SALAFIYYAH & MUJASSIMAH
Golongan yang jahil dan kurang faham dalam kalangan sebahagian ahli tasawuf, Asy‘ari dan Jahmiyyah berkata: “Kamu wahai Salafiyyah adalah mujassimah (menjisimkan Allah), kerana kamu mengatakan Allah mempunyai tangan dan Allah diliputi oleh tempat!” Maka kami bertanya kepada mereka: Datangkan kepada kami satu ayat, atau satu hadis, atau satu perkataan salaf yang menyatakan bahawa menetapkan sifat-sifat Allah itu adalah tajsim (menjisimkan Allah)? Antara perkara paling berbahaya dalam bab akidah ialah apabila orang ramai dikelirukan dengan gambaran bahawa: * Mengikuti dalil bermakna menyerupakan Allah dengan makhluk. * Tunduk kepada nas bermakna menjisimkan Allah. Seseorang dituduh hanya kerana berkata: “Allah berfirman”, “Rasulullah ﷺ bersabda”, dan memahami sebagaimana difahami oleh para sahabat dan salaf al-soleh. Namun dia dipuji apabila menolak atau menafikan sifat, kemudian penafian dan penyelewengan itu dinamakan sebagai “pensucian” (tanzih). Sedangkan Allah sendiri telah men...