Posts

DOA PERJALANAN JAUH

 DOA YG SAHIH UTK SELAMAT DLM PERJALANAN, YG DIAJARKAN OLEH  NABI -صلى الله عليه وسلم- KETIKA HENDAK MEMULAKAN PERJALANAN YG JAUH َاللهُ  أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا، وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ، Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan [kenderaan] ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya - dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali! اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى، وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى، Ya Allah! Kami memohon kepada-Mu di dalam perjalanan kami ini, kebaikan dan ketaqwaan, dan dari amal apa yang Engaku redhai اللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا، وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ،  Ya Allah! Ringankanlah ke atas kami perjalanan kami ini, dan pendekkanlah terhadap kami jaraknya, اللهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْ...

TEMPAT KEDIAMAN IBLIS DI BUMI : BILIK AIR

 Hadith tentang Iblis meminta tempat tinggal daripada Allah s.w.t lalu diberi bilik air/tandas sebagai tempat tinggalnya bukanlah hadith sahih.  Malah hadith ini TIDAK DITEMUI di dalam Sahih al-Bukhari seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak dan tidak juga ditemui di dalam kitab-kitab hadith muktabar yang lain. Tetapi hadith yang mirip dengannya diriwayatkan oleh At-Tabarani di dalam al-Mu'jam al-Kabir, no.7837. Hadith tersebut daripada Abu Umamah bahawa Nabi s.a.w bersabda : ‎إِنَّ إِبْلِيسَ لَمَّا أُنْزِلَ إِلَى الْأَرْضِ قَالَ: يَا رَبِّ أَنْزَلْتَنِي إِلَى الْأَرْضِ، وَجَعَلْتَنِي رَجِيمًا أَوْ كَمَا ذَكَرَ فَاجْعَلْ لِي بَيْتًا، قَالَ: الْحَمَّامُ. "Sesungguhnya Iblis ketika diturunkan ke bumi, dia berkata "Ya Tuhanku! Engkau telah menurunkanku ke dunia dan menjadikan aku terkutuk, maka dimanakah tempat kediamanku?" maka Allah Subhanahu wa Ta'ala menjawab : "Bilik air." Hadith ini sangat munkar, sebagaimana disebutkan oleh Syeikh Al-Albani di da...

Doa nabi musa ketika susah

Meminta kebaikan dari Allah Ketika sedang berada dalam kesusahan, Nabi Musa alaihisalam pun berdoa; رَبِّ إِنّي لِما أَنزَلتَ إِلَيَّ مِن خَيرٍ فَقيرٌ  “Ya Tuhanku sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku”. (Al-Qasas: 24) Berkat doa yang dibaca ini, Allah memberikan kepada Nabi Musa alaihisalam isteri, pekerjaan, harta benda dan keluarga. Semoga Allah mengampuni kita dan memberikan rezeki yang diberkati yang dapat memenuhi segala keperluan kita!

ADAKAH WUJUD ILMU KEBAL DALAM ISLAM?

Image
Pada tahun 79 hijrah, ada seorang pengamal ilmu kebal. Beliau seorang yang zuhud, banyak berzikir dan beribadat, namun akhirnya dinodai syaitan kerana mendakwa diri sebagai Nabi.  Orang tersebut bernama al-Harith al-Dimashqi. Beliau hidup pada zaman Khalifah Abd al-Malik bin Marwan.  Kata Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah: . فلما انتهوا به إلى عبد الملك أمر بصلبه على خشبة، وأمر رجلا فطعنه بحربة، فانثنت في ضلع من أضلاعه ، فقال له عبد الملك: ويحك، أذكرت اسم الله حين طعنته؟ فقال: نسيت. فقال: ويحك، سم الله، ثم اطعنه. قال: فذكر اسم الله ثم طعنه فأنفذه، وقد كان عبد الملك حبسه قبل صلبه، وأمر رجالا من أهل العلم والفقه أن يعظوه ويعلموه أن هذا الذي به من الشيطان، فأبى أن يقبل منهم، فصلبه بعد ذلك، وهذا من تمام العدل والدين  . TERJEMAHAN: Tatkala mereka [tentera] berjaya menangkap al-Harith dan membawa mengadap Khalifah Abd al-Malik bin Marwan, Khalifah memerintahkan agar al-Harith disalib atas potongan kayu.  Khalifah juga mengarahkan seorang lelaki untuk merejam dengan...

DUDUK QURFUSO'

Image
 APAKAH ITU DUDUK QURFUSO? حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ، وَمُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، قَالاَ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ حَسَّانَ الْعَنْبَرِيُّ، قَالَ حَدَّثَتْنِي جَدَّتَاىَ، صَفِيَّةُ وَدُحَيْبَةُ ابْنَتَا عُلَيْبَةَ - قَالَ مُوسَى بِنْتُ حَرْمَلَةَ - وَكَانَتَا رَبِيبَتَىْ قَيْلَةَ بِنْتِ مَخْرَمَةَ وَكَانَتْ جَدَّةَ أَبِيهِمَا أَنَّهَا أَخْبَرَتْهُمَا أَنَّهَا، رَأَتِ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ قَاعِدٌ الْقُرْفُصَاءَ فَلَمَّا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْمُخْتَشِعَ - وَقَالَ مُوسَى الْمُتَخَشِّعَ فِي الْجِلْسَةِ - أُرْعِدْتُ مِنَ الْفَرَقِ  Daripada Qaylah binti Makhramah bahawa dia melihat Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam sedang duduk dalam keadaan qurfuso'. Apabila aku melihat baginda sedang duduk dalam keadaan khusyuk begitu, aku mengeletar ketakutan. [Sunan Abi Daud, Kitab al-Adab, Bab Fi Julus ar-Rajul, hadis no: 4847] Shaikh Al-Albani menyatakan ia hasan, Al-Arnaouth pula berkata Isnadnya hasan. Duduk al-Qurfuso adalah duduk dengan me...

SEBAIK-BAIK AMALAN

 [Refleksi Juz 12: Mengapa Allah sebut "sebaik-baik amalan - Ahsanu Amala"?] Firman Allah taala: لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۗ  "Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya" [Surah Hūd: 7] Jika kita perhatikan dalam ayat ini, Allah sebutkan أحسن عملا iaitu siapakah yang paling baik amalnya. Allah tidak sebutkan أكثر عملا iaitu siapakah yang paling banyak amalannya. Imam Ibn Kathir menjelaskan: "Allah tidak menyebutkan أكثر عملا tetapi أحسن عملا.  Sesuatu amalan itu tidak dikira حسن atau baik kecuali jika ia ikhlas kerana Allah taala dan mengikut apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Jika sesuatu amalan itu tidak memenuhi salah satu syarat ini maka amalan itu akan terbatal dan sia-sia." Moga-moga Allah menerima semua amalan kita. #refleksiramadhan Usaid subki

DOSA DAN ANCAMAN TIDAK MELURUSKAN SAF

Image
Hakikatnya saf terputus seperti sebelah saf wanita ini, boleh mendapatkan dosa dan ancaman lagi. Sepertimana daripada hadith nabi Sallallahu Alaihi Wasallam  :  لتسون صفوفكم أو ليخالفن الله بين وجوهكم" متفق عليه. Luruskan saf-saf kamu ataupun Allah SWT akan memecah belahkan wajah-wajah diantara kamu  (Muttafaqun Alaih) ألا تصفون كما تصف الملائكة عند ربها، قلنا: كيف تصف الملائكة عند ربها؟ فقال يتمون الأول ويتراصون في الصف" رواه مسلم وغيره Adakah kamu tahu bagaimana lurusnya saf-saf para malaikat di sisi TuhanNya? Kami bertanya: Bagaimana lurusnya saf-saf para malaikat di sisi TuhanNya? Rasulullah menjawab : Mereka akan menyempurnakan ( memenuhkan) saf-saf yang awal dan kemudian menyatukan didalam saf.  (HR Muslim) Bahkan lurusnya saf adalah salah satu tanda kesempurnaan solat. Bahkan, Khalifah Saidina Umar Al-Khattab tidak memulakan solat sehingga barisan atau saf yang didirikan tidak lurus dan sempurna; مَا رَأَيْت أَحَدًا كَانَ أَشَدَّ تَعَاهُدًا لِلصَّفِّ مِنْ عُمَ...

MISKIN DAN KAYA ADALAH UJIAN

  *Miskin dan Kaya, Kedua-Duanya Ujian* Ibnu Al-Qayyim, menukilkan perkataan gurunya, Ibnu Taimiyyah: وَالْفَقْرُ وَالْغِنَى ابْتِلَاءٌ مِنَ اللَّهِ لِعَبْدِهِ . Kemiskinan dan kekayaan merupakan ujian daripada Allah kepada hamba-hambaNya. كَمَا قَالَ تَعَالَى Ini sebagaimana firman Allah: فَأَمَّا الْإِنْسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu memuliakannya dan mengurniakannya kesenangan, maka dia berkata: "Tuhanku telah memuliakanku". (15) وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: "Tuhanku menghinakanku" [4]. (16)  [Surah Al-Fajr: 15-16] كَلَّا أَيْ لَيْسَ كُلُّ مَنْ وَسَّعْتُ عَلَيْهِ وَأَعْطَيْتُهُ : أَكُونُ قَدْ أَكْرَمْتُهُ ، وَلَا كُلُّ مَنْ ضَيَّقْتُ عَلَيْهِ وَقَتَّرْتُ : أَكُونُ قَدْ أَهَنْتُهُ ، Tidaklah sedemikian. Bukanlah semua yang telah Aku ...

ULASAN KE ATAS DAURAH TAKWIL AL-HADIS IBNU QUTAIBAH

Image
Kongres athari Ulasan ke atas Daurah Takwil Al-Hadis Ibnu Qutaibah. ======= . Dalam ceramah Takwil Hadis Ibnu Qutaibah, Dr Umar nukilkan ijmak Salaf bahawa مع dalam Al-Quran adalah "bersama dengan ilmu", beliau menekankan supaya hadis sifat difahami mengikut siyaq (konteks) sesuatu ayat. Beliau berikan contoh-contoh Ibnu Qutaibah huraikan hadis berdasarkan siyaq. Dr Umar turut mengkritik yang memahami secara literal. https://youtu.be/MZ5CYHLKamQ Dalam ceramah itu Dr Umar tidak pun menerangkan manhaj Ibnu Qutaibah secara menyeluruh, bahawa Ibnu Qutaibah mentafsir hadis dengan ayat Al-Quran, dengan hadis, dengan syair, dengan israiliyyat. Beliau juga menggunakan dalil fitrah. Tidak terhad kepada siyaq, syair dan balaghah sahaja. Ada juga ayat dan hadis yang Ibnu Qutaibah tafsir secara literal sebagai contoh gambar yang dibawah ini, ketika mengulas hadis nuzul, diselitkan huraian mengisbatkan di mana Allah. Ibnu Qutaibah mengatakan ia adalah ijmak golongan arab dan ajam.  Sayang...

AL-IMAM ABU UTHMAN AL-SABUNI

Al-Imam Abu Uthman Al-Sabuni. Saya mengenali ulama ini melalui kitab akidah beliau bertajuk Aqidah as-Salaf wa Ashabil Hadis. Siapakah Imam Al-Sabuni? Imam Adz-Dzahabi menyebutkan: الإمام العلامة ، القدوة ، المفسر ، المذكر ، المحدث ، شيخ الإسلام أبو عثمان ، إسماعيل بن عبد الرحمن بن أحمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن عابد بن عامر ، النيسابوري ، الصابوني . Al-Imam Al-'Allamah Al-Qudwah Al-Mufassir Al-Muhaddis Shaikh al-Islam Abu Uthman Ismail bin 'Abdul Rahman bin Ahmad bin Ismail bin Ibrahim bin 'Abid bin 'Amir an-Nisabuuri al-Sobuni. Imam Al-Baihaqi berkata tentang beliau: قال أبو بكر البيهقي : حدثنا إمام المسلمين حقا ، وشيخ الإسلام صدقا ، أبو عثمان الصابوني . Telah menyampaikan hadis kepada kami imam kaum Muslimin yang benar, Shaikh al-Islam yang jujur, Abu Uthman al-Sobuni... Abu 'Abdullah al-Maliki berkata: أبو عثمان ممن شهدت له أعيان الرجال بالكمال في الحفظ والتفسير . Abu Uthman merupakan orang yang aku bersaksi bahawa dia adalah sebaik-baik manusia dengan kesempurna...