Posts

TAUHID TIGA VS HARUS SUJUD KEPADA MAKHLUK

Tauhid Tiga diperangi sungguh-sungguh sehinggakan video tazkirah Imam al-Masjid al-Haram yang mengandungi penekanan berkaitan Tauhid Tiga dibuang daripada pelbagai platform media sosial, sedangkan beliau adalah tetamu kehormat yang dipanggil untuk memberi tazkirah di sebuah masjid yang berstatus Masjid Negeri. Alih-alih, hari ini tular pasal hukum HARUS sujud kepada makhluk jika bukan dengan niat menyembah sebagaimana menyembah Allah SWT! Tuan-tuan dan puan-puan nampak tak? Di sisi sebahagian orang, memang Tauhid Tiga (terutamanya Tauhid Uluhiyyah) perlu diperangi terlebih dahulu, barulah pintu akan terbuka luas untuk membolehkan amalan (baca: bid’ah) dilakukan secara giat di kuburan. Itu pun ada orang marah dan melenting jika dipanggil Quburi. *** Memang isu sujud ada dua komponen utama iaitu melibatkan iktikad dan perbuatan. Oleh sebab itu, majoriti ulama telah memberikan hukum berdasarkan kepada pendetilan kepada dua komponen utama ini: 1. Jika sujud kepada makhluk (seperti syaikh d...

ALLAH DIATAS LANGIT DAN BERTEMPAT DILANGIT?

Image
  Apakah Meyakini Allah di Atas Langit Maknanya Allah bertempat di Langit?  Oleh : Muhammad Atim Jawaban untuk Ust. Muhammad Nuruddin  (1)  Banyak sekali dalil-dalil baik Al-Qur'an maupun sunnah yang menetapkan sifat uluw (tinggi) bagi Allah. Tidak ada dalilnya yang menunjukkan pengkhususan bahwa itu adalah hanya sifat tinggi dalam kedudukan-Nya (qadr) atau kekuasaan-Nya (qahr). Tapi jelas mencakup juga tinggi dalam zat-Nya.  Makanya ini menjadi ijma para ulama Ahlus Sunnah Salafush Shaleh bahwa zat Allah itu tinggi di atas seluruh makhluk-Nya. Disebut tinggi di atas langit, karena langit itu adalah makhluk yang ada di atas, dan secara khusus disebut di atas arsy karena arsy adalah makhluk yang paling atas dan paling besar.  Banyak sekali para ulama yang menukil ijma dalam hal ini. Diantaranya : Imam Al-Auza’i (w. 157 H) berkata : كُنَّا وَالتَّابِعُوْنَ مُتَوَافِرُوْنَ نَقُوْلُ : إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ فَوْقَ عَرْشِهِ وَنُؤْمِنُ بِمَا وَرَدَتْ بِهِ السُ...

JANGAN MENYELISIHI QURAN DAN SUNNAH

 Ijtihad ulamak hanya terpakai jika sesuatu perkara itu tiada dalam Al Quran dan As Sunnah. Hadis pertanyaan Rasulullah ﷺ kepada Muaz bin Jabal radhiallahu anhu yang dihantar ke Yaman, menjadi dalilnya. Rasulullah ﷺ bersabda: كَيْفَ تَقْضِي؟ فَقَالَ: أَقْضِي بِمَا فِي كِتَابِ اللهِ، قَالَ: فَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِي كِتَابِ اللهِ؟ قَالَ: فَبِسُنَّةِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: فَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِي سُنَّةِ رَسُولِ اللهِ؟ قَالَ: أَجْتَهِدُ رَأْيِي، قَالَ: الْحَمْدُ لِلهِ الَّذِي وَفَّقَ رَسُولَ رَسُولِ اللهِ Dengan apakah kamu akan berhukum?  Maka Muaz menjawab: Aku akan berhukum dengan apa yang terdapat di dalam Kitabullah.  Baginda bersabda: Sekiranya ia tidak terdapat di dalam Kitabullah?  Maka jawab Muaz: Aku akan berhukum dengan Sunnah Rasulullah ﷺ.  Baginda bertanya lagi: Sekiranya tidak terdapat di dalam Sunnah Rasulullah ﷺ?  Jawab Muaz: Aku akan berijtihad dengan pendapatku.  Maka Rasulullah ﷺ bersabda: Segala puji bagi Al...

DOA UNTUK MENGHAPUSKAN 'KEPANASAN' DOSA

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata:  . كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْكُتُ بَيْنَ التَّكْبِيرِ وَبَيْنَ الْقِرَاءَةِ إِسْكَاتَةً ، قَالَ : أَحْسِبُهُ ، قَالَ : هُنَيَّةً ،  Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam sering kali mendiamkan diri seketika di antara takbiratul Ihram dan bacaan al-Fatihah.  . فَقُلْتُ بِأَبِي وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ إِسْكَاتُكَ بَيْنَ التَّكْبِيرِ وَالْقِرَاءَةِ مَا تَقُولُ Aku (Abu Hurairah) berkata: Ya Rasulullah, demi ayah dan ibuku, apakah yang engkau baca ketika mendiamkan diri di antara takbir dan al-Fatihah.  . قَالَ : أَقُولُ  Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Aku membaca:  . اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ Ya Allah, jauhilah diriku dari kesalahanku sepertimana Engkau jauhkan antara timur dan barat;  .  اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ Ya Allah, ...

IBNU TUMART DAN AKIDAH ASYAIRAH

 Selepas dibangkitkan semula sejarah hitam Ashā‘irah abad keenam Hijrah, pihak Ashā’irah kini “malu” untuk dikaitkan dengan tokoh mereka, Ibnu Tūmart. Kata mereka, Ibnu Tūmart bukan tokoh utama Ashā‘irah. Antara hujah yang digunakan, nama Ibnu Tūmart tidak tercatat dalam “ṭabaqāt penting Ashā‘irah”, malah tidak dikenali oleh sebahagian Ashā‘irah masa kini.  Tanpa disedari, hujah ini makan diri – menyerlahkan kejahilan dan kurangnya telaah mereka tentang sejarah mereka sendiri. Hakikatnya, Ibnu Tumart bukan sahaja tokoh penting, malah watak utama dalam sejarah perkembangan dan pengembangan mazhab Ashā‘irah khususnya di belah Afrika utara. Gerakan dakwah dan politiknya yang menukarkan landskap akidah umat Islam di sana daripada akidah Salafī kepada Ash‘arī itu teramat makruf dalam catatan sejarah. Dr. ‘Abd al-Majīd al-Najjār dalam tesis PhD-nya di Universiti al-Azhar tentang Ibnu Tūmart, h. 441 yang diterbitkan pada 1982, misalnya, mengatakan: لما رجع ابن تومرت من رحلته إلى المش...

ZIKIR FATIMAH YANG BERASAL DARIPADA KITAB SYIAH

Ini apa yang tersebar di FB: Rasulullah tidak pernah tidur sebelum mencium Fatimah. Pernah suatu ketika ditegur dan ditanya salah satu istrinya, kenapa engkau selalu mencium Fatimah? Rasulullah menjawab, ‘setiap aku rindu surga aku mendapatkan semerbak bau harum surga pada diri Fatimah’. Suatu hari Siti Fatimah sudah masuk di kamarnya, sudah di dalam selimutnya, mau  tidur.  Rasulullah mengetuk pintu kamarnya, kemudian Rasulullah masuk dan Siti Fatimah bangun, kata Rasulullah ‘jangan, tetaplah kamu di tempat tidurmu’. Kemudian beliau bersabda ‘putriku Fatimah, kamu jangan tidur sebelum mengkhatamkan Al-Quran.  Kamu jangan tidur sebelum menjadikan seluruh nabi memberikan syafaat untukmu. Kamu jangan tidur sebelum merelakan atau memberi kerelaan kepada seluruh kaum mukminin-mukminat di dunia ini. Dan terakhir wahai putriku Fatimah jangan kamu tidur sebelum kamu Umrah dan Haji’. Permintaan yang sulit semua. Sebelum tidur khatam Al-Quran. Sebelum tidur menjadikan seluruh Nabi...

DOSA DAN TAUBAT, KEMUNGKARAN DAN AIB

 Jika ada orang melakukan dosa, bimbinglah ia supaya bertaubat. Ingkarilah kemungkaran, tetapi jangan buka aib yang ditutup. Kerana, ia tidak menutup aib melainkan kerana malu, ia tidak malu melainkan kerana masih beriman, dan orang yang masih mempunyai iman pasti ada niat untuk menjadi baik. Apabila sudah bertaubat, jangan hukum dia lebih daripada yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Jangan ungkit kesilapannya kerana barangkali dia ketika itu lebih mulia di sisi Allah daripada kita. Yang sudah itu sudahlah, sesiapa pun tidak mampu mengubah perkara yang telah terjadi. Seorang perempuan yang mengandung luar nikah datang menyerah diri kepada Nabi SAW supaya dihukum. Rasulullah SAW memanggil walinya dan berkata, “berbuat baiklah kepadanya. Apabila dia sudah bersalin, bawalah dia kepadaku.” Selepas merejamnya, Rasulullah SAW mendirikan solat ke atas jenazahnya. ‘Umar berasa hairan lantas bertanya, “engkau mendirikan solat jenazah kepada dia, padahal dia telah berzina?” Rasulullah SAW ...

ANALISIS HADIS : LAFAZ "HU" merupakan Nama Allah yang Besar dari Sudut Syarah Hadith

Image
 Sebenarnya Analisis Hadith oleh Ust Ehsan Sebri Hafizahullah sudah cukup menunjukkan serta menjelaskan Kepincangan Istidlal Dr. Ayman terhadap Hadith ini bagi menyokong Zikir Lafaz Hu.  _______________ Analisis Hadith : Lafaz “Hu” merupakan Nama Allah yang Besar dari Sudut Syarah Hadith Ini merupakan teks hadith asal yang menjadi dalil bagi mengatakan bahawa lafaz “Hu” itu merupakan nama Allah yang besar (Asma’ Allah al-’Azam) : أسماء بنت يزيد قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : اسم الله الأعظم في هاتين الآيتين وإلهكم إله واحد لا إله إلا هو الرحمن الرحيم وفاتحة سورة آل عمران الم الله لا إله إلا هو الحي القيوم Saya melihat kefahaman hadith ini, perlu merujuk kepada kitab-kitab syarah hadith yang muktabar. Antara rujukan bagi syarah hadith seperti berikut : 1)Kitab al-Taisir bi Syarah al-Jami’ al-Saghir karangan al-Munawi, J. 1, hlm. 307. Menurut al-Munawi, Nama Allah yang besar merujuk kepada dua ayat, ayat yang pertama iaitu : ( اسم الله الأعظم في هاتين الآيتين ) وهما (...

TIGA ASAS TENTANG LAFAZ ZIKIR

Al-Hafiz Ibn Hajar, dalam Fathul Bari, ketika membincangkan tentang lafaz zikir menyebut tiga asas umum: 1. Lafaz-lafaz zikir adalah tauqifiyyah. (Maksud tauqifiyyah ialah diambil daripada nas Syarak iaitu Al-Quran & Sunnah). 2. Lafaz-lafaz zikir mempunyai keistimewaan & asrar (rahsia) yang tidak boleh dimasuki Qiyas.  3. Wajib memelihara lafaz zikir yang warid daripada nas. Pegang ketiga-tiga asas ini, nescaya amalan zikir kita lebih menepati anjuran sunnah. Nas kalam Ibn Hajar: ‎أَنَّ أَلْفَاظَ الْأَذْكَارِ تَوْقِيفِيَّةٌ وَلَهَا خَصَائِصُ وَأَسْرَارٌ لَا يَدْخُلُهَا الْقِيَاسُ فَتَجِبُ الْمُحَافَظَةُ عَلَى اللَّفْظِ الَّذِي وَرَدَتْ بِهِ

ZIKIR PEMBUKA KESESATAN

 HUHUHUHU… Ibn Mas’ud r.a. pernah melihat sekumpulan manusia berzikir secara jama’ie dalam beberapa halaqah di masjid. Setiap halaqah ada tekongnya, sambil menghitung zikir dengan anak-anak batu, si tekong memberi arahan ‘takbir 100 kali, tasbih 100 kali, tahlil 100 kali’. Lalu berzikirlah mereka dengan kaedah tersebut yang tidak pernah dianjur oleh syarak. Marahnya Ibn Mas’ud, hingga beliau berkata: “Demi Allah yang aku berada di tanganNya, sama ada kamu berada di atas ajaran yang lebih tepat daripada ajaran Muhammad SAW, ataupun kamu membuka pintu kesesatan”. Kisah ini diriwayatkan oleh Al-Darimi dalam Musnadnya. Kumpulan-kumpulan tersebut bukannya mencipta suatu zikir baru, mereka berzikir dengan zikir warid, cuma silapnya cara dan kaedah yang ditokok-tambah. Itupun dianggap SALAH oleh Ibn Mas’ud. Saya tidak dapat bayangkan kalau para sahabat Nabi SAW menonton umat ini berzikir HUHUHUHUHUHU…..