rujuk didalam post beliau 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=900473894246113&id=100028505329882)


Akhirnya..

Sebenarnya saya tidak mahu menulis tentang isu ini tetapi oleh kerana selepas saya dijanjikan akan ada tindakan susulan ,namun malangnya apa yang saya lihat isu ini diambil mudah dan bersikap dingin dalam menanganinya.

Sikap tidak ambil peduli dengan tuduhan-tuduhan mengkafirkan dan mensyirikkan ulama-ulama besar umat ini dari kalangan ahli Yaman khususnya Hadramaut menjadi loceng amaran datangnya malapetaka besar yang menghampiri bumi Malaysia dan penduduknya iaitu apabila tersebar buku seperti ini dikalangan masyarakat awam yang mengandungi elemen ideologi terorisme yang membahayakan. Wajib isu ini dijelaskan sebagai melaksanakan tanggungjawab menyampaikan kebenaran

14- Wahai penduduk Malaysia, berhati-hati dengan beban yang dibawa oleh buku ini yang sangat merbahaya. Lembaran-lembarannya membawa ideologi Daesh dan al-Qaeda , mengkafirkan, membid'ahkan dan banyak lagi. Jangan sampai berlaku dinegara ini apa yang telah berlaku di negara-negara Arab

وقد أعذر من أنذر

" Sesungguhnya orang yang telah memberi amaran dimaafkan dari hukuman "

Alhamdulillah, ada tulisan yang membalas fitnah yang dilakukan oleh Habib ini di sini:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10159036145859632&id=724799631&mibextid=Nif5oz

KENYATAAN DARIPADA PEJABAT SYEIKH AHMAD BIN HASAN AL-MUALLIM, YAMAN BERKAITAN BUKU QUBURIYYAH DI YAMAN

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف المرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين أما بعد:

Kami telah membaca makalah pendek yang ditulis oleh al-Syeikh Abdullah bin Abd al-Qadir al-Habasyi hafizahullah taala dalam FB beliau. Makalah tersebut bertajuk “Buku Quburiyyah di Yaman oleh Ahmad Hasan al-Muallim, satu pengkafiran terang-terangan dan keganasan yang nyata”. Tidak diragui lagi tajuk yang diletakkan itu mengandungi provokasi dan langsung tidak mempunyai hubungan dengan hakikat sebenar isi kandungan buku tersebut.

Berhubung kata-kata anda “Buku Quburiyyah di Yaman satu pengkafiran terang-terangan” ia adalah tidak benar sama sekali. Syeikh kami hafizahullah tidak pernah mengkafirkan seseorang dalam bukunya itu. Beliau juga berusaha untuk tidak mengkafirkan seseorang dalam buku tersebut. Berhubung dengan hukuman yang dijatuhkan beliau ke atas sesetengah pendapat dan perbuatan sebagai syirik dan kufur, ia merupakan isu ilmiah yang memerlukan kepada perbahasan panjang.

Syeikh kami hafizahullah telah membahaskan isu-isu ini, menyatakan pendapatnya dan menerangkan dalil bagi menguatkan pendapat beliau itu. Jika anda mempunyai dalil bagi membantah dalil beliau dan mempunyai pendapat bagi menyanggah pendapat beliau itu, anda boleh menulisnya dan membantah apa yang terdapat dalam buku tersebut.

Berhubung kata-kata anda: “Keganasan yang nyata” persoalannya apakah yang dikatakan hakikat sebenar keganasan itu sendiri? Adakah penulisan ilmiah, bantahan dan kritikan ke atas perkara batil itu satu keganasan? Jika benar ia merupakan satu keganasan, ia sebenarnya keganasan terhadap amalan khurafat dan penentangan ke atas khurafat dan amalan ziarah kubur yang keterlaluan dan tidak menepati sunnah (Quburiyyah).

Oleh kerana buku Quburiyyah membantah amalan khurafat, perkara tersebut telah membuatkan anda tidak selesa dan terganggu. Tidak ada jalan bagi anda untuk berhadapan dengannya melainkan dengan cara menyifatkan buku itu sebagai satu keganasan.

Apa yang anda sebutkan dalam makalah pendek anda itu berkaitan diskusi dan pertemuan yang berlaku di Malaysia dan pembentangan buku Quburiyyah oleh syeikh. Anda pula cuba mengganggu ikhwah yang melakukan diskusi tersebut, kami tidak beranggapan apa yang anda lakukan itu betul. Hal tersebut kerana apa yang anda nyatakan dalam makalah pendek anda itu tidak lebih daripada tuduhan-tuduhan yang kosong daripada fakta yang benar, bahkan mengandungi cacian dan makian yang mana penuntut ilmu dan orang Islam yang bertakwa mengelakkan diri daripada melakukannya.

Anda menyatakan bagaimana pemikiran Daesh dan Qaeda boleh diberi ruang untuk tersebar di Malaysia? Berbagai-bagai ceramah dan diskusi boleh diadakan dan dalam ceramah dan diskusi tersebut dipenuhi pula dengan mensyirikkan, mengkafirkan dan membidaahkan orang lain?

Sebenarnya apa yang ditulis dalam buku tersebut bukan pemikiran daesh mahupun qaeda, sebaliknya ia merupakan manhaj ahli al-Sunnah wa al-Jamaah yang bersandarkan kitab Allah, sunnah rasulullah SAW dan jalan yang ditempuhi oleh para sahabat Rasulullah SAW, tabiin dan imam-imam mazhab empat. Perbahasan seumpama itu sudah wujud ratusan tahun sebelum kemunculan kumpulan daesh dan qaeda lagi. Pegangan Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah sama sekali tidak selari dengan pegangan kumpulan Daesh dan qaeda, bahkan ahli al-Sunnah wa al-Jamaah membantah keras sikap melampau mereka dalam banyak permasalahan.

Berhubung permasalahan bantahan ke atas syirik dan khurafat, ia merupakan gerak kerja biasa yang dilakukan oleh para ulama. Syeikh kami telah menyebut sekumpulan pendapat ulama yang menetap di Hadaramaut dan tempat lain di Yaman dalam buku beliau itu yang tidak ada hubungan langsung dengan kumpulan Daesh dan Qaeda.

Berhubung kenyataan anda yang menyatakan apa yang disebutkan dalam buku tersebut merupakan tuduhan-tuduhan, pengkafiran dan lain-lain, ke atas masyarakat Hadaramaut dan para ulamanya, ia sebenarnya bukan tuduhan ke atas batang tubuh seseorang. Syeikh tidak pernah mengkafirkan orang-orang yang syeikh nukilkan pendapat-pendapat dan perbuatan-perbuatan mereka yang mana pada hakikatnya pendapat-pendapat dan perbuatan-perbuatan tersebut bagi syeikh adalah satu bentuk syirik. Sebaliknya beliau hanya mengemukakan dan menghukumkan syirik secara umum sahaja.

Sebaliknya hukuman ke atas batang tubuh seseorang atau individu, merupakan urusan lain. Syeikh tidak pernah menghukumkan kafir ke atas ulama Hadaramaut dan fuqaha’ Hadaramaut termasuk ulama yang dinisbahkan kepada mereka pendapat dan perbuatan yang disebutkan dalam buku beliau itu. Beliau tidak pernah menghukumkan ke atas mana-mana orang dalam kalangan mereka sebagai kafir lagi musyrik. Sebaliknya beliau menyebutnya secara umum yang dinamakan oleh para ulama sebagai pentakfiran secara umum atau takfir mutlak.

Makna pengkafiran secara umum ialah menghukum ke atas perkataan atau perbuatan yang dilakukan oleh seseorang sebagai kafir dan tidak semestinya orang yang mengeluarkan perkataan dan perbuatan tersebut seorang yang benar-benar kafir dan syirik. Hukuman dilakukan ke atas orang yang melakukannya secara umum, kerana kadang-kadang seseorang melakukan perkara syirik atau menuturkan kalimah syirik namun dia tidak boleh dikatakan sebagai seorang yang syirik dengan sebab halangan-halangan lain yang perlu diambil kira untuk menghukumkannya sebagai kafir dalam erti kata yang sebenar.

Masyarakat Hadaramaut dan lain-lain mempunyai halangan-halangan untuk dihukumkan sebagai kafir, antaranya kerana mereka melakukan takwilan. Syeikh kami hafizahullah tidak pernah mengkafirkan para ulama mahupun fuqaha’ dan orang-orang yang terjerumus ke dalam kesalahan yang disebutkan dalam buku beliau itu, kerana mereka melakukan takwilan dalam perbicaraan mereka. Ia diberikan keuzuran kerana wujud kejahilan sehingga kepada bab ketuhanan atau uluhiyah.

Berhubung dengan apa yang anda sebutkan yang anda telah lontarkan soalan tentang syeikh tersebut dalam majlis diskusi tersebut, di mana anda menyatakan untuk memindahkan sesuatu berita disyaratkan orang yang memindahkannya adalah seorang yang dipercayai atau thiqah iaitu seorang yang kuat hafalan lagi adil terhadap agamanya. Thiqah tersebut tidak akan berlaku melainkan dengan perakuan thiqah yang dilakukan oleh pakar. Syeikh telah menukilkan banyak berita dalam buku beliau daripada penduduk Hadaramaut. Adakah Syeikh Hasan al-Muallim seorang yang thiqah?

Beliau juga menyatakan syeikh kami syeikh Muqbil rahimahullah telah menghukumkan Syeikh Hasan al-Muallim sebagai seorang yang tidak thiqah. Soalan yang anda kemukakan di atas kepada para pendakwah dan masyayikh dalam diskusi di Malaysia itu membuatkan mereka terkejut dan terkedu. Sebenarnya memanglah mereka akan merasa terkejut dan pelik dengan soalan tersebut! Hal tersebut kerana apakah hubungan thiqah dalam tulisan yang dihasilkan oleh syeikh kami hafizahullah dalam buku Quburiyah beliau itu.

Dalam buku Quburiyah tersebut Syeikh kami hafizahullah telah menukilkan maklumat daripada buku-buku terlibat lengkap dengan juzuk dan juga halaman sekali. Ini sebenarnya satu nukilan yang dipercayai dan thiqah. Ia tidak lagi memerlukan thiqah daripada orang lain. Bahkan jika mana-mana orang yang fasik atau kafir sekali pun menukilkan maklumat-maklumat di atas dalam bentuknya yang sebenar dan sahih, sudah tentu ia menjadi hujah yang membantah orang yang mengeluarkan pendapat atau melakukan perbuatan yang disebutkan dalam buku tersebut.

Menjadi kewajipan kepada anda, jika anda melihat terdapat kesalahan dalam nukilan yang dibuat oleh syeikh dalam buku tersebut, untuk menegur kesalahan tersebut dan menyatakan penulis telah menukilkan secara salah atau penulis telah berdusta atau tersalah dalam nukilan yang dilakukannya itu. Sebaliknya kata-kata anda nukilan maklumat tersebut memerlukan orang yang menukilkannya sebagai seorang yang thiqah, ia adalah sesuatu yang melucukan.

Anda sebenarnya mentertawakan diri anda sendiri sebelum mentertawakan orang lain. Kita memerlukan perakuan thiqah dalam nukilan, jika sesuatu maklumat itu dinukilkan daripada seseorang yang menyatakan dia mendengar daripada seseorang yang menyatakan begini dan begini atau perkara tersebut sampai kepada pengetahuannya berdasarkan pendengaran atau berita terlibat disandarkan kepadanya secara pendengaran atau penyaksian sendiri. Misalnya dia menyatakan: Aku mendengar, aku melihat. Ketika itu kita memerlukan orang yang memperakui kethiqahannya itu. Orang itu menyatakan: Dia seorang yang thiqah atau seorang yang tidak thiqah. Sebaliknya bagi orang yang menukilkan maklumat daripada buku-buku yang dikarang oleh orang lain dan menyatakan: Mereka menyatakan begini dan begini dalam buku ini, juzuk ini dan halaman ini. Dia sebenarnya telah menegakkan hujah ke atas kita tanpa mengira sama ada dia seorang yang thiqah atau tidak thiqah. Mudah-mudahan Allah membalas anda dengan kebaikan, menjaga dan mengembalikan anda ke jalan kebenaran.

Begitu juga dalam perkara yang berkaitan perkara-perkara lain yang disebutkan syeikh dalam komentar beliau. Itu adalah berdasarkan pengetahuan, pendapat dan penjelasan daripada beliau terhadap perkara tersebut. Itulah adalah pengetahuan beliau yang beliau nukilkan daripada diri beliau sendiri. Ia tidak memerlukan orang yang menukilkannya semestinya seorang yang thiqah. Seseorang menyatakan: Aku berkata begini, aku melihat begini. Adakah dikatakan pada waktu itu: Adakah anda seorang yang thiqah?! Beliau menukilkan daripada diri sendiri wahai sahabatku mudah-mudahan Allah menjaga anda.

Dalam pada itu Syeikh kami Syeikh Hasan al-Muallim termasuk ke dalam ulama yang thiqah, unggul dan sangat kuat menjaga hafalannya. Mudah-mudahan Allah menjaga beliau. Beliau telah diberikan kepercayaan oleh majoriti ulama Yaman. Di Hadaramaut beliau adalah ketua ulama Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah. Di bahagian selatan Yaman beliau adalah ketua persatuan wilayah Selatan. Di negara Yaman beliau adalah timbalan ketua Pertubuhan Ulama Yaman.

Tidak ada satu bukti dan hujah yang paling kuat untuk membuktikan kesemua itu selain daripada buku karangan beliau Quburiyyah yang diberikan kata-kata aluan oleh ulama besar Yaman dan Hadaramaut, antara mereka ialah al-Allamah qadi Muhammad bin Ismail al-Umrani, yang diserupakan oleh Syeikh Hasan al-Muallim dengan imam al-Syawkani pada zamannya, al-Allamah qadi Muhammad bin Ismail al-Akwa’ dan al-Allamah Qadi Abd al-Rahman Bakir. Beliau telah memperakui tentang kesederhanaan al-Allamah syeikh Hasan Muallim, memuji ilmu beliau dan apa yang beliau tulis dalam buku tersebut. Begitu juga dengan seorang tokoh alim Tarim dan Hadaramaut al-Faqih Ali bin Salim Bakir.

Adakah kesemua tokoh di atas bersetuju dengan tindakan Syeikh Hasan al-Muallim untuk mengkafirkan orang Islam yang lain atau melakukan pembohongan ke atas mereka atau ia merupakan satu bentuk sokongan, persetujuan dan perakuan ke atas al-Syeikh al-Allamah Hasan al-Muallim dan karya yang dihasilkannya itu?

Berhubung dengan nukilan anda daripada syeikh kami Syeikh Muqbil rahimahullah yang menyatakan beliau mencela dan mempertikaikan syeikh Hasan al-Muallim. Sebenarnya ia membabitkan isu khusus antara mereka berdua. Kedua-dua syeikh sangat mengasihi antara satu sama lain. Syeikh Muqbil rahimahullah merupakan seorang ulama contoh. Beliau mengasingkan diri daripada masyarakat, menumpukan sepenuh masa kepada ilmu dan zuhud terhadap dunia. Antara tanda kasih beliau kepada syeikh kami syeikh Hasan al-Muallim hafizahullah ialah beliau mahu Syeikh Hasan Muallim menumpukan sepenuh masa kepada ilmu sebagaimana yang beliau lakukan. Beliau juga mahukan orang ramai menjadi seperti beliau, menumpukan sepenuh masa kepada ilmu dan tidak menyibukkan diri dengan urusan orang ramai. Syeikh Muqbil mempunyai ijtihad-ijtihad yang tidak dipersetujui oleh kebanyakan ulama Yaman dan mereka berbeza pendapat dengan beliau dalam ijtihad tersebut. Ijtihad beliau juga tidak dipersetujui oleh tokoh ulama besar masa kini iaitu samahah al-Syeikh Abd Aziz bin Baz. Mudah-mudahan Allah merahmati mereka semua.

Setelah membentangkan kesemua di atas, kita fokuskan pula kepada celaan yang anda sebutkan kepada syeikh kami Syeikh Hasan al-Muallim, yang kononnya beliau terlibat dengan gerakan keganasan yang dilakukan oleh Juhaiman dan beliau merupakan salah seorang daripada pendukungnya. Ia sebenarnya adalah satu pembohongan dan kebatilan belaka. Apa yang berlaku ialah Syeikh Hasan Muallim terlibat dengan satu jemaah yang dikenali dengan mama Jemaah Dakwah Muhtasibah. Ketua utamanya ialah al-Syeikh Bin Baz rahimahullah manakala amirnya ialah Syeikh Abu Bakar al-Jaza’iri rahimahullah. Dalam gerakan dakwah ini tidak dinafikan Juhaiman termasuk ke dalam salah seorang anggotanya. Ia turut disertai oleh para pendakwah dan ulama yang lain.

Syeikh Hasan al-Muallim mengenali ahli-ahli tersebut sebagai anggota dalam jemaah terlibat sebagai mengikut jejak langkah para ulama. Itu pada peringkat awal. Sebaliknya penyelewengan berlaku selang waktu yang lama selepas itu kepada segolongan ahli yang menganggotai jemaah tersebut. Syeikh Bin Baz telah membebaskan diri daripada mereka yang menyeleweng itu. Begitu juga yang dilakukan oleh syeikh Abu Bakar al-Jaza’iri. Penyelewengan kumpulan tersebut semakin teruk. Ketika itu Syeikh kami, syeikh Hasan al-Muallim telah pergi Kuwait. Tidak lama selepas itu muncul fikrah Mahdi yang direka cipta oleh kumpulan tersebut yang ketika itu diketuai oleh Juhaiman dan al-Qahtani. Syeikh Hasan al-Muallim tidak lagi terlibat dengan jemaah tersebut dan tidak juga berpegang dengan fikrah imam Mahdi tersebut, malah langsung tidak terpengaruh dengannya dalam hidup beliau.

Kumpulan tersebut cuba menyembunyikan fikrah Mahdi itu daripada pengetahuan syeikh Hasan namun Syeikh Hasan mengetahuinya juga daripada orang lain. Selain itu Syeikh Hasan juga disampaikan berita sulit yang menyatakan kumpulan tersebut ingin menceroboh Masjidil Haram. Ketika itu Syeikh berada di Kuwait. Mendengar berita tersebut Syeikh Hasan al-Muallim telah menulis sebuah risalah kecil dan mengumpulkan sejumlah dalil dalam risalah tersebut bagi membantah fikrah Mahdi tersebut dan keberanian untuk menceroboh masjidil haram oleh kumpulan terlibat. Beliau mengemukakan sejumlah nukilan yang beliau petik daripada karya para ulama muktabar yang mengharamkan perbuatan tersebut. Beliau juga menjelaskan kepada mereka pada akhir risalah, yang beliau membebaskan diri daripada perbuatan mereka, jika mereka berterusan untuk melakukan pencerobohan tersebut. Syeikh memperingatkan mereka dengan firman Allah SWT:

وَمَن يُرِدۡ فِيهِ بِإِلۡحَادِۢ بِظُلۡمٖ نُّذِقۡهُ مِنۡ عَذَابٍ أَلِيمٖ

Maksudnya:… dan sesiapa yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang di larang dengan cara yang zalim, Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya.

(al-Haj:25)


Syeikh Hasan al-Muallim telah mengutuskan risalah yang ditulis dengan tangan dan ditandatangani oleh beliau sendiri itu kepada kumpulan terlibat. Alhamdulillah risalah tersebut masih ada dan terjaga sehingga sekarang ini dan akan terjaga sehingga ke hari kiamat. Jika anda mahu, kami boleh berikan satu salinan risalah tersebut kepada anda.

Dakwaan anda yang menyatakan syeikh kami merupakan pendukung besar dan utama jemaah Juhaiman terlibat sama sekali tidak benar. Syeikh kami hafizahullah baru berumur antara 26 sehingga 28 tahun ketika berlaku pencerobohan ke atas masjidil haram. Beliau bukan seorang yang sudah tua. Beliau seorang ahli syair. Beliau merupakan seorang ahli syair terkenal ke arah dakwah salafiyyah. Pusat dakwah ini menerima tetamu dalam kalangan orang ramai di Madinah. Oleh kerana itu tidak hairanlah kalau beliau menjadi terkenal dalam kalangan orang ramai. Nukilan yang dikemukakan oleh al-Hazmi dan lain-lain yang menyatakan beliau sudah tua pada masa itu adalah tidak tepat dan tidak benar. Al-Hazmi dan orang-orang yang seumpama beliau ketika itu masih kecil dan mereka tidak mengetahui tentang isu tersebut dalam erti kata yang sebenar.

Begitu juga dakwaan yang menyatakan Syeikh Hasan al-Muallim terlibat dalam penulisan surat menyurat Juhaiman dan seumpamanya, adalah satu bentuk pendustaan dan pembohongan semata-mata, malah dakwaan batil yang dilakukan oleh seseorang secara sesuka hati. Ia merupakan satu bentuk pendustaan yang tidak mempunyai hujah dan juga bukti.

Berhubung dengan kata-kata anda yang ramai orang tidak mengetahui yang syeikh Hasan al-Muallim rahimahullah pernah dipenjarakan dalam penjara di Arab Saudi oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Ini benar, namun ia bukan satu kekurangan kepada beliau. Beliau dipenjarakan atas dasar beliau mengenali kumpulan tersebut dan atas dasar beliau salah seorang anggota jemaah dakwah muhtasibah dan dekat dengan mereka sebelum itu. Syeikh Hasan ditangkap di Kuwait dan dibawa ke Arab Saudi dan dijatuhkan hukuman. Antara soalan yang ditanya kepada beliau di Arab Saudi ialah berkaitan risalah yang beliau hantar kepada Juhaiman dan para pengikut beliau, yang mana satu salinan telah berjaya diperoleh oleh pihak keselamatan Arab Saudi.

Mereka bertanya Syeikh hafizahullah: Adakah ini risalah yang tuan tulis? Syeikh menjawab: Ya. Kemungkinan termasuk ke dalam kelebihan daripada Allah azza wajaalla kerana risalah tersebut jatuh ke tangan pihak keselamatan Arab Saudi. Jika tidak, sudah tentu keadaan menjadi lebih rumit daripada itu. Syeikh dipenjarakan oleh pihak Keselamatan Arab Saudi kerana beliau tidak melaporkan tentang hasrat kumpulan terlibat ingin menceroboh masjidil haram kepada pihak keselamatan Arab Saudi.

Syeikh memohon kemaafan kerana beliau ketika itu berada di negara lain dan bukan di Arab Saudi. Beliau mengutuskan surat dan risalah kepada kumpulan terlibat dalam rangka menyekat kumpulan tersebut daripada melakukan perkara mungkar yang mereka rancangkan itu. Walau bagaimanapun syeikh tetap dijatuhkan hukum penjara. Allah SWT telah mengangkat kedudukan syeikh dengan sebab hukuman penjara yang diputuskan ke atas beliau itu selepas itu. Berapa banyak orang yang dipenjarakan secara zalim dan tersalah di sepanjang sejarah dan ia bukan satu perkara pelik.

Berhubung dengan kata-kata anda syeikh Hasan al-Muallim menganut fikrah takfiri jihadi Sayyid Qutub, ia adalah satu kebatilan dan tidak tepat. Sayyid Qutub rahimahullah adalah seorang tokoh besar dari segi realitinya. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh kami, Sayyid Qutub mengorbankan rohnya demi menegakkan kalimah tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT dan membantah kezaliman. Beliau telah mengeluarkan kalimah yang benar di hadapan pemerintah yang zalim. Berhubung dengan kesalahan-kesalahan Sayyid Qutub, pengkafiran dan sikap melampau beliau dalam beberapa isu, Syeikh kami membantahnya. Kami sendiri membantah selama-lamanya fikrah tersebut. Kami menolak sikap melampau beliau itu dalam beberapa isu secara adil.

Berhubung dengan tanggapan anda penerbitan buku Quburiyyah membawa fikrah mengkafir dan mensyirikkan orang ramai. Golongan Qaeda pula menjadikannya sebagai hujah mereka untuk meletupkan berbagai-bagai kubur besar dan lain-lain, tanggapan itu adalah batil dan tidak benar. Memang diakui Syeikh kami memang anti kepada pembinaan bangunan atau kubah besar di atas kubur dan anti kepada sikap melampau ke dalam perkara tersebut yang dilihat oleh beliau boleh membawa kepada syirik, khurafat dan pengkudusan terhadap beberapa individu. Adalah diakui syeikh kami menentang perkara khurafat tersebut dan ia disebutkan secara jelas dalam risalah beliau dan buku beliau Quburiyyah. Dalil-dalilnya memang wujud. Anda boleh membantahnya juga dengan dalil dan tidak ada masalah dalam persoalan tersebut. Tidak ada masalah kepada anda untuk membantah atau membahaskan apa yang dinyatakan beliau secara ilmiah dan menghantar kepada kami apa yang anda tulis itu. Tidak ada masalah dalam perkara tersebut.

Berhubung dengan kenyataan anda si pulan menjadikan buku terlibat sebagai hujah, ia adalah tidak tepat. Mereka tidak perlukan hujah. Tindakan-tindakan mungkar yang dilakukan oleh sesetengah golongan sehinggakan kepada merobohkan kubur-kubur dan kubah besar bukanlah satu tindakan yang betul. Untuk melakukan itu semua memerlukan kepada tindakan yang betul, memuaskan hati orang ramai dan lain-lain. Ia sepatutnya dilakukan oleh negara dan bukan dilakukan secara semberono oleh kumpulan tertentu yang tidak dapat diterima oleh masyarakat dan tindakan sebegitu rupa tidak akan berjaya. Hal tersebut kerana orang ramai akan kembali membina kubur-kubur besar semula setelah ia diruntuhkan.

Kemudian akhir sekali anda menyebut yang anda mempunyai dalil-dalil bagi mendukung apa yang anda sebutkan. Padahal pada hakikat yang sebenarnya anda tidak memiliki dalil-dalil yang sahih untuk mendukung pendapat anda itu. Syeikh kami Syeikh Ahmad al-Muallim ketua majlis ilmiah kepada aliran hikmah dan ketuanya di Yaman. Aliran ini begitu luas sekali. Bertanyalah tentangnya jika anda tidak mengetahuinya. Begitu juga beliau merupakan ketua di sisi aliran lain iaitu Rabitah Ahli Hadith dan pertubuhan al-Ihsan. Begitu di sisi kebanyakan golongan salafi Yaman. Syeikh Ahmad juga merupakan ketua majlis ulama ahli al-Sunnah di Hadaramaut, ketua majlis pertubuhan wilayah Selatan dan ketua timbalan ketua pertubuhan ulama Yaman.

Berhubung dengan kenyataan anda yang anak Syeikh Ahmad al-Muallim bernama Ibrahim dipenjarakan atas tuduhan terlibat dengan Daesh, itu adalah pembohongan dan pendustaan yang jelas. Beliau sebenarnya belajar di universiti Jordan dalam bidang penyiaran. Beliau telah dituduh oleh seseorang yang keji yang bekerja untuk kepentingan pihak yang tidak dikenali. Akibat tuduhan tersebut beliau telah dipenjarakan selama dua hari secara zalim. Pihak keselamatan Jordan tidak dapat membuktikan beliau terlibat dalam mana-mana kumpulan keganasan. Oleh kerana itu beliau dibebaskan daripada penjara dan menyempurnakan pembelajarannya semula di universiti tersebut sehingga berjaya.

Inilah jawapan kepada makalah pendek yang dikemukakan oleh Syeikh Abdullah al-Habasyi di atas. Allah SWT yang lebih mengetahui hakikat yang sebenar. Aku pohon kepada Allah SWT agar memberi taufik kepada anda agar memahami kebenaran dan melihat secara mendalam perkara yang disebutkan di atas.

Walau apa situasi sekali pun, syeikh kami menulis buku Quburiyyah mengandungi nukilan daripada para ulama dan para pendakwah. Jika anda melihat di situ terdapat kesalahan, anda boleh membantah tulisan Syeikh kami itu secara ilmiah.

Akhir sekali kami memohon kepada Allah azza wajalla agar memberi taufik kepada kami dan juga anda ke arah kebaikan dan membimbing tangan kami ke arah segala kebaikan.

وصل اللهم على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين

Pejabat Penerangan

Fadilah al-Syeikh Ahmad bin Hasan al-Muallim.

https://www.facebook.com/100053669982335/posts/605520174580310/


Tapi dalam bab fiqh, dia pegang fiqh seketat-ketatnya sampai tak mahu menjadi makmum kepada orang yang mengamalkan pandangan fiqh yang berbeza dengannya.


2. Kita lihat contoh daripada Imam Ahmad ibn Hanbal (wafat 241 Hijrah) berkata tentang solat di belakang orang yang mengamalkan pandangan fiqh yang berbeza dengannya:

قال الأثْرَمُ: سمعتُ أبا عبدِ اللهِ يُسألُ عن رَجُلٍ صَلَّى بِقَوْمٍ، وعليه جُلُودُ الثَّعَالِبِ، فقال: إنْ كان يَلْبَسُه وهو يَتَأَوَّلُ: "أَيُّما إهَابٍ دُبِغَ فقد طَهُرَ". يُصَلِّى خَلْفَهُ. قِيلَ له، أفَتَرَاهُ أنتَ جَائِزًا؟ قال: لا، نحنُ لا نَراهُ جَائِزًا، ولكنْ إذا كان هو يَتَأَوَّلُ فلا بَأْسَ أنْ يُصَلِّىَ خَلْفَهُ. ثم قال أبو عبدِ اللهِ: لو أنَّ رَجُلًا لم يَرَ الوُضُوءَ من الدَّم لم يُصَلِّ خَلْفَه؟ ثم قال: نحنُ نَرَى الوُضُوءَ من الدَّمِ، فلا نُصَلِّى خَلْفَ سَعِيدِ بن المُسَيَّبِ، ومالِكٍ، ومَن سَهَّل في الدَّمِ؟ أي: بَلَى.

Terjemahan:

Al-Athram berkata: Saya mendengar Ahmad ibn Hanbal ditanya tentang seorang lelaki yang solat mengimamkan suatu kaum dalam keadaan dia memakai kulit rubah

Ahmad menjawab: “Kalau orang tersebut memakai kulit tersebut kerana dia mentakwilkan hadis: “Jika kulit disamak, maka ia menjadi suci”, maka boleh solat di belakang orang tersebut”


Ahmad ditanya: “Adakah kamu memegang pendapat memakai kulit rubah di dalam solat merupakan perbuatan yang harus?”


Ahmad menjawab: “Tidak. Kami berpendapat bahawa perbuatan tersebut tidak harus. Tetapi, jika ada orang yang mentakwil, maka tidak mengapa untuk solat di belakang orang tersebut”


Kemudian, Abu Abdullah berkata: “Kalaulah seseorang itu berpendapat bahawa wudhu tidak perlu diambil apabila keluar darah, adakah tidak boleh solat belakang dia? Kami berpegang bahawa wudhu perlu diambil apabila keluar darah, maka adakah itu bermaksud kami tidak boleh solat di belakang Sa'id Ibn Musayyib, Malik dan orang yang berpegang kepada pendapat yang mudah dalam hal wudhu apabila darah keluar ini? Bahkan kami akan solat di belakang mereka”


المغني لابن قدامة (٢٤/٣)


3. Lihat betapa luasnya cara Imam Ahmad ibn Hanbal dalam menghukum bab solat di belakang orang yang mengamalkan pandangan fiqh yang berbeza dengannya.


Orang yang solat pakai kulit rubah pun Imam Ahmad bersangka baik dan benarkan orang solat menjadi makmumnya dengan ta'wilan yang bersesuaian.

Sa'id ibn Al-Musayyib, Ketua penghulu Tabi'in ini, terkenal dengan pendapatnya bahawa tiada apa yang membatalkan wudhu kecuali apa-apa yang keluar dari qubul dan dubur; Imam Ahmad ibn Hanbal, walaupun berpegang dengan pendapat bahawa berdarah membatalkan wudhu, tetap akan bersolat di belakangnya.

4. Aku sendiri sebagai langkah berjaga-jaga, berpegang dengan pendapat bahawa sapu air wudhu itu hanya sah pada stokin kulit atau khuf.

Cuma janganlah sampai melontarkan persepsi yang buruk kepada saudara sesama Islam yang berpegang dengan pendapat fiqh yang berbeza dengan kita, sampai tidak mahu solat menjadi makmum mereka.

Bak kata Sheikh Akram Nadwi:

Jika solat seseorang Imam itu sah mengikut pandangan fiqh yang dipegangnya, solat kamu di belakangnya sebagai makmum juga sah, walaupun kamu mengikut pandangan fiqh yang berbeza dengan Imam.


Wallahualam.


Suhan wenshu

Comments

Popular posts from this blog

ALLAH DIATAS LANGIT DAN BERTEMPAT DILANGIT?

AKIDAH IMAM Abu Uthman al-Sobuni

MALAIKAT MAUT BERNAMA IZRAIL?