PERBEZAAN MANHAJ ANTARA IKHWANI, SURURI, DAN KHAWARIJ
Manhaj Ikhwani : Membenarkan semua Firqah Islam bergabung atas matlamat ingin menegakkan daulah/negara Islam. Membenarkan untuk menjatuhkan pemerintah Muslim yang tidak bersama dengan kelompok mereka. Mengharuskan berdemontrasi untuk menjatuhkan pemerintah. Manhaj Sururi /Neo Ikhwani : Berada di atas manhaj Ikhwani didalam bab urusan pemerintah. Menggunakan buku-buku haraki dan tafsiran haraki. Cuma didalam bab akidah, berpegang teguh kepada akidah salaf. Tetapi didalam manhaj bersama pemerintah, mengikut kepada manhaj Ikhwani. Biasa digelar kelompok salafi haraki ( kerana menggabungkan akidah salaf dan manhaj Sayyid Qutb) Manhaj Salaf : Tidak membenarkan menjatuhkan pemerintah Muslim waimma pemerintah tersebut zalim. Berada di atas akidah salaf dan manhaj salaf sepenuhnya. Hanya bermatlamat untuk menyebarkan akidah salaf, bukan menjatuhkan pemerintah Muslim. Melarang untuk memberontak ke atas pemerintah Muslim dan melarang menegur secara terbuka deng...