JANGAN MENYELISIHI QURAN DAN SUNNAH
Ijtihad ulamak hanya terpakai jika sesuatu perkara itu tiada dalam Al Quran dan As Sunnah. Hadis pertanyaan Rasulullah ﷺ kepada Muaz bin Jabal radhiallahu anhu yang dihantar ke Yaman, menjadi dalilnya. Rasulullah ﷺ bersabda: كَيْفَ تَقْضِي؟ فَقَالَ: أَقْضِي بِمَا فِي كِتَابِ اللهِ، قَالَ: فَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِي كِتَابِ اللهِ؟ قَالَ: فَبِسُنَّةِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: فَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِي سُنَّةِ رَسُولِ اللهِ؟ قَالَ: أَجْتَهِدُ رَأْيِي، قَالَ: الْحَمْدُ لِلهِ الَّذِي وَفَّقَ رَسُولَ رَسُولِ اللهِ Dengan apakah kamu akan berhukum? Maka Muaz menjawab: Aku akan berhukum dengan apa yang terdapat di dalam Kitabullah. Baginda bersabda: Sekiranya ia tidak terdapat di dalam Kitabullah? Maka jawab Muaz: Aku akan berhukum dengan Sunnah Rasulullah ﷺ. Baginda bertanya lagi: Sekiranya tidak terdapat di dalam Sunnah Rasulullah ﷺ? Jawab Muaz: Aku akan berijtihad dengan pendapatku. Maka Rasulullah ﷺ bersabda: Segala puji bagi Al...