SELAWAT 1000 KALI SEHARI
Sahihkah Hadis 'Sesiapa Selawat 1000 kali sehari, maka dia tidak akan mati sehingga dia melihat tempatnya di syurga' ? . Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Imam Ibnu Syahin di dalam Al-Targhib Fi Fadhail al-'Amal (19), dan Ibnu Sam'un dalam Amalinya (56) dengan sanadnya daripada 'Utsman bin Ahmad, daripada Muhammad bin Ahmad al-Bara', daripada Muhammad bin Abdul Aziz al-Dinawariy, daripada Qurrah bin Habib al-Qanawiy, daripada Al-Hakam bin 'Athiyyah, daripada Tsabit, daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: . «مَنْ صَلَّى عَلَيَّ فِي يَوْمٍ أَلْفَ مَرَّةٍ، لَمْ يَمُتْ حَتَّى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الْجَنَّةِ» Sesiapa yang berselawat ke atas ku sebanyak 1000 kali dalam sehari, dia tidak akan mati sehinggalah dia melihat tempatnya di dalam syurga. . Pada riwayat di atas terdapat beberapa kelemahan: (1) Al-Hakam bin 'Athiyyah: Imam al-Bukhari menyatakan bahawa Abu al-Walid mendhaifkannya. Imam Ahmad menyatakan: La Ba'sa Bih, akan tetapi Ab...