Posts

Showing posts from March, 2024

DUDUK QURFUSO'

Image
 APAKAH ITU DUDUK QURFUSO? حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ، وَمُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، قَالاَ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ حَسَّانَ الْعَنْبَرِيُّ، قَالَ حَدَّثَتْنِي جَدَّتَاىَ، صَفِيَّةُ وَدُحَيْبَةُ ابْنَتَا عُلَيْبَةَ - قَالَ مُوسَى بِنْتُ حَرْمَلَةَ - وَكَانَتَا رَبِيبَتَىْ قَيْلَةَ بِنْتِ مَخْرَمَةَ وَكَانَتْ جَدَّةَ أَبِيهِمَا أَنَّهَا أَخْبَرَتْهُمَا أَنَّهَا، رَأَتِ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ قَاعِدٌ الْقُرْفُصَاءَ فَلَمَّا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْمُخْتَشِعَ - وَقَالَ مُوسَى الْمُتَخَشِّعَ فِي الْجِلْسَةِ - أُرْعِدْتُ مِنَ الْفَرَقِ  Daripada Qaylah binti Makhramah bahawa dia melihat Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam sedang duduk dalam keadaan qurfuso'. Apabila aku melihat baginda sedang duduk dalam keadaan khusyuk begitu, aku mengeletar ketakutan. [Sunan Abi Daud, Kitab al-Adab, Bab Fi Julus ar-Rajul, hadis no: 4847] Shaikh Al-Albani menyatakan ia hasan, Al-Arnaouth pula berkata Isnadnya hasan. Duduk al-Qurfuso adalah duduk dengan men

SEBAIK-BAIK AMALAN

 [Refleksi Juz 12: Mengapa Allah sebut "sebaik-baik amalan - Ahsanu Amala"?] Firman Allah taala: لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۗ  "Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya" [Surah Hūd: 7] Jika kita perhatikan dalam ayat ini, Allah sebutkan أحسن عملا iaitu siapakah yang paling baik amalnya. Allah tidak sebutkan أكثر عملا iaitu siapakah yang paling banyak amalannya. Imam Ibn Kathir menjelaskan: "Allah tidak menyebutkan أكثر عملا tetapi أحسن عملا.  Sesuatu amalan itu tidak dikira حسن atau baik kecuali jika ia ikhlas kerana Allah taala dan mengikut apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Jika sesuatu amalan itu tidak memenuhi salah satu syarat ini maka amalan itu akan terbatal dan sia-sia." Moga-moga Allah menerima semua amalan kita. #refleksiramadhan Usaid subki

DOSA DAN ANCAMAN TIDAK MELURUSKAN SAF

Image
Hakikatnya saf terputus seperti sebelah saf wanita ini, boleh mendapatkan dosa dan ancaman lagi. Sepertimana daripada hadith nabi Sallallahu Alaihi Wasallam  :  لتسون صفوفكم أو ليخالفن الله بين وجوهكم" متفق عليه. Luruskan saf-saf kamu ataupun Allah SWT akan memecah belahkan wajah-wajah diantara kamu  (Muttafaqun Alaih) ألا تصفون كما تصف الملائكة عند ربها، قلنا: كيف تصف الملائكة عند ربها؟ فقال يتمون الأول ويتراصون في الصف" رواه مسلم وغيره Adakah kamu tahu bagaimana lurusnya saf-saf para malaikat di sisi TuhanNya? Kami bertanya: Bagaimana lurusnya saf-saf para malaikat di sisi TuhanNya? Rasulullah menjawab : Mereka akan menyempurnakan ( memenuhkan) saf-saf yang awal dan kemudian menyatukan didalam saf.  (HR Muslim) Bahkan lurusnya saf adalah salah satu tanda kesempurnaan solat. Bahkan, Khalifah Saidina Umar Al-Khattab tidak memulakan solat sehingga barisan atau saf yang didirikan tidak lurus dan sempurna; مَا رَأَيْت أَحَدًا كَانَ أَشَدَّ تَعَاهُدًا لِلصَّفِّ مِنْ عُمَرَ أَنْ ك

MISKIN DAN KAYA ADALAH UJIAN

  *Miskin dan Kaya, Kedua-Duanya Ujian* Ibnu Al-Qayyim, menukilkan perkataan gurunya, Ibnu Taimiyyah: وَالْفَقْرُ وَالْغِنَى ابْتِلَاءٌ مِنَ اللَّهِ لِعَبْدِهِ . Kemiskinan dan kekayaan merupakan ujian daripada Allah kepada hamba-hambaNya. كَمَا قَالَ تَعَالَى Ini sebagaimana firman Allah: فَأَمَّا الْإِنْسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu memuliakannya dan mengurniakannya kesenangan, maka dia berkata: "Tuhanku telah memuliakanku". (15) وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: "Tuhanku menghinakanku" [4]. (16)  [Surah Al-Fajr: 15-16] كَلَّا أَيْ لَيْسَ كُلُّ مَنْ وَسَّعْتُ عَلَيْهِ وَأَعْطَيْتُهُ : أَكُونُ قَدْ أَكْرَمْتُهُ ، وَلَا كُلُّ مَنْ ضَيَّقْتُ عَلَيْهِ وَقَتَّرْتُ : أَكُونُ قَدْ أَهَنْتُهُ ، Tidaklah sedemikian. Bukanlah semua yang telah Aku

ULASAN KE ATAS DAURAH TAKWIL AL-HADIS IBNU QUTAIBAH

Image
Kongres athari Ulasan ke atas Daurah Takwil Al-Hadis Ibnu Qutaibah. ======= . Dalam ceramah Takwil Hadis Ibnu Qutaibah, Dr Umar nukilkan ijmak Salaf bahawa مع dalam Al-Quran adalah "bersama dengan ilmu", beliau menekankan supaya hadis sifat difahami mengikut siyaq (konteks) sesuatu ayat. Beliau berikan contoh-contoh Ibnu Qutaibah huraikan hadis berdasarkan siyaq. Dr Umar turut mengkritik yang memahami secara literal. https://youtu.be/MZ5CYHLKamQ Dalam ceramah itu Dr Umar tidak pun menerangkan manhaj Ibnu Qutaibah secara menyeluruh, bahawa Ibnu Qutaibah mentafsir hadis dengan ayat Al-Quran, dengan hadis, dengan syair, dengan israiliyyat. Beliau juga menggunakan dalil fitrah. Tidak terhad kepada siyaq, syair dan balaghah sahaja. Ada juga ayat dan hadis yang Ibnu Qutaibah tafsir secara literal sebagai contoh gambar yang dibawah ini, ketika mengulas hadis nuzul, diselitkan huraian mengisbatkan di mana Allah. Ibnu Qutaibah mengatakan ia adalah ijmak golongan arab dan ajam.  Sayang

AL-IMAM ABU UTHMAN AL-SABUNI

Al-Imam Abu Uthman Al-Sabuni. Saya mengenali ulama ini melalui kitab akidah beliau bertajuk Aqidah as-Salaf wa Ashabil Hadis. Siapakah Imam Al-Sabuni? Imam Adz-Dzahabi menyebutkan: الإمام العلامة ، القدوة ، المفسر ، المذكر ، المحدث ، شيخ الإسلام أبو عثمان ، إسماعيل بن عبد الرحمن بن أحمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن عابد بن عامر ، النيسابوري ، الصابوني . Al-Imam Al-'Allamah Al-Qudwah Al-Mufassir Al-Muhaddis Shaikh al-Islam Abu Uthman Ismail bin 'Abdul Rahman bin Ahmad bin Ismail bin Ibrahim bin 'Abid bin 'Amir an-Nisabuuri al-Sobuni. Imam Al-Baihaqi berkata tentang beliau: قال أبو بكر البيهقي : حدثنا إمام المسلمين حقا ، وشيخ الإسلام صدقا ، أبو عثمان الصابوني . Telah menyampaikan hadis kepada kami imam kaum Muslimin yang benar, Shaikh al-Islam yang jujur, Abu Uthman al-Sobuni... Abu 'Abdullah al-Maliki berkata: أبو عثمان ممن شهدت له أعيان الرجال بالكمال في الحفظ والتفسير . Abu Uthman merupakan orang yang aku bersaksi bahawa dia adalah sebaik-baik manusia dengan kesempurna

MAKAN SAHUR KETIKA AZAN?

Image
  Tiada teks hadith seumpama ini. Apa yang ada setakat yang saya cari ialah hadith : إذا سمع أحدكم النداء والإناء في يده فلا يضعه حتى يقضي حاجته منه Apabila kamu mendengar azan sedangkan gelas/bejana berada ditangannya maka hendaklah dia jangan meletakkannya sehingga selesai hajatnya.  (Sunan Abi Daud - 2350) Hadith ini sahih dan sanadnya Hasan.  Dikeluarkan juga oleh Ahmad didalam Musnadnya (9434) dan ( 10629), at-Tabrani didalam tafsirnya ( 3015), ad- Daruqutni didalam Sunannya ( 2182) al-Hakim didalam al-Mustadrak ( 1/203) dan al- Baihaqi didalam Sunan al- Kubra ( 4/218) daripada jalur Hammad bin Salamah. Mungkin penterjemah salah didalam terjemahan daripada bekas berisi air kepada pinggan. Hakikatnya sahur di zaman Rasulullah sangat ringkas, bukan macam zaman kita yang penuh dengan lauk pauk, nasi dsb. Dalam hadith lain Rasulullah menyebut: لا يمنعن أحدكم أذان بلال من سحوره فإنه يؤذن أو قال ليرجع قائمكم وينتبه نائمكم وليس الفرج ان يقول هكذا Janganlah kamu menegah salah seorang dika

DOA MEMBELI KENDERAAN BARU

 [Doa Membeli Kenderaan Baru]  Nabi sallallah alaih wasallam bersabda:  إِذَا تَزَوَّجَ أَحَدُكُمُ امْرَأَةً أَوِ اشْتَرَى خَادِمًا، فَلْيَقُلِ: اللَّهُمَّ! إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَمِنْ شَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ، وَإِذَا اشْتَرَى بَعِيرًا فَلْيَأْخُذْ بِذِرْوَةِ سَنَامِهِ وَلْيَقُلْ مِثْلَ ذَلِكَ  Maksudnya: Apabila salah seorang daripada kalian berkahwin atau membeli hamba maka hendaklah dia ucapkan: Ya Allah, aku memohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau jadikan ia berada di atasnya dan aku berlindung denganmu daripada kejahatannya dan kejahatan yang Engkau jadikan ia berada di atasnya. Jika dia membeli unta maka peganglah puncak bonggolnya dan ucapkanlah semisal dengannya.  (HR Abu Daud, hasan)  Syeikh al-Munajjid berpandangan unta di zaman dahulu sinonim dengan kenderaan maka jika sesiapa membeli kereta atau motor boleh mengamalkan doa ini dengan memegang bahagian paling tinggi padanya atau mana-

QIYAM RAMADHAN 8 RAKAAT?

JAWAPAN KEPADA GOLONGAN YG MENAFIKAN SOLAT QIYAM RAMADHAN JIKA JUMLAHNYA HANYA 8 RAKAAT Solat Qiyam Ramadhan adalah solat sunat yg dilakukan dalam waktu di antara sesudah solat Isyak sehingga Fajar .. Perbuatan Nabi -صلى الله عليه وسلم- sgt jelas tentang cara perlaksanaan Qiyam Ramadhan .. عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، أَنَّهُ سَأَلَ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا : كَيْفَ كَانَتْ صَلَاةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَمَضَانَ ؟ قَالَتْ : مَا كَانَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلَا غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً، يُصَلِّي أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ فَلَا تَسْأَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ، ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسْأَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ، ثُمَّ يُصَلِّي ثَلَاثًا، فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ، تَنَامُ قَبْلَ أَنْ تُوتِرَ ؟ قَالَ : " تَنَامُ عَيْنِي وَلَا يَنَامُ قَلْبِي ". Daripada Salamah bin Abdir Rahman, bahawa dia bertanya [kepada] Aisyah -رضي الله عنها-: Bagaimanakah dahulu solat Rasulullah -صلى الله علي

BACAAN SELEPAS WITIR

Kenapa baca 'Subhanal Malikil Quddus' selepas witir? Tadi, kali pertama saya imamkan solat terawih untuk tahun ini. Jadi selepas witir tadi saya membaca zikir tersebut 3 kali dengan kuat. سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ 'Subhanal Malikil Quddus' Sudah pasti ini berbeza dengan amalan kebiasaan masyarakat yang akan berzikir 'Ya Lathif Ya Lathif' selepas witir. Zikir yang sunnah selepas witir sebagaimana yang diajar oleh Nabi s.a.w ialah 'Subhanal Malikil Quddus' sebanyak 3 kali. Marilah kita hidupkan sunnah ini kerana kita semua mencintai Nabi s.a.w, dan antara bukti cinta ialah menghidupkan sunnah baginda. Zikir yang diajar oleh Nabi s.a.w perlu lebih diutamakan berbanding zikir-zikir lain yang kita baca yang bukan diajar oleh Nabi s.a.w. *SUNNAH YANG DILUPAKAN: ZIKIR SELEPAS WITIR* عَنْ أُبَىِّ بْنِ كَعْبٍ، قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِـ { سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى } وَ { قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ }

IMAM DAN KITAB AKIDAH SALAF

Bukan senang nak "memadamkan" aqidah salaf yang tulen atau menimbusnya dengan debu kebohonganmu kerana aqidah yang benar ini telah tersimpan dan terpelihara di dalam kitab-kitab aqidah musnadah yang banyak. Anda menyerang Imam Harb al Kirmani, di sana masih berdiri teguh benteng aqidah salaf al ummah seperti : 1 - Imam Ahmad bin Hanbal yang mengarang Usul al Sunnah dan al Radd 'ala al Zanadiqah wa al Jahmiyyah 2- Imam al Bukhari yang mengarang Sahih al Bukhari dengan kitab at-Tauhid sebagai penutupnya dan Khalqu Af'al al 'Ibad. 3- Imam Ibnu Khuzaimah yang mengarang Kitab at-Tauhid 4- Imam Ustman al Darimi yang mengarang dua kitab - al Radd 'ala al Jahmiyyah dan Al Naqd Ustman al Darimi 'ala Bisyr al Marisi al Anid 5- Imam 'Abdullah bin Imam Ahmad yang mengarang kitab al Sunnah 6- Imam Abu Dawud al Sijistani yang menyusun kitab al Sunnah di dalam kitab Sunannya. 7- Imam at-Tirmidzi yang memasukkan qawl-qawl a'immah salaf dalam aqidah ke dalam Jami&#

KELEBIHAN PENYAKIT TA'UN

Ketika musim wabak ini, bermacam-macam teori mula dikaitkan oleh sebahagian pihak. Ada juga yang mengatakan bahawa COVID-19 ini merupakan penyakit Taun disebabkan jangkitannya yang sangat banyak. Cumanya adakah ia benar? Imam Ibn Hajar al-Asqalani atau nama penuhnya Syihabuddin Abu Fadl Ahmad bin Nuruddin Ali bin Muhammad bin Hajar al-Asqalani al-Misri ada menulis sebuah kitab mengenainya bertajuk: بذل الماعون في فضل الطاعون Maksudnya: Hidangan Ilmu Bermanfaat Mengenai Kelebihan Taun. Syeikh merupakan seorang ulamak besar dalam bidang hadis yang dilahirkan pada tahun 773H dan meninggal dunia pada 852H. Beliau menjadi yatim piatu ketika usia masih kecil namun dibesarkan dalam keluarga yang sangat baik setelah diwasiatkan oleh bapanya sebelum meninggal. Ramai ahli keluarganya tergolong dalam kalangan ulamak dan peniaga. Semasa berumur 9 tahun, beliau dah hafal al-Quran. Umur 13 tahun pula menghafal pelbagai kitab-kitab besar pada zaman itu. Dan pada usia 15 tahun, beliau mula berniaga se

BERPERANG SAMBIL BERPUASA?

 Benarkah Nabi s.a.w dan para sahabat berperang sambil berpuasa? Soalan: Ramai penceramah ketika menerangkan semangat puasa mereka menyatakan bahawa lihatlah Nabi s.a.w dan para sahabat tetap berpuasa sekalipun dalam peperangan dan baginda menyuruh mereka berpuasa supaya mendapat pertolongan Allah. Benarkah demikian? –Amin KB Jawapan: ya, soalan ini sering ditanya kepada saya kerana terdapat ramai penceramah yang menyebut begitu, kata mereka yang bertanya. Untuk menjawab soalan ini; 1. Mari kita baca hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim daripada Abu Sa'id al-Khudri: سَافَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى مَكَّةَ وَنَحْنُ صِيَامٌ، قَالَ: فَنَزَلْنَا مَنْزِلًا، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّكُمْ قَدْ دَنَوْتُمْ مِنْ عَدُوِّكُمْ، وَالْفِطْرُ أَقْوَى لَكُمْ» فَكَانَتْ رُخْصَةً، فَمِنَّا مَنْ صَامَ، وَمِنَّا مَنْ أَفْطَرَ، ثُمَّ نَزَلْنَا مَنْزِلًا آخَرَ، فَقَالَ: «إِنَّكُمْ مُصَبِّحُو عَدُوِّكُمْ، وَالْفِطْرُ

TERAWIH ZAMAN SALAF

عبد الرزاق عن داود بن قيس وغيره عن محمد بن يوسف عن السائب بن يزيد : أن عمر جمع الناس في رمضان على أبي بن كعب ، على تميم الداري ، على إحدى وعشرين ركعة ، يقروون بالمئين  وينصرفون عند فروع الفجر  Abdul Razzaq daripada Daud bin Qais dan selainnya daripada Muhammad bin Yusuf daripada Sa`ib bin Yazid bahawa Sayydidina Umar r.a. menghimpunkan orang ramai di dalam bulan Ramadhan mengikut Ubay bin Ka’ab dan Tamim ad-Dari dengan sembahyang sebanyak dua puluh satu raka’at, mereka membaca sebanyak dua ratus ayat dan selesai ketika ketika hampir menjelang fajar”. (Musannaf Abdul Razzak j.4 hal. 240) عن يزيد بن خصيفة عن السائب بن يزيد قال كانوا يقومون على عهد عمر بن الخطاب رضى الله عنها في شهر رمضان بعشرين ركعة قال وكانوا يقرؤن بالمئين وكانوا يتوكؤن على عصيهم في عهد عثمان بن عفان رضى الله عنه من شدة القيام Daripada Yazid bin Khusaifah daripada Sa`ib bin Yazid katanya: “Mereka (sahabat) sembahyang (tarawih) di zaman Umar bin al-Khattab r.a. di bulan Ramadhan sebanyak dua puluh raka’at”. Dia (Sa`ib) b

KHATAM QURAN DALAM SOLAT TERAWIH

 Kesunnahan khatam al-Quran dalam solat tarawih diperselisihkan ulama. Menurut jumhur, hukumnya sunat. Menurut Ibnu al-Ṣalāḥ dalam fatwanya, itulah yang menjadi amalan sejak zaman Saidina ‘Umar RA. Imam Mālik dalam riwayat yang masyhur pula dinukilkan berpendapat khatam al-Quran dalam solat tarawih bukan sunnah, senada dengan gurunya, Rabī‘ah al-Ra’y yang mengatakan: وَلَوْ أَنَّ الرَّجُلَ أَمَّ النَّاسَ بِسُورَةٍ حَتَّى يَنْقَضِيَ الشَّهْرُ لَأَجْزَأَ ذَلِكَ عَنْهُ، فَإِنِّي لَأَرَى* أَنْ قَدْ كَانَ يَؤُمُّ النَّاسَ مَنْ لَمْ يَجْمَعْ الْقُرْآنَ. “Sekiranya seseorang mengimami orang ramai dengan satu surah sehingga habis bulan (Ramadan), maka itu memadai, kerana sungguh aku pernah melihat bahawa ada yang tidak hafiz menjadi imam (tarawih) orang ramai.” Walau bagaimanapun, “bukan sunnah” yang dimaksudkan oleh Imam Mālik ini ditakwil dengan makna “bukan seperti sunnah-sunnah (yang lain), dan tidaklah beliau bermaksud mengatakannya bidaah... tetapi ia termasuk amalan yang digalakkan dan

HADIS TIDAK SAHIH TENTANG ALLAH MELIHAT ORANG YANG BERPUASA

 Hadis ini palsu atau dhaif? ”إذا كان أوَّلُ ليلةٍ من شهرِ رمضانَ نظر اللهُ إلى خلقِه الصِّيامِ، وإذا نظر اللهُ إلى عبدٍ لم يعذِّبْه أبدًا، وللهِ..“ “Apabila tiba malam pertama pada bulan Ramadhan, Allah akan melihat para makhluk-Nya yang berpuasa, dan tidak akan diseksa selama-lamanya bagi sesiapa dari kalangan hamba-Nya yang dilihat oleh Allah”." Jawapan: Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Qawwam al-Sunnah Ismail al-Asbahani dalam kitabnya Al-Targhib wa Al-Tarhib (1766), beliau berkata:  أخبرنا: عاصم بن الحسن ببغداد، أنبأ أبو الفتح ابن أبي الفوارس، ثنا أبو بكر محمد بن منذر الكبير، ثنا حماد بن  مدرك، ثنا عثمان بن عبد الله الشامي، ثنا مالك، عن أبي الزناد، عن الأعرج، عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (dengan sanadnya) bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: ((إذا كان أول ليلة من شهر رمضان نظر الله إلى خلقه وإذا نظر الله إلى عبدٍ لم يعذبه أبداً، ولله في كل يوم ألف ألف عتيق من النار فإذا كانت ليلة تسع وعشرين أعتق فيها مثل جميع ما أعتق في الشهر كله فإذا كان ل