Posts

STATUS HADIS MALAIKAT MENUNGGU 6 JAM/7JAM SEBELUM CATAT KEJAHATAN

Diriwayatkan daripada Bisyr bin Numair dan Ja’far bin Zubair, daripada Al-Qasim, daripada Abu Umamah katanya: Rasulullah SAW bersabda: صَاحِبُ الْيَمِينِ أَمِينٌ عَلَى صَاحِبِ الشِّمَالِ، فَإِذَا عَمِلَ الْعَبْدُ بِحَسَنَةٍ كُتِبَتْ له بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا، وَإِذَا عَمِلَ سَيِّئَةً فَأَرَادَ صَاحِبُ الشِّمَالِ أَنْ يَكْتُبَهَا قَالَ صَاحِبُ الْيَمِينِ: أَمْسِكْ، فَيُمْسِكُ سِتَّ سَاعَاتٍ أَوْ سَبْعَ سَاعَاتٍ، فَإِنِ اسْتَغْفَرَ اللهَ مِنْهَا لَمْ يَكْتُبْ عَلَيْهِ شَيْئًا، وَإِنْ لَمْ يَسْتَغْفِرِ اللهَ كُتِبَتْ عَلَيْهِ سَيِّئَةً وَاحِدَةً . Maksudnya: “Malaikat di sebelah kanan adalah penjaga kepada Malaikat di sebelah kiri. Apabila seorang hamba melakukan kebaikan, ia akan dicatatkan baginya sepuluh kali ganda, dan apabila dia melakukan keburukan, malaikat di sebelah kiri ingin mencatatkannya. Malaikay di sebelah kanan berkata: ‘Tunggu dahulu,’ maka dia menunggu selama enam atau tujuh jam. Jika hamba itu memohon ampun kepada Allah, ia tidak akan dicatatkan, dan jika dia tidak mem...

PERJANJIAN SEBELUM DILAHIRKAN KE DUNIA

Image
 PERJANJIAN SEBELUM LAHIR :::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: A’raf Ayat 172: Allah ﷻ mengambil perjanjian dengan manusia bukanlah seperti perjanjian yang diambil dengan Bani Israel di mana bukit Thur itu diangkat ke atas mereka. Sebenarnya Allah ﷻ ada mengambil perjanjian (bai’ah) dengan kita semua sebelum kita dilahirkan lagi. Kita sahaja yang tidak mengingati peristiwa itu kerana ia berlaku di alam roh. Perjanjian ini dinamakan Perjanjian أَلَستُ. وَإِذ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَني ءآدَمَ مِن ظُهورِهِم ذُرِّيَّتَهُم وَأَشهَدَهُم عَلىٰ أَنفُسِهِم أَلَستُ بِرَبِّكُم ۖ قالوا بَلىٰ ۛ شَهِدنا ۛ أَن تَقولوا يَومَ القِيٰمَةِ إِنّا كُنّا عَن هٰذا غٰفِلينَ Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yan...

HADIS TENTANG POTONG KUKU PADA HARI TERTENTU

  Status Hadis Kelebihan Memotong Kuku Pada Hari-hari Tertentu Mungkin ramai yang tertanya-tanya tentang hadis yang menyatakan kelebihan memotong kuku pada hari-hari tertentu. Bahkan ramai juga yang bertanya saya tentang statusnya.  Berdasarkan kajian saya (Dr. Rozaimi) maka dapat rumuskan bhawa hadis berkaitan isu ini diriwayatkan dari beberapa jalur berikut: 1. Jalur Abu Hurairah Diriwayatkan dari Abu Hurairah dari 2 jalur: - Jalur pertama dengan lafaz:  " من قلم أظفاره يوم السبت خرج منه الداء ودخل فيه الشفاء، ومن قلم أظفاره يوم الاحد خرجت منه الفاقة ودخل فيه الغنى، ومن قلم أظفاره يوم الاثنين خرجت منه العلة ودخلت فيه الصحة، ومن قلم أظفاره يوم الثلاثاء خرج منه البرص ودخل فيه العافية، ومن قلم أظفاره يوم الاربعاء خرج الوسواس والخوف ودخل فيه الامن والصحة، ومن قلم أظفاره يوم الخميس خرج منه الجذام ودخل فيه العافية، ومن قلم أظفاره يوم الجمعة دخلت فيه الرحمة وخرج منه الذنوب ". Maksudnya: Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Sabtu maka akan keluar darinya penyakit dan masuk k...

KAEDAH MANDI YANG TIDAK SUNNAH

Image
 Benarkah Rasulullah Ajar Ketika Hendak Mandi Mulakan Basuh Daripada Bawah Iaitu Kaki Terlebih Dahulu, Kemudian Baru Naik Ke Atas? 1. Saya diberikan gambar ini yang mengatakan bahawa Rasulullah mengajarkan kita berkaitan mandi, mula membasuh dari bawah iaitu dari kaki naik ke betis, peha, perut, bahu, kemudian berhenti sejenak beberapa saat, lalu mandi seperti biasa. 2. Jawapan ringkas saya, saya tidak menemukan hadis anjuran baginda memerintah agar memulakan basuhan ketika mandi mula dari kaki, betis dan naik ke atas. Sebaliknya yang saya jumpa dalam hadis, kaki merupakan anggota terakhir yang baginda basuh. Apa dalilnya? Dalam Sahih al-Bukhari, Maimunah berkata: وَضَعْتُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَاءً لِلْغُسْلِ فَغَسَلَ يَدَيْهِ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا ثُمَّ أَفْرَغَ عَلَى شِمَالِهِ فَغَسَلَ مَذَاكِيرَهُ  ثُمَّ مَسَحَ يَدَهُ بِالْأَرْضِ ثُمَّ مَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ وَغَسَلَ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ ثُمَّ أَفَاضَ عَلَى جَسَدِهِ ثُمَّ تَحَوَّلَ مِنْ مَكَانِه...

JAMAK SOLAT KETIKA ADA KESULITAN SEPERTI SAKIT

Image
 ✅ Orang sakit boleh jamak solat (himpun dua solat dalam satu waktu) menurut pendapat kuat dalam mazhab Shāfiʿī dan pendapat rajih dalam mazhab-mazhab lain — jika ada kesulitan besar untuk solat setiap kali masuk waktu. 📌 Huraian Ringkas: Jamak yang dibenarkan: * Jamak taqdim: himpun Zuhur & Asar di waktu Zuhur, atau Maghrib & Isyak di waktu Maghrib * Jamak ta’khir: himpun di waktu kedua (Asar atau Isyak) Mazhab Shafi'iyyah mengutamakan jamak Taqdim  ✅ Dalil dari Hadis Umum Nabi ﷺ bersabda: إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ "Sesungguhnya agama ini mudah." 📚 [HR. al-Bukhārī, no. 39] Dan dalam hadis Ibn ʿAbbās رضي الله عنهما: جَمَعَ رَسُولُ اللهِ ﷺ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ، وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِالْمَدِينَةِ، فِي غَيْرِ خَوْفٍ، وَلَا مَطَرٍ “Nabi ﷺ menghimpunkan Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isyak di Madinah — tanpa sebab takut dan tanpa hujan.” 📚 \[HR. Muslim, no. 705] al-'Allāmah al-Hāfiz al-Nawawi menjelaskan dalam *Sharḥ Ṣaḥīḥ Muslim*: وَفِيهِ جَوَازُ الْجَم...

Isu Khutbah Hari Raya Aidiladha Kelantan dan Hadis Batil/Palsu.

Image
 Isu Khutbah Hari Raya Aidiladha Kelantan dan Hadis Batil/Palsu. 1. Beberapa rakan bertanya saya mengenai teks arab yang dikongksikan dalam teks khutbah negeri Kelantan. 2. Saya cuba menyemak isi kandungan khutbah berkenaan melalui online di platform E-MAIK. Setelah saya muat turun khutbah tersebut pada 7 Jun 2025 saya dapati lafaz tersebut memang ada dikongsikan cuma ia tidak dikatakan sebagai hadis. 3. Bagi saya ini agak pelik kerana ada pihak yang menunjukkan cetakan khutbah ini mempunyai lafaz tersebut dengan cara begini: (Hadis Riwayat al-Dailami) Ini menunjukkan bahawa lafaz tersebut dianggap hadis oleh pembuat khutbah. 4. Saya cuba semak beberapa khutbah yang dikongsikan secara livestreaming di negeri Kelantan. Hasil semakan saya, ada beberapa perkara saya dapati: i. Ada khatib yang tidak membaca langsung lafaz hadis tersebut.  ii. Ada khatib yang membaca lafaz tersebut dan terjemahannya tanpa mengatakan ia hadis. iii. Terdapat khatib yang menjadikan lafaz ini sebagai h...

UMMU HANI SEBAGAI 1ST LOVE NABI S.A.W.

Ada beberapa isu: (1) Sahihkah kisah itu? (2) Ulama mana dan kitab mana yang sebut sahih? (3) Keringanan menggunakan kisah tidak sahih dalam sirah. ---- (1) Sahihkah kisah itu? Apa yang tersebar? 2 kali pinangan Nabi s.a.w ditolak di zaman Jahiliyyah. Pertama, Ummu Hani' tolak sebab dah rasa Nabi s.a.w macam abang beliau sendiri sebab membesar bersama. Kedua, Abu Talib menolak sebab Ummu Hani' sudah dipinang orang lain. Kali ketiga, pula selepas Islam, Ummu Hani' menolak sebab beliau ada ramai anak. Mari kita lihat apa yang ada dalam Sahih Muslim.  عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، خَطَبَ أُمَّ هَانِئٍ، بِنْتَ أَبِي طَالِبٍ فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنِّي قَدْ كَبِرْتُ، وَلِي عِيَالٌ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «خَيْرُ نِسَاءٍ رَكِبْنَ» ثُمَّ ذَكَرَ بِمِثْلِ حَدِيثِ يُونُسَ غَيْرَ أَنَّهُ قَالَ «أَحْنَاهُ عَلَى وَلَدٍ فِي صِغَرِهِ» Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi s.a.w meminang Ummu Hani' bin...

MALAIKAT MAUT BERNAMA IZRAIL?

Image
 𝐁𝐞𝐧𝐚𝐫𝐤𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐧𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥 𝐝𝐢𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐩 𝐢𝐣𝐦𝐚𝐤 𝐮𝐥𝐚𝐦𝐚? Al syariah research and development Tersebar sebuah video milik akaun Facebook bernama Izz Al-Qadiri yang bertajuk "𝐀𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥 𝐍𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐤𝐮𝐥 𝐌𝐚𝐮𝐭 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐮𝐦𝐛𝐞𝐫 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐢𝐰𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐈𝐬𝐫𝐚𝐞𝐥𝐢𝐲𝐲𝐚𝐭".  Pautan video tersebut boleh dilihat di sini: https://shorturl.at/iHLWZ Prof Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr MAZA) pula telah menjelas konteks penuh disini. https://www.youtube.com/watch?v=Nwr4VXRet20 . Asasnya penjelasan Dr MAZA ialah: -Perkataan Azrael tidak disebut dalam  al-Quran dan al-Sunnah nabi s.a.w (2.10) - Wajib beriman dengan malakul maut tetapi tidak wajib beriman Azrael  (2:20) - Azrael berasal dari Israeliyyat dan mungkin betul atau tidak (2:36) - Azrael datang dari riwayat beberapa salaf (5:15) - Tiada masalah nak sebut Azrael tetapi al-Quran dan al-Sunnah menyebutkan malakul maut (6:04) Izz al-Qadiri pula seolah-olah menggambark...

AL-MUSTADRAK 'ALA ASH-SHAHIHAIN

 https://www.mediafire.com/folder/erpzzss83wlb1/MUSTADRAK Al-Mustadrak 'ala ash-Shahihain (bahasa Arab: المستدرك على الصحيحين) adalah kitab koleksi hadits yang disusun oleh Hakim al-Naisaburi (w. 405 H) setebal lima jilid. Al-Hakim menyusun kitab ini pada tahun 393 H (1002 M) ketika dia berumur 72 tahun. Kitab ini memuat 9045 hadits.Dia menyatakan bahwa seluruh hadits didalamnya adalah shahih menurut syarat (metode yang dipakai) Imam Bukhari dan atau Imam Muslim. Namun kitab ini mendapatkan sambutan yang beragam dari para ulama. Kitab al- Mustadrak adalah salah satu kitab hadis yang kontroversial sejak kemunculannya karena sang penulis; al-Hakim al-Naisaburi, telah mengklaim bahwa hadis-hadis dalam kitab tersebut adalah hadis-hadis sahih yang setara dengan hadis dalam kitab sahihain. Banyaknya kritik terhadap kitab al-Mustadrak muncul karena al-Hakim dikenal sebagai ulama yang tasahul dalam menentukan status hadis. Salah satu ulama yang mengkritik kitab al-Mustadrak adalah al-Hafiz...

MENGGAPAI PERTOLONGAN ALLAH

 https://www.mediafire.com/file/r9uzaymw08hw4sn/menggapai-pertolongan-allah.pdf/file